BAB 14
Cazlin menyuap makanan ke dalam mulutnya perlahan-lahan. Dia memandang abang Adam di hadapannya yang khusyuk menikmati makanannya. Pelik. Abang Adam menjemputnya sebaik sahaja habis kelas. Kemudian membawanya keluar untuk makan tengahari.
“Lin suka makan aiskrim tak?”
“Suka. “
“Perisa apa?”
“Keladi. Kenapa?”
“Kerja Lin hari ni cuma menjawab sahaja pertanyaan abang. Lin juga kena ingat apa yang abang suka dan tak suka. Yelah, nanti kalau ada orang tanya, senanglah Lin nak jawab.”
Cazlin memandang pelik abang Adam. Apa kena dengan orang tua ni?
“Lin suka warna apa?”
“Putih,”
“Abang suka warna pink.”
Cazlin tersedak semasa menelan makanannya. Cepat-cepat dia meneguk jus orange di hadapannya. Abang Adam menepuk-nepuk bahunya. Cazlin memandang abang Adam. What happened to this old man? Tiba-tiba suka warna pink. Masa kahwin hari itu, bukan main benci lagi dengan warna pink. Tak sesuai la. Tak cukup jantan la. Siap kutuk-kutuk aku lagi tu. Berbakul-bakul aku kena kutuk dengan dia.
“Bukan abang tak suka…”
“Pink color makes me cute.”
Cazlin tersedak lagi semasa leka menyedut jus orange.Ya Allah, ada juga manusia jenis ni kat dalam dunia ni. Cute? Gila perasan betul. Tapi masa abang Adam pakai tuxedo pink tempohari, memang kacak habis. Yelah, bukan semua lelaki sesuai memakai pakaian yang berwarna pink. Abang Adam memang hensem gila sewaktu majlis persandingan meraka. Tapi, sejak bila dia jadi perasan gila ni?Peh, muka selamba je suap makanan dalam mulut dia. Yakin betul yang dia cute. Hesy…
“Tempat yang Lin ingin sangat pergi? Lin betul-betul dan ingin sangat pergi…”
Cazlin terpaku. Dia menarik nafasnya panjang-panjang.
“Kampung.”
Adam merenung wajah Cazlin yang kini bertukar mendung. Tiba-tiba abang Adam meletakkan sekeping duit kertas bernilai RM50 di atas meja dan menarik Cazlin keluar dari restoran tersebut.

Cazlin memandang abang Adam yang sedang memandu disebelahnya. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Kita nak pergi mana?”
“Balik kampung Lin,”
Serentak mereka berdua bercakap.
“Balik kampung Lin? Nak buat apa? Lin ada kuliah lagi petang nanti. Dahlah tak bagitau mama, papa…”
“It’s, Lin isteri abang. Mama dengan papa takkan nak marah abang nak bawa isteri abang pergi balik kampung dia sendiri. Kuliah? Hmm, Lin terpaksalah ambil MC selama seminggu mulai daripada hari ini. We were going to spend the whole week at your beloved hometown.”
“Mana boleh. Lin…”
“Isteri tak boleh lawan cakap suami.”


Cazlin melangkah masuk ke dalam rumah arwah neneknya. Segala-galanya masih tersusun di tempat biasa. Tiada apa-apa yang berubah. Apa yang berubahnya adalah mereka yang disayangi telah pergi meninggalkannya. Mula-mula datuknya pergi meninggalkannya akibat sakit tua. Kemudian nenek pula pergi kerana semput. Selepas itu, abangnya pula mengikut jejak langkah mereka pulang ke rahmatullah. Abang Adam memegang bahunya. Seolah-olah memberikan kekuatan.
“Takde makanan dalam rumah ni. Abang tunggu petang sikit ye. Lin pergi pasar malam nanti. Lin nak beli sikit barang-barang basah, dan sayur.”
“Kita pergi sama-samalah.”Abang Adam melemparkan senyum paling manis buatnya. Ya Allah, hensemnya abang Adam. Abang Adam ni saja je buat senyum menggoda tu.Oh, lupa pula. Dia kan perasan diri dia cute. Haha.

Sebaik sahaja mereka berdua memasuki pasar malam, abang Adam memegang erat tangannya. Cazlin mahu menarik tangannya. Namun, pegangan abang Adam yang begitu kemas menghalangnya dari berbuat begitu. Ai, abang Adam ni. Dia ni betul-betul nak cari pasal dengan aku ni. Dia ingat ni shopping complex? Nak jalan-jalan kena pegang tangan. Biar aku tunjuk dia pasar malam kampung Bukit Senduduk.
Mereka pun meneruskan perjalanan mereka di pasar malam tersebut. Cazlin mencuba sedaya upaya menyembunyikan gelaknya. Tidak tertahan hatinya melihat abang Adam dihimpit manusia-manusia yang bersesak di pasar malam. Haa, padan muka. Ingat senang nak jalan kat pasar malam Bukit Senduduk? Pasar malam paling popular kat Daerah Melaka Tengah. Tempat untuk mendapatkan barang paling murah, dan jarang apa yang dicari di pasar malam ini tidak dapat ditemui. Tiba-tiba abang Adam terlanggar seorang wanita yang berbadan agak gempal. Terlanggar pula di bahagian dada wanita tersebut.
“Maafkan saya. Tak sengaja,”
“Apa maaf-maaf? Dasar jantan gatal.” Ujar wanita tersebut lalu memijak kaki abang Adam. Cazlin cepat-cepat mendapatkan abang Adam.
“Maafkan saya, suami saya ni rabun dekat.” Cazlin memohon maaf kepada wanita tersebut sambil memaut lengan abang Adam. Adam memandang Cazlin. Rabun? What? Namun melihat wajah bengis wanita tersebut dia mengiakan sahaja. Cukuplah kakinya sahaja yang dipijak.
“Laa… iye ke? Kesian. Muda-muda lagi dah rabun ye. Muka je macam Aaron Aziz. Rabun rupanya. Pimpin tangan suami tu. Kesian dia. Maafkan makcik ye, nak. Ingatkan dia ni nak menggatal tadi.” Wanita itu pun berlalu.
Menggatal? Fuh, sabar jelah. Muka aku ni memang ada chance pegang watak antagonis dalam filem Rosyam Nor agaknya. Cukuplah Cazlin sahaja yang melabelnya perogol. Kini mukanya yang hensem ni sudah dapat cop muka menggatal.
Cazlin memandang abang Adam. Kemudian dia tersengih bagai kerang busuk. Adam pula hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Lin!!!” seseorang memanggil nama Cazlin dengan kuatnya. Cazlin dan Adam Shafiq mencari-cari pemilik suara tersebut.
“Nurul!!!”

0 comments:

Post a Comment

no talipOn