BAB 23
Daniel Hariz memberhentikan keretanya di perkarangan bangle keluarganya. Nak masuk ke tak nak? Masuk nanti mesti bergaduh lagi dengan papa. Kalau tak masuk sampai bila-bila pun takkan dapat jumpa mama.
Tiba-tiba sebuah kereta Nissan GT-R R35 berhenti betul-betul di sebelah kereta BMW M3 miliknya.Pemilik kereta yang berkaca mata itu dengan selamba menegurnya.
“Hello, bro.”
Daniel mengangkat keningnya. Dia melihat kereta pemilik tersebut. Memang mangkuk ni cukup terror kalu bab menghabiskan duit mak bapak.
“Cantik kereta, bang.”
Amir Fahmi tersengih memandang abangnya.
“Hai, Nampak kereta je ke? Orangnya dah tak nampak ke? Ish, ish, ish. Malang betullah jadi adik abang ni. Dapat abang yang materialistik,”
Daniel Hariz membaling cap yang dipakainya ke muka Amir Fahmi. Sempat juga dia mengeluarkan sedikit badannya dari tingkap kereta dan pantas tangannya mencapai telinga adik lelakinya.
“Material ye. Banyaklah kau. Kau pakai kereta macam pakai baju ek? Tak habis-habis menghabiskan duit mama dengan papa. Bukannya nak bekerja. Name card nak, share syarikat nak, gaji bulan-bulan bayar, pegang jawatan Pengurus besar no. 2, tapi muka kau tak pernah nampak,”
Amir Fahmi cuba melepaskan telinganya dari tangan abangnya. Namun gagal. Argh, sakitnya. Putuslah telinga aku…
Tiba-tiba pintu pagar besar rumah mereka terbuka dengan sendirinya. Tengku Amin muncul di pintu pagar tersebut.
“Kamu berdua nak dinner kat luar ke malam ni? Kalau nak bertepuk tampar, ruang tamu kat dalam tu dah cukup luas. Bukan kamu je yang boleh bertepuk tampar. Papa pun boleh join sekali nanti.”
Daniel Hariz melepaskan tangannya dari telinga adiknya. Amir Fahmi menggosok-gosok telinga yang masih kesakitan akibat dicubit. Kedua-duanya hanya diam mengunci mulut sehinggalah Tengku Amin hilang dari pandangan mata.
“Huh, that’s how you greet me, old man??” Amir Fahmi memarahi abangnya.
Daniel Hariz menjeling adiknya. Pantas sahaja dia memandu keretanya masuk ke dalam pekarangan banglo keluarganya. Begitulah Amir Fahmi. Setiap kali tidak puas hati dengannya. Maka panggilan ‘along’ akan bertukar menjadi ‘old man’. Dasar budak hingusan.
Amir Fahmi hanya tersengih melihat jelingan Daniel Hariz. Haha, old man.

Daniel Hariz dan Amir Fahmi melangkah masuk ke dalam bangle mewah 3 tingkat milik keluarga mereka. Tiba-tiba Arianna berlari menuju ke arah Daniel Hariz dan memeluk abang itu. Daniel Hariz membalas pelukan adik bongsunya.
“Miss me?”
“Well, not really. I miss someone else,”
“What?”
“Yeah, someone… mummy,” Daniel Hariz mendapatkan mamanya. Dia memeluk ibunya. Kedua-dua pipi mamanya dicium.
“Haha, you deserve it, my sweet sister,” Amir Fahmi berbisik ke telinga adiknya. Arianna menampar bahu abangnya. Sekuat hatinya. Kedua-dua abangnya memang jahat. Kuat menyakat. Sama sahaja.
Daniel Hariz mencapai tangan papanya. Tangan itu dicium penuh ikhlas. Walaupun hubungannya dingin dengan papanya.
Cazlin terpegun dengan suasana makan malam bersama suaminya. Sungguh romantik ditemani lilin-lilin dan gesekan biola yang merdu. Adam Shafiq melayannya penuh kasih sayang pada makan malam mereka. Malah steak daging miliknya telah siap dipotong hingga menjadi ketulan yang kecil oleh Adam Shafiq. Terasa dirinya dimanjai sepenuhnya. Suasana menjadi semakin hangat ditemani pemain biola yang memainkan lagu-lagu romantik seperti Truly, Madly, Deeply oleh Savage Garden, Unchained Melody oleh The Righteous Brothers dan banyak lagi.
“Suka tak dinner malam ni?”
“Eh, belum habis dinner lagi. Mana boleh bagi komen,” Cazlin tersenyum sambil mengunyah satu persatu steak daging.
“Oh, macam tu ke? Demandnye isteri abang rupanya,”
Cazlin tersenyum lagi. Tiba-tiba wajahnya berkerut.
Adam Shafiq menggenggam tangan isterinya. Dia terkejut dengan reaksi isterinya.
Cazlin memegang perutnya. Tiba-tiba perutnya bergelodak. Tiba-tiba terasa sakit yang teramat mencengkam dari perut hinggalah ke rahimnya. Ya Allah, sakitnya.
Adam Shafiq mendapatkan isterinya. Cazlin sudah rebah di pangkuannya. Isterinya langsung tidak mampu berdiri. Tangan Cazlin mula mencengkam lengan bajunya tanda dia sedang menahan sakit yang teramat.
“Lin, kenapa ni? Lin!!!!!” Adam Shafiq memanggil-manggil isterinya yang semakin lemah dan akhirnya tidak bergerak lagi. Gesekan biola mulai terhenti saat itu.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn