Showing posts with label keluargaku surgaku. Show all posts
Showing posts with label keluargaku surgaku. Show all posts
Assalamualaikum..

R>I>N>D>U = Ayah

Aku rindu sangat dengan ayah.. aku nak dengar ayah panggil aku banyak kali..
Marah aku hari2... membebel dengan aku..risau dengan aku...layan aku...........sayang aku mcm aku ni kanak2 yg nakal dan perlu dijaga selalu..

aku rindu,,,

aku rindu....

aku nak cerita kat ayah macam2.. banyak sangat.. tapi dah lama aku tak bercerita dengan ayah....dan dah lama ayah tak dengar cerita aku...

aku rindu lagi...

aku dah rindu banyak...

banyak sangat...

ayah sandaran hati aku... tempat aku menumpang kasih..tempat aku mengadu...

sape nak dgr rayuan hati aku.. aku rindu ayah...

sejak ayah jatuh sakit.. semua dah berubah.. ayah masih kat hospital...aku tak tahu sampai bila...harap ayah cepat sembuh..macam dulu2..balik rumah...dan kita berkumpul macam dulu2...boleh tak???

Ya Allah, dengarlah rayuan hatiku.... aku rindu..pada ayah...aku dah letih..berlagak kuat...aku mahu ayah..

..........................................................................................
salam..


pagi jumaat aku kol umah.. angah angkat.. ak nk cakap dgn ayah.. ayah kata die sakit perut. Nak pergi hospital. ak kata ok. pastu ptg sket ak kol umah. xd org angkat. aku agak ayah mesti kene tahan wad. ak dah start resah. aku kol adik sepupu aku. Hmm, betullah. ayah masuk hospital.


Cian mak aku. kene ulang alik ke hospital. Angah pulak dah balik KL ptg jumaat sbb die kne keje. Sabtu tu lak ak dpt tau mak bermalam kat sepital Aduh, sedey ati ak dgr. Sbb tu tugas anak2 die. Ak mmg nak balek. Tp aku ade keje yg belum settle. Ak ingat nak balik next week. InsyaAllah.


Akhirnya aku dpt gak ckp ngn mak. Mak kata ayah xd pape. Cuma badan die kne masuk air. Aku lega sket. Nothing serious. Alhamdulillah. Aku syukur sgt. Ya Allah. Kesian mak dan ayah aku. Apa2 lagi sakit atau kesusahan, beri saja pada aku. Biarkan aku menanggungnya. Aku rela. Aku kan masih muda. Aku sanggup Ya Allah.


Sori guys, kalo ak xciter kat korg. Korang dah kenal aku cmne kan. Aku xske citer hal peribadi sgt. Ak mampu citer kat sini. Sbb kalo aku citer depan2..hati aku jadi luluh sangat. Masa tu ak jadi lemah sangat. Ak nak sentiasa nampak kuat. Aku nak jadi jeje yg KUAT. Doakan aku ekh..ok..daaaa






 
 

salam...............................................................
Hai...hari ni jeje nak story pasal cousin jeje yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 1 Muharam yang lalu...hehe..tahniah dan smoge berbahagia ke anak cucu..


well, Ini adalah antara majlis pernikahan yang berlangsung di rumah pihak pengantin perempuan di Putrajaya..


  
Ini adalah antara hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki..hantaran pihak lelaki jeje terlupe nk amiik lak..leh lak terlupe hantaran abg sepupu sendiri..SENGAL... 
Hah..ini majlis masa malam berinai..jeje tak amik byk time nih sebab mengantuk...hehe..penat... 

lepas tu kan..jeje jumpa lak ade superman ni..hehe baby boy yang dok sedap tidur dgn comelnya kat ruang tamu mse pengantin sedang sibuk bersanding..comel kan..kan...hehehehehe...           

 
Selepas itu, mulalah keesokan hari untuk majlis persandingan...kuning gitu..pape pon..memang cantik, comel dan sesuai dua-dua mempelai ni.. I Loike.....XD  

Ni lak,, kami sedang sibuk untuk majlis persandingn di sebelah keluarga lelaki..huh, mmg meriah gielr..yelah,,kawasan kampung.Meriah nye mmg dasyat..



 


Hah, kat bawh ni adalah beberapa gambar pengantin yang bergambar dengan ayah JEJE,, hehe...Senyum je ayah jeje....XD


 

Ini adalah hari berlangsungnya kenduri kahwin di sebelah pengantin lelaki di Melaka..Fuh, ramai gle org dtg...

 


Along jeje, seronok gile dier dapat 'menyembah' atau tepung tawar pengantin..


  

Bak kata pengantin lelaki..jumpa lagi di stage yg seterusnya pada 3 mac 2010..InsyaAllah..sebab giliran kakak sepupu Jeje pula untuk melangsungkan perkahwinannya di Pelabuhan Klang, Selangor..

Cucu-cucu tok Jais..jumpa di sana ya..kita berkumpul dan berkampung dengan riangnya menyambut pengantin..hehhehhehehe
Assalamualaikum..

hari ni tergerak hati ingin menulis dan meluahkan segala isi hati yang terbuku di dada selama ini. Kepada mereka yang membaca, harap tak salah anggap tentang jeje. Bukan meminta simpati mahupun nak tunjuk muka kesian. Ok??

Khamis yang lepas jeje balek kampung Ayah jeje masuk hospital. Memang kesihatan ayah semakin merosot sejak accident dengan mak tempohari. Iaitu antara awal bulan tujuh 2009, mak dgn ayah accident motor kat kampung. Mujurlah, mereka terselamat. Tapi, ayah jeje dah tak boleh bawa motor lagi sejak kejadian tu. Penglihatan ayah semakin kabur, kesan dari terjatuh masa accident tersebut.

Kemudian, ayah muntah2 tempohari. Sepupu dan mak jeje bawa ayah ke klinik dan doktor syorkan ayah dimasukkan ke hospital. Empat pain darah dimasukkan kerana ayah kekurangan darah. Then selepas segala pemeriksaan dilakukan, ayah jeje disahkan mengidap barah usus. Hm..tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati jeje. Beberapa hari kemudian, jeje balik ke ukm semula. Hari-hari jeje menangis. Sebab jeje tak dapat terima kenyataan tu. Jeje memang rapat dengan ayah. Ayah dengan mak memang buat hati penarang jantung jeje. Jeje takut sangat. Seolah-olah jeje menghitung detik kehilangan ayah. Jeje lost. Sebelum tidur jeje mesti menangis. Sampaikan jeje selalu bertanya kenapa ramai-ramai orang kat dunia ni mesti jeje yang harus menerima nasib sebegini.

Akhirnya jeje buat keputusan untuk berjumpa dengan kaunselor jeje. Jeje luahkan segalanya. Mulanya keras juga hati jeje nak dengar nasihat kaunselor tu. Bagi jeje macam "kau tak kena, boleh lah kau cakap macam tu"..namun, dah dekat penghujung..jeje lembut hati akhirnya. baru jeje boleh menerima kenyataan itu. Sesungguhnya kita ini manusia yang sungguh kerdil dan tiada upaya untuk melawan ketentuan takdir. Kita juga tak seharusnya bongkak dan mempersoalkan urusan Allah. Sesungguhnya Dia lebih tahu di atas setiap perkara yang terjadi. Jeje harap akan menjadi manusia yang lebih kuat dan mengerti tentang makna hidup. Jeje harap jeje akan lebih kuat dari orang lain..saat-saat mereka dia sisi jeje semakin lemah dan tak berdaya.

Jeje juga minta sokongan moral dari pelawat2 yang sudi menziarahi blog jeje. Itulah yang jeje perlukan buat masa ini. Tak lebih dari itu. Memendamkan perasaan dan kekusutan memang bukan jalan yang terbaik sebaliknya akan memudaratkan diri jeje sendiri. Jeje tak mahukan simpati. Jeje mahukan sokongan dan kasih sayang dari semua. Insya-Allah...
salam ramadan al-mubarak...

hari ni masuk hari ke-3 umat islam berpuasa..alhamdulillah..

hari ahad yg lalu, along aku dtg kolej..die bawa ak pegi tesco. beli makanan asasi. ala, buat stok dlm bilek saat2 kecemasan...hehe..

waktu kat tesco tempoh hari, aku tengok ramai gila orang kat bahagian makanan basah a.k.a daging, ayam dan lain2. ramainyeee..aku cakap kat along..

along senyum je. along cakap ..biasalah..orang nak pegi pasar..nak tempat yg selesa, xpanas, xlecak/ berlumpur..ade air cond..

aku teringat kat ayah dgn mak..

dlu mse aku kecik2 ayah marah kalo aku nak ikut pegi pasar. ayah kata panas, nanti seluar adik kotor kena lecak,lumpur. tapi aku tetap nak ikut. beria-ia nak ikut..jadi nak tak nak ayah kena paksa rela dgn aku bawa aku pegi pasar. dulu aku tinggal kat KL. Jadi ayah selalunya akan pergi pasar pudu. memang besar dan sesak. penuh manusia dari pelbagai kaum.

mula2 sekali ayah akan lipat kaki seluar aku. pastu ayah pegang kuat tangan aku masa kat pasar. aku akan tolong ayah pegang barang2 yang ayah beli. seronok sangat. ak dengar abang2 yang potong daging tu sibuk promote daging dorg. berlawan2 dgn gerai2 berdekatan. ak seronok tgk gelagat diorang. gelagat makcik2 yang tawar-menawar. muka penjual ikan yang bengang dgn makcik2 yg tawar menawar...haha..aku rindu saat2 tu..ak nak jadi kecik balik..bercerita tentang pasar nih betul2 mengundang noltalgia indah yg ak akan kenang sampai bila2.

bagi aku pasar yang macam tu la baru best. barang2 dorg pon segar2 dan berada dlm keadaan baik.. harga pun murah..bagi keluarga yang berpendapatan sederhana macam kami, memang kami akan cuba cari brg yg murah..yelah nak save budjet utk benda2 lain jugak kan..tapi tak kisahlah..kerana ia menjadikan kami sekeluarga manusia yang lebih bersyukur tahu nikmat hidup...

alhamdulillah...
salam ramadan..selamat menyambut bulan ramadan dan muga bulan ramadan kali ini menjadi lebey baik dan bermakna serta dipenuhi dengan amalan2 yang baik.

ape yang aku paling suka tiap kali bulan ramadan menjelang?

- aku paling suka dengar azan subuh..ntahlah .. hati rasa sangat sayu. aku dapat merasakan hari-hari yang aku tinggalkan semakin jauh. aku sedih kerana ade masa2 gembira yang aku tinggalkan.

-aku paling suka mse petang..wktu kecik2, ayah mesti tanya ak nak makan ape? jrg ak plan ape yg ak nk mkn sbb ape yg penting ak dpt bukak poce sme2 ngn famili aku. itu yg aku ingin dan nikmat itu lebey berharga dari nikmat dapat makan sedap2..

byk lagi la..tp ak xingat..

dan aku xtahu kenapa..tiap kali bulan ramadan menjelma, aku jadi perindu yang tenat.
aku terlalu dan amat rindukan dia. perasaan ini tak dapat aku singkapkan mahu gambarkan kenapa... ianya misteri..ak sendiri tiada jawapan kepada soalan ini...sungguh, aku rindukan dia..namun rindu ini ak humbankan jauh2 ke sudut hati aku yang terdalam... seolah2 ak tak pernah ingatkan dia.. sedangkan hati ini terlalu sarat dan penuh dengan rindu2 yang tak tertanggung. aku cuma suka dia. aku cuba menjalani hidup ini seperti orang lain. aku tak mahu menyusahkan sesiapa dengan perasaan bodoh ini. ak tak mahu menjerit dan mengatakan pada satu dunia aku adalah insan yang terluka teruk dan parah. kerana ada lagi hati lain yang perlu aku jaga. kerana hidupnya aku pada hari ini ade yang lain lebih berjasa..tanpa mereka aku tiada di sini...kewarasan dan kenormalan aku kerana mereka..
salam...

lamanya tak menulis kat blog nih...akhirnya exam pun berakhirnya...bagi aku exam kali ni berakhir dengan teruk sekali.aku tak dapat buat dengan baik..malah dengan teruk sekali.Hmm.. really dunno wat hepen tO me.dah lama rasanya merasakan I'm nOt really myself..bila agaknya ak nak menjadi diri sendiri?..

hari ni memang bad day...satu je mende yg wat ak hepi..tengok wayang cte Mall Corp ngan my lovely rumet..dayang...cite die mmg lawak abiz...at the end of the story mmg ade la part2 yg lawak gila..tapi tah macam mana ak leh lak teringat macam mana ak menjawab paper statistik tengahri tadi..sux...................

tah la...

maybe sok or lusa ak balik melaka..tak sabar nak jumpa emak dan ayah...rasa takut sesekali menjengah sudut hati aku..takut melihat mereka yg semakin hilang kudrat dan kekuatan mereka..takut..namun kasih mereka tak pernah pudar..malah sentiasa menggebu di hati aku...

no talipOn