Assalamualaikum..

hari ni tergerak hati ingin menulis dan meluahkan segala isi hati yang terbuku di dada selama ini. Kepada mereka yang membaca, harap tak salah anggap tentang jeje. Bukan meminta simpati mahupun nak tunjuk muka kesian. Ok??

Khamis yang lepas jeje balek kampung Ayah jeje masuk hospital. Memang kesihatan ayah semakin merosot sejak accident dengan mak tempohari. Iaitu antara awal bulan tujuh 2009, mak dgn ayah accident motor kat kampung. Mujurlah, mereka terselamat. Tapi, ayah jeje dah tak boleh bawa motor lagi sejak kejadian tu. Penglihatan ayah semakin kabur, kesan dari terjatuh masa accident tersebut.

Kemudian, ayah muntah2 tempohari. Sepupu dan mak jeje bawa ayah ke klinik dan doktor syorkan ayah dimasukkan ke hospital. Empat pain darah dimasukkan kerana ayah kekurangan darah. Then selepas segala pemeriksaan dilakukan, ayah jeje disahkan mengidap barah usus. Hm..tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati jeje. Beberapa hari kemudian, jeje balik ke ukm semula. Hari-hari jeje menangis. Sebab jeje tak dapat terima kenyataan tu. Jeje memang rapat dengan ayah. Ayah dengan mak memang buat hati penarang jantung jeje. Jeje takut sangat. Seolah-olah jeje menghitung detik kehilangan ayah. Jeje lost. Sebelum tidur jeje mesti menangis. Sampaikan jeje selalu bertanya kenapa ramai-ramai orang kat dunia ni mesti jeje yang harus menerima nasib sebegini.

Akhirnya jeje buat keputusan untuk berjumpa dengan kaunselor jeje. Jeje luahkan segalanya. Mulanya keras juga hati jeje nak dengar nasihat kaunselor tu. Bagi jeje macam "kau tak kena, boleh lah kau cakap macam tu"..namun, dah dekat penghujung..jeje lembut hati akhirnya. baru jeje boleh menerima kenyataan itu. Sesungguhnya kita ini manusia yang sungguh kerdil dan tiada upaya untuk melawan ketentuan takdir. Kita juga tak seharusnya bongkak dan mempersoalkan urusan Allah. Sesungguhnya Dia lebih tahu di atas setiap perkara yang terjadi. Jeje harap akan menjadi manusia yang lebih kuat dan mengerti tentang makna hidup. Jeje harap jeje akan lebih kuat dari orang lain..saat-saat mereka dia sisi jeje semakin lemah dan tak berdaya.

Jeje juga minta sokongan moral dari pelawat2 yang sudi menziarahi blog jeje. Itulah yang jeje perlukan buat masa ini. Tak lebih dari itu. Memendamkan perasaan dan kekusutan memang bukan jalan yang terbaik sebaliknya akan memudaratkan diri jeje sendiri. Jeje tak mahukan simpati. Jeje mahukan sokongan dan kasih sayang dari semua. Insya-Allah...

0 comments:

Post a Comment

no talipOn