BAB 21
Sebaik sahaja Adam Shafiq dan Cazlin Amalina masuk ke pusat membeli belah, Adam menggengam erat tangan Cazlin. Cazlin cuma tersenyum melihat gelagat suaminya.
“Kenapa senyum sorang-sorang ni?” Adam menguatkan lagi pegangan tangannya.
“Mana ada?” Cazlin menjeling manja suaminya. Ish, nampak je apa yang aku buat.
“Jom masuk sini,”Adam menarik tangan isterinya memasuki kedai Habib Jewels.
Cazlin Amalina memandang deretan cincin, gelang, rantai dan banyak lagi perhiasan lain yang menghiasi setiap sudut kedai tersebut. Dia terpinga-pinga. Dia melihat abang Adam sedang bercakap sesuatu dengan wanita yang berpakaiaan agak lain dari pekerja Habib Jewels yang lain. Wanita tersenyum kepadanya. Tidak lama kemudian, wanita itu datang kepadanya sambil membawa kotak baldu empat segi berwarna merah hati.
Wanita itu membuka kotak tersebut dan menyuakannya kepada Cazlin.
Cazlin memandang abang Adam. Apa semua ni? Abang Adam cuma tersenyum manis. Abang Adam mengambil cincin tersebut lalu menyarungkannya ke jari manis Cazlin. Lalu dia mengucup lembut tangan isterinya. Semua pekerja kedai tersebut mula bertepuk tangan saat abang Adam mengucup tangannya. Cazlin terkedu. Tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya pada saat itu. Serentak itu juga abang Adam meraih tubuhnya ke dalam dakapannya.
“Malulah orang tengok,” Cazlin berbisik perlahan.
Adam Shafiq mengeratkan lagi pelukannya.
“Biarlah. Abang peluk isteri sendiri,”
Kemudian abang Adam melepaskan pelukannya perlahan-lahan. Dia ingin menuruskan prosedur terakhir pembelian cincin yang baru dihadiahkan buat Cazlin.
Pekerja wanita yang membawakan cincin kepadanya sebentar tadi menghampirinya.
“You are the luckiest women in the world, do you know?”
“Why?”
“Cincin ini adalah rekaan suami puan sendiri. Dan cuma ada satu sahaja di dunia ini. Puan tidak akan menjumpainya lagi di mana-mana tempat di dunia ini lagi,”
Cazlin Amalina memandang wanita di hadapannya tidak berkelip. Malah matanya juga seakan berhenti berkelip.
“You’re everything for him now,” wanita itu menepuk bahu Cazlin Amalina perlahan.

Cazlin Amalina merapatkan tubuhnya ke arah Adam tatkala Eye of Malaysia mula bergerak membuat pusingan.Cahaya kota metropolitan Kuala Lumpur kelihatan indah apabila dilihat dari atas Eye Of Malaysia. Abang Adam memelukku seerat mungkin. Satu kucupan singgah lagi di ubun-ubunku. Dia mencapai tanganku. Dia membelai cincin yang tersarung manis di jari manisku.
“Cincin lama kan ada lagi?” Cazlin bertanya kepada suaminya.
“Cincin tu bukan abang yang beli. Mesti mama yang belikan??”
Cazlin mengadap wajah suaminya.
“Abang dah ingat semula ke?”
Adam tersenyum. Dia memeluk isterinya kembali.
“Abang memang tak ingat apa-apa lagi. Cuma cincin tu hodoh sangat. Macam cincin nenek-nenek. Bukan taste abang la,”
Cazlin mencubit peha suaminya.
“Tak baik tau cakap macam tu.”
Adam tertawa kecil. Cazlin juga.
Abang Adam merapatkan tubuhku ke dalam dakapannya. Kehangatan tubuhnya yang menyelimuti tubuhku sungguh menenangkan. Kami berdua terdiam seketika menikmati kenikmatan keindahan panorama malam. Seakan-akan hanya kami berdua sahaja yang menaiki Eye of Malaysia ketika itu.
“Abang…”
“Em…” Abang Adam meletakkan dagunya di ubun-ubun kepalaku. Jarinya bermain-main dengan jari jemariku.
“Lin ..sayang sangat kat abang,” Cazlin mengangkat wajahnya dan bertentang mata dengan suaminya.
Adam Shafiq merenung wajah wanita kesayangannya. Dia menyisir lebut helaian rambut yang jatuh menutupi wajah isterinya. Wajah Cazlin diusap perlahan.
“I love you too, honey. I love you more day by day. Lin ni mcam Dewi Cinta abang. Mungkin, walau seratus kali abang mengalami amnesia, perasaan ini akan tetap sama. Tetap menggebu seperti dulu. I don’t know where to hide this feeling. Nobody can help me anymore. This love and feeling will remain forever in my heart. This feeling will safe in here. So beautiful and pure,” Adam Syafiq membawa tangan Cazlin yang berada dalam genggamannya ke dadanya.
Cazlin menekup mulutnya. Sehabis daya dia cuba menahannya. Argh, dia tidak mampu lagi.

Cazlin melihat sahaja suaminya membersihkan pakaiannya yang terkena muntahnya. Namun Adam Shafiq masih boleh tersenyum manis kepadanya. Cazlin mengutuk dirinya sendiri di dalam hatinya. Adei, baru nak romantik dengan abang Adam. Tapi aku boleh pulak pergi muntah kat atas badan dia. Cazlin tersenyum sendirian. Dia mengusap perutnya.
“Anak mama jelous ye..” ujar Cazlin di dalam hatinya.

Adam meneliti fail syarikat di tangannya. Mega Corporation. Sebuah syarikat yang megah berdiri di persada antarabangsa memilih syarikatnya untuk bekerjasama.
“Apa pendapat kau? This great man. Kita dah conquer Asia. Inilah masanya untuk kita lebarkan sayap perniagaan ke Eropah dan Timur Tengah.” Syafiq Qhaizir memujuknya.
“Well, aku rasa macam weird sikitlah. Syarikat yang besar macam ni tiba-tiba nak joint-venture dengan kita. Aku rasa baik kita tumpukan pada perniagaan kita yang sedia ada buat masa ni,”
“Come on, Adam. Biasalah dalam business ni kita memang kena ambil risiko sekali-sekala. Mungkin Mega Corporation ni diuruskan oleh seseorang yang berpandangan jauh dan berkaliber. Dia nak tengok anak melayu macam kita ni berjaya macam dia. Aku dengar Mega Corporation diuruskan oleh anak dia lelaki sulung dia. Muda dan baru sahaja menamatkan pengajian. So, pemikiran dia mungkin lain dari yang lain. Cuba mencari kelainan.”
“Okay, kalau macam tu. Kita bawa ke mesyuarat lembaga pengarah. Aku akan suruh Firah Musfirah aturkan pertemuan dengan pihak Mega Corporation.”
“Huh, Firah Musfirah? Sedap gila nama secretary kau? Baru ke? Bukan hari tu Syuhada Amirah ke nama dia?”
Adam Syafiq membaling pen ke arah Syafiq Qaizir.
“Banyaklah kau. Entah secretary mana yang kau jumpa agaknya. Dasar buaya.”
Syafiq Qaizir tersengih bagai kerang busuk.
“Rilekslah, bro. Gua belum kahwin. Bercinta biar seribu dan beribu-ribu.”
“Banyaklah kau punya falsampah tu.”
Syafiq Qaizir ketawa terbahak-bahak.




BAB 22
Daniel Hazri menghirup perlahan air kopinya sambil menatap surat khabar di sisinya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
“Hello..”
Tiba kedengaran suara perempuan menjerit hingga Daniel Hazri terpaksa menjauhkan telefon itu dari telinganya. Bingitnya.
“Along!!!!! I miss you like crazy. I’ll be home soon. Along!!!!”
“Home?? Soon?” Daniel Hazri kembali merapatkan telefon bimbitnya di telinga. Daniel Hazri kembali bertanya kepada adik bongsunya, Arianna.
“Yup, lepas Rian dah puas jalan-jalan kat Brisbane ni, papa dan mama nak Rian balik Malaysia,”
“What do you mean by papa and mama suruh Rian balik Malaysia? Where are…,”
Arianna memotong kata-katanya.
“Papa dengan mama dah lama balik Malaysia. Ish, takkan mama dengan papa tak bagitahu along kot? Ops, nampaknya Rian dah pecahkan rahsia. Ow.. no more surprise…” kedengaran Arianna tergelak di hujung talian.
“What? Without telling me? So, Rian kat mana ni? Why don’t you comeback together with papa and mama? Amir? Where is him?”
Arianna menggosok telinga. Aduh, bingitnya suara datuk kebayan ni. Memang patutlah mereka ni adik beradik sedarah sedaging. Punya suara yang mantap dan mampu mencairkan taik telinga.
“Er, bro… Angah pun dah balik Malaysia. Er.. Rian..alone..shopping..hehe,”
Daniel Hazri melonggarkan tali lehernya. Seorang di utara dan seorang di selatan. Semuanya buat hal sendiri. Tiada semangat kekeluargaan langsung.
“Rian, listen to me. You balik Malaysia sekarang juga. Rian tahu tak bahaya bagi seorang perempuan yang bersendirian di luar negara? Kalau ada apa-apa terjadi, siapa nak tolong Rian kat sana? Dalam masa 24 jam, abang tahu Rian dah ada kat depan mata abang!!!”
“Okay, fine!!!” Arianna mematikan talian telefonnya. Bengang dengan arahan datuk kebayan. Namun sungguh dia lebih takutkan abang Adam berbanding dengan papa. Abang Amir pula? Ow, he’s quite danger. Tapi abang Adam lagi danger. Arianna pantas mengemaskan barang-barangnya. Owh, Brisbane!!! I will come back.

“Saya rindukan Daniel la, bang.” Tengku Rawaidah memberitahu suaminya, Tengku Amin.
“Malam ni kita jumpa dia. Suruh dia balik rumah kita malam ni. Kita makan malam bersama,”
Tengku Rawaidah tersenyum gembira. Rindu sungguh dengan anak lelaki sulungnya.
“Hm, tak dapatlah Rian join sekali dinner keluarga kali ni,”
Tengku Amin tersenyum kepada isterinya.
“She’ on the way,” pendek sahaja jawapan Tengku Amin cukup membuatkan Tengku Rawaidah tersenyum hingga ke telinga. Sekejap sahaja berita kepulangan puteri bongsunya menjengah telinganya. Setiap gerak dan tingkah laku anak-anaknya sentiasa dalam perhatiannya walau sesibuk mana pun dia. Malah dia bukannya bodoh mahu membiarkan anak perempuan tunggalnya berada seorang diri di luar negara. Sekumpulan pengawal diupah bagi mengawasi gerak geri Arianna agar keselamatan anaknya itu terjamin.

Amir Fahmi memandu kereta Nissan GT-R R35 miliknya laju meredah jalan raya. Lama sudah tak pulang ke Malaysia. So, hot!!

Cazlin Amalina cuba mencapai kotak yang berisi barangan peribadinya. Sedikit lagi tangannya mahu mencapai kotak tersebut. Ah, tak sampai pulak. Dia mengambil bangku meja soleknya. Dia memijak perlahan bangku tersebut. Akhirnya kotak itu berjaya dicapainya. Entah dari mana agaknya muncul cicak yang tiba-tiba berani mati melompat ke mukanya. Cazlin Amalina mula hilang keseimbangan. Dia menjerit. Tubuhnya yang mulai melayang disambut lembut suaminya. Cazlin memandang wajah suaminya. Dia terkejut. Tidak berkelip dia memandang wajah abang Adam.
Adam Shafiq menurunkan tubuh isterinya perlahan.
“Lin buat apa ni? Kalau jatuh macam mana?” Adam Shafiq memarahi isterinya. Mujurlah dia kebetulan baru sahaja lepas pulang dari pejabat.
“Ala, abang kan dah selamatkan Lin. Lin okey ni. Cicak tu yang berani mati. Tiba-tiba je muncul kat depan muka Lin. Mana Lin tahu dia nak bunuh diri,”
Adam Syafiq memandang pelik isterinya. Tiba-tiba dia ketawa terbahak-bahak mendengarkan alasan bodoh isterinya. Cicak berani mati? Adoi…
Cazlin memandang selamba suaminya. Macamlah first time aku buat lawak bodoh ni sampai dia nak gelak kaya macam tu. Cazlin kembali mengutip barang-barang dalam kotak yang telah bertaburan di atas lantai. Semuanya barang pemberian arwah abangnya. Dia mengutip barang terakhir pemberian arwah abangnya. Tiket kapal terbang.
Adam Shafiq mendekati isterinya yang tiba-tiba sugul tatkala mengutip sesuatu yang bertaburan di atas lantai.
“Kenapa ni? Lin sakit ke?Are you okay?”Adam menyentuh lembut bahu isterinya.
Cazlin menggelengkan kepalanya.
“Lin okay. Cuma tiba-tiba teringatkan along. Inilah pemberian terakhir arwah along. Rindunya Lin dengan dia, bang.”
Adam Syafiq memeluk tubuh isterinya.
“Mereka yang telah pergi itu takkan kembali. Tapi mereka tetap hidup dalam hati dan fikiran kita.”
Cazlin tersenyum mendengarkan kata-kata suaminya. Dia mengeratkan pelukannya. Rasa selesa sungguh berada dalam dakapan suaminya. Cazlin dan Adam melayan perasaan sendiri tatkala mereka berpelukan.
“Lin laparlah…”
Adam Syafiq tergelak kecil. Ada ke patut spoilkan saat-saat romantik mereka begini? Lin..Lin..Sudahlah hari tu ketika dia mengucapkan kata-kata indah yang lahir dari hatinya, Cazlin terus muntah ke atas bajunya. This woman so funny. I love her.
“Abang!!!” Cazlin memanggil suaminya lagi dengan manja.
“Yes, my dear lovely sweetie. Malam ni kita ada dinner special. Just you and me. And our coming soon baby,”
Cazlin memandang suaminya. Hatinya berbunga gembira. Dia mengeratkan pelukannya. Terasa bibir suaminya menucup ubun-ubunnya. Hangatnya terasa begitu juga rasa sayang di hatinya.
“Tapi dengan satu syarat..”
“Ala, apa ni? Ada pulak main syarat-syarat?”
Pantas sahaja bibirnya dikucup perlahan Adam Shafiq.
“Ei, apa ni cium curi-curi? Kalau nak mintaklah baik-baik,” Cazlin pura-pura merajuk. Sedangkan di dalam hatinya bagai mahu meletup. Malu. Dikucup secara curi-curi oleh suaminya.
“Ni nak mintaklah ni..”Adam menyentuh lembut bahu isterinya yang merajuk membelakanginya. Perlahan-lahan dia menarik tubuh isterinya kembali menghadapnya. Dia mencapai tangan isterinya.
“Teman abang mandi ek,”
Cazlin tersenyum memandang suaminya.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn