BAB 19
Adam Shafiq melabuhkan tubuhnya di atas katil empuk bilik tidurnya. Sudah terlalu lama rasanya berada di hospital tersebut. Fuh, rasa best betul dapat katil sendiri semula. Kenapa aku rasa macam dah lama tak tidur kat atas katil yek? Rasa semacam je. Rasa macam nak tidur kat bawah je. Ish? Apsal pulak dengan aku ni? Tiba-tiba teringat tentang Cazlin. Dia menelan air liurnya. Aku kena tidur sebilik dengan dia. Nak kena tidur sekatil juga ke?
Adam Shafiq menggaru-garu kepalanya. Dia mengetuk kepalanya. Aduh. Sakitlah. Kenapalah aku tak ingat apa-apa langsung tentang dia? Dia isteri aku. Tapi aku pula tak ingat satu pun perkara tentang dia.

Cazlin memasuki dewan kuliah yang hingar bingar dek suara student yang semakin memenuhi keseluruhan dewan kuliah. Nasib baiklah Prof. Asmah belum masuk lagi. Kalau tak, habislah. Dia menuju ke arah Eka dengan Yatt. Seperti biasa sememangnya mereka akan duduk sekumpulan dalam setiap kelas. Setibanya dia di tempat duduk yang kosong di sebelah Eka, Eka meletakkan begnya.
“Sorry, cari tempat lain la yek. Carilah tempat duduk VIP. Eh, lupa pula mana ada tempat duduk untuk golongan VIP kat sini.” Selesai sahaja Eka berkata-kata, Yatt dan beberapa lagi rakan-rakannya yang lain mentertawakan Cazlin Amalina.
Cazlin berlalu mencari tempat yang lain. Dia Cuma menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah kawan-kawannya. Dia takkan biarkan perkara-perkara sebegini mematahkan semangatnya untuk menghabiskan pengajian. Sabar Lin.. few months to go!!

Ayuni menolak Ayuna hingga jatuh terjelepuk di lantai. Geram sungguh dengan adik kembarnya itu. Tak habis-habis nak buat masalah. Dia sungguh terkejut mendengar cerita dari jururawat hospital yang kebetulan merupakan kawan sekolahnya dahulu yang memberitahu bahawa Ayuna telah mengasari Cazlin Amalina. Lebih malang lagi kakak iparnya itu hanya berdiam diri dan merahsiakan peristiwa tersebut dari pengetahuan semua orang.
“Apsal dengan kau ni? Suka-suka je masuk bilik orang. Lepas tu nak tolak-tolak orang pula,”
“Oh, tahu pula kau marah ye. Apa masalah kau dengan kak Lin? Mana pergi perasaan hormat kau? Berani kau berkasar dengan kak Lin ye.” Ayuna mencebik mendengarkan kata-kata kembarnya. Dasar ‘budak baik’.
“Eh, kau ada bukti ke? Perempuan tu pun tak mengadu apa-apa kan? So, yang kau nak busybody sangat apa hal? Kau dah jadi balaci dia ke? Bodyguard dia?”
Ringan sahaja tangan Ayuni naik ke muka Ayuna.
“Kali ni aku memang tak menyesal langsung lempang muka kau.”
Ayuna meraba-raba pipinya yang terasa panas membahang. Dia ketawa.
Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah kakak kembarnya. Matanya bertentang mata dengan dengan Ayuni.
“Aku dah tak takut dengan kau. Kau dengan perempuan tak guna tu boleh berambus dari hidup aku,”
Ayuni meninggalkan Ayuna keseorangan. Adiknya kini memang sudah tidak boleh diajar lagi. Semakin hari sikapnya semakin teruk. Entah siapa yang merasuknya hingga berkelakuan sedemikian rupa.

Cazlin menutup buku bertajuk Human Development. Perlahan-lahan dia keluar dari dewan kuliah Prof Asmah. Tidak sabar rasanya untuk melihat wajah suaminya yang sudah keluar dari hospital pagi tadi. Sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat ikut sekali untuk menjemput Adam Shafiq di hospital. Tiba-tiba Daniel Hariz muncul di hadapannya dan menghulurkan senyuman palin ceria buat dirinya. Dia sendiri turut terkejut melihat reaksi Daniel Hariz.
“Nak ke mana? Nak balik dah ke?”
Cazlin membalas senyuman Daniel Hariz.
“A’ah. Suami Lin keluar hospital hari ni. Er, Lin minta maaf sebab tipu …”
Daniel Hariz tiba-tiba ketawa. Cazlin memandang pelik lelaki yang sedang berjalan seiringan dengannya itu.
“Saya tahu Lin bukannya berniat nak tipu saya. Lin tak berkesempatan je kan? Its okay. Saya faham. Apa sekalipun kita tetap kawan kan?” Daniel Hariz mengukir senyuman yang manis itu lagi.
Cazlin mengangguk-anggukan wajahnya.
“Terima kasih sebab ..faham.”
“Doesn’t really matter Cazlin. So, macam mana dengan your husband?”
Cazlin Amalina tersenyum. Namun, Daniel Hariz dapat melihat senyuman Cazlin yang dibuat-buat itu. Bukan senyuman yang sering dilihatnya selama ini.
“Dia dah keluar hospital means dia dah semakin okay,”
Daniel mengangguk-anggukkan wajahnya sahaja.
“Tapi Lin macam tak ceria je. Ada apa-apa yang boleh Dan bantu? Or is there something that you can share with me?”
Cazlin cepat-cepat menggeleng-gelengkan wajahnya.
“Eh, takdelah. Lin okay. Lin nak balik dulu okay. Lin minta diri dulu ye,” Cazlin Amalina cepat-cepat berlalu.
Daniel Hariz melihat sahaja Cazlin Amalina berlalu darinya. Sukarnya mahu mendekati Cazlin Amalina walaupun hanya sekadar kawan.

Malam itu, setelah selesai menyiapkan assignment Cazlin menghempaskan tubuhnya dia atas katil.
“Penatnya!!!” ujar Cazlin sambil menggeliat. Tiba-tiba dia melihat abang Adam sudah berada di tepi katil.
“Aku nak tanya kau sesuatu.”
“Tanyalah. Apa dia?”
“Aku suami kau. Kau isteri aku. Malangnya aku tak ingat apa-apa langsung yang terjadi antara kita. Aku dah cuba sedaya upaya. Mungkin belum sampai masanya lagi. Kau dengan aku.. pernah…Kau fahamkan maksud aku?”
Cazlin mengangguk-anggukan kepalanya.
“What??” Adam Shafiq menjerit di dalam hatinya. Maksudnya aku memang ada perasaan kat dia dulu. Sebab aku memang takkan terima mana-mana perempuan lain dalam hidup aku melainkan aku benar-benar suka dengan perempuan tu.”
“Ko goda aku dulu ek?”
Cazlin menelan air liurnya.
“Awak jangan nak mengarut malam-malam buta ni boleh tak?” Cazlin cepat-cepat mengubah topik. Sememangnya perkara itu terjadi kerana baju tidur yang dipakainya. Tapi aku tak goda dia. Cazlin menarik selimutnya. Tiba-tiba abang Adam menarik kembali selimut dari tubuhnya. Malah memandangnya dengan pandangan nakal.
“Kenapa dengan awak ni? Saya nak tidurlah. Esok pagi saya ada kelas. Ada apa-apa kita cerita esok jelah,” Cazlin kembali menarik selimutnya. Jantungnya sudah berdebar tidak keruan.
Adam menarik sekali lagi selimut isterinya. Dia mendekatkan tubuhnya ke arah Cazlin. Malah wajahnya kini sudah berada hampir seinci dengan wajah Cazlin Amalina. Cazlin Amalina menutup matanya. Namun tiada apa-apa yang berlaku. Sebaik sahaja Cazlin membuka matanya, Adam Shafiq sudah menarik selimut menyelimuti tubuhnya sendiri.
“Kau ingat kau sorang je nak pakai selimut ni? Badan kecik, tapi selimut besar-besar macam nak bungkus dia seorang je,”
Cazlin mengetap bibirnya. Sungguh, dia tak mampu nak membalas kata-kata Adam lagi. Bengang? Ya, dia memang bengang kali ini. Kurang asam!!

Cazlin memusingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Perutnya memulas. Gastriknya datang lagi. Kali ini luar biasa sakitnya. Dia cuba bangun. Namun, gagal. Tubuhnya terasa begitu lemah sekali. Dia terasa ingin memuntahkan semuanya yang berada di dalam perutnya. Dia menggoyang-goyangkan tubuh abang Adam. Mulanya tadi perlahan. Abang Adam langsung tidak bergerak. Tidur mati!! Dia menggoyangkan tubuh lelaki itu dengan lebih kuat.
Adam tersedar dari lenanya. Dia membuka lampu tidurnya. Terkejut sungguh saat dia melihat wajah Cazlin yang sudah pucat menahan kesakitan.
“Kenapa dengan awak ni?” Adam cuba memapah wanita itu untuk bangun.
“Gastrik. Toilet.”
Adam Shafiq terpinga-pinga. Apa kena mengena gastrik dengan toilet?
“Awak gastrik ke nak pergi toilet?”
Cazlin hampir tergelak mendengarkan kata-kata abang Adam. Sempat juga dia buat lawak antarabangsa pukul 4 pagi ni. Namun dia sudah tidak mampu untuk tersenyum lagi dek menanggung kesakitan yang teramat.
“Toilet,”
Adam Shafiq memapah Cazlin perlahan-lahan ke bilik air. Di sana Cazlin memuntahkan semua yang dimakannya malam tadi. Hinggakan perutnya sendiri terasa perit kerana sudah tiada apa-apa yang boleh dikeluarkan lagi.
Adam mengurut-urut pangkal leher isterinya. Tiba-tiba wanita itu rebah. Mujurlah Adam Shafiq sempat menyambutnya.


Adam Shafiq terdiam tanpa kata. Matanya tertumpu pada skrin di bilik doktor sakit puan yang sedang menunjukkan anaknya yang sebesar biji anggur yang kini berada dalam rahim isterinya.
“Anak saya ke tu doc?”
Doktor wanita tersebut tersenyum memandangnya.
“Saya rasa awak berdua antara pasangan paling cantik dan sweet pernah saya jumpa. Tahniah dan semoga menjadi ibu dan bapa yang baik,”

Sebaik sahaja mereka sampai di rumah, berita kehamilan Cazlin menggembirakan seisi rumah. Tidak henti-henti Puan Sri Saleha dan Tan Sri Latiff mengucapkan syukur.
Puan Sri Saleha memeluk dan mencium menantunya. Akhirnya hajatnya dan suaminya mahu menimang cucu bakal menjadi kenyataan.
“Adam, kamu jaga isteri kamu baik-baik. Jaga makan minum dia. Dia ni kena ‘buatan’ kamu tahu tak?”
Adam tersengih-sengih. Macam tak percaya je aku dah nak jadi ayah. Betul ke ni? Bagaimana dengan Hana? Argh. Kusut pemikirannya. Seorang wanita yang dicintainya sejak zaman sekolah. Seorang lagi wanita yang memang tiada langsung dalam fikiran dan hatinya tapi kini sedang mengandungkan zuriatnya. Apa yang perlu dilakukannya?

0 comments:

Post a Comment

no talipOn