BAB 20
Hana Nadiah mengambil sudu kecil yang terletak di tepi cawan lalu mengacau air kopi panas itu perlahan-lahan. Dia memandang jejaka di hadapannya lalu tersenyum.
“I can’t leave her like that,” Adam Shafiq memandang tepat gadis di hadapannya.
Hana meletakkan cawannya perlahan-lahan kembali ke alas cawannya.
“You dah janji…” Hana separuh merengek. Tempohari Adam berjanji mahu kembali kepadanya. Adam mahu mengambilnya menjadi isterinya yang sah. Cazlin? Should be no more her!!!
“Yes, I know that. Tapi I feel something with her. Something that I cannot feel the same when I was with you. I memang sayangkan you. But there’s something missing. Dah lama hilang dan I tak sedar pun tentang benda ni. I tak tahu apa yang ada pada Cazlin Amalina. I don’t remember. But I will. Something that already bind us together,”
Hana Nadiah menggenggam tangannya. That girl again. Penat sahaja aku jadi baik. Tetap tak mampu rampas Adam Shafiq kembali. Apa lagi yang harus dilakukannya?
“You’re beautiful, Hana. Find someone else. Better than me. I’m not yours anymore,” Adam Shafiq menarik tangannya dari genggaman tangan Hana Nadiah perlahan-lahan.
Hana Nadiah cuma mampu menghantar kepergian Adam Shafiq dengan pandangan matanya. Pipinya mula dibasahi mutiara jernih yang makin mencurah-curah menuruni pipinya.

Cazlin Amalina membelek-belek buku yang baru dibelinya Diari Ibu: Panduan Untuk Ibu Hamil.
“Morning Sickness?” Cazlin Amalina menyebut dua patah perkataan itu di dalam hatinya. Apa kebendenya ni? Dia meneruskan pembacaannya.
Kebanyakan wanita hamil akan mengalami keadaan ini. Dikenali sebagai morning sickness walaupun ianya berlaku juga pada waktu laindalam sehari. Ianya merupakan keadaan meloya dan diikuti muntah tanpa amaran. Selepas berhenti, seseorang itu akan berasa baik semula sehingga rasa mual kali kedua muncul. Rasa mual dan loya ini akan muncul di trimester kedua.
Aduh, masalah juga ni. Macam mana pensyarah tengah sibuk mengajar, aku pula sibuk nak muntah. Malunya. Cazlin menyentuh perutnya. Perlahan-lahan dan mengusapnya lembut. Bersediakah aku untuk menjadi seorang ibu? Tambahan pula abang Adam yang masih belum mengingati dirinya. Mampukah dia seorang diri memikul semua ini. Sungguh dia berharap abang Adam sentiasa di sisinya apatah saat-saat dia sedang berbadan dua. Dia tersenyum sendirian tatkala teringat akan anak yang dikandungnya. Sekurang-kurangnya inilah yang menguatkan semangatnya untuk terus bersama dengan Adam Shafiq.

Adam Shafiq melihat jam di tangannya. Hatinya berasa teruja ingin pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan tepat 6.00 petang. Tiba-tiba dia terasa ingin menghadiahkan isterinya itu sesuatu. Dia pun memandu keretanya ke destinasi yang tergambar di mindanya. Keretanya semakin laju melalui lebuh raya.

Adam Shafiq merenung bunga yang kini berada di tempat duduk sebelahnya. Tercapai juga hajatnya untuk mencari bunga Camelia. Bunga itu membawa maksud yang sangat mendalam baginya. Bunga Camelia dikatakan dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya. Tidaklah dia ingin mempercayainya. Cuma ia merupakan simbol kepada bunga yang bakal dihadiahkan buat isterinya.
“Kembalikan semangat cintaku, Ya Allah. Hangatkan kembali kasih sayang antara kami. Berikan aku peluang untuk mengingati dirinya kembali. Seandainya kami diciptakan untuk bersama, maka kuatkan semangat cinta antara kami. Berikan aku semangat untuk mencari kembali perasaanku itu…”

Ayuna terdiam. Malah tidak dapat berkata-kata apa-apa. Serta-merta tangannya menggigil. Malah tubuhnya kesejukan. Dia hanya mampu diam dan tertunduk tidak mampu memandang wajah Hana Nadiah.
Tubuh Ayuna digoyang perlahan. Hana Nadiah memandang tajam wajah Ayuna yang kini pucat lesi.
“Kau dah takut?”
Ayuna menelan air liurnya.
Hana Nadiah ketawa. Dia mengetawakan gadis bodoh di hadapannya.
“Rilekslah. Be calm and cool okay,”
“Takkan sampai nak membunuh?” Ayuna bersuara perlahan. Cukuplah dia pernah ‘membunuh’ suatu ketika dahulu. ‘Membunuh’ dengan menggugurkan kandungannya suatu ketika dahulu. Segalanya bagai berputar kembali bagaikan litar filem di dalam mindanya. Dia diperdaya Azizi suatu ketika dahulu. Azizi telah meletakkan pil khayal ke dalam minumannya tanpa dia sedari. Sedar sahaja pada pagi itu, dia sudah kehilangan sesuatu yang paling berharga bagi setiap wanita. Tidak lama selepas itu, dia disahkan mengandung. Azizi pula hilang entah ke mana. Dasar jantan keparat. Dia tak tahu apa yang harus dilakukannya ketika itu. Hanya pada kak Hana dia meminta pertolongan. Kak Hana telah memberikannya cadangan agar menggugurkan kandungannya. Sungguh dia sangat takut pada waktu itu. Dia takut mama akan diserang sakit jantung sekiranya mengetahui akan kandungannya yang semakin membesar. Maka cadangan Kak Hana diterima. Sehinggalah ke hari ini igauan buruk itu masih menghantui fikirannya. Dia tahu perbuatannya berdosa. Tapi tiada siapa yang menghalangnya pada waktu itu.
“Alah, bukannya bunuh orang pun. Macam bunuh semut je. Anyway, Cazlin will be alright in two or three weeks. Lagipun, Yuna nak ke keturunan Yuna dari perempuan tak guna tu?”
“Akak cakap macam bunuh semut? Ini melibatkan nyawa, kak. Cukup sekali Yuna mem’bunuh’. Yuna tak sanggup lagi,” Ayuna menekup wajahnya. Peristiwa hitam itu kembali berlegar-legar di mindanya. Semakin kerap dan semakin menyeksa jiwanya.
Hana Nadiah mencebik mendengar kata-kata Ayuna.
“Don’t play innocentlah. Akak tak kira. Yuna mesti tolong akak juga. Anggaplah sebagai membayar hutang Yuna pada akak dulu. Okay, my dear?”
Ayuna memandang jengkel Hana Nadiah. Kenapalah dia begitu bodoh menuruti kata-kata wanita ini dahulu? Perempuan kejam dan tak berhati perut. Kak Lin, Yuna minta maaf atas segala perbuatan Yuna.
“Kalau aku tak nak juga buat, apa kau nak buat?”
Hana tersenyum sinis. Ada hati nak lawan cakap aku. Dasar budak hingusan.
“Apa khabar agaknya dengan mama Yuna ye? Sihat? Sakit mama Yuna tu dah okay?” Hana Nadiah membuat gaya seakan-akan seseorang diserang sakit jantung.
Ayuna terkesima. Nafasnya semakin laju.
“Apa maksud kau?”
Ketawa Hana Nadiah mula rancak. Dia semakin suka dengan situasi ini. Situasi yang semakin panas dengan muka ‘comel’ Ayuna yang bagaikan cacing kepanasan.
“Well, dah lama akak tak berbual dengan mama Yuna. Akak ada macam-macam perkara yang nak diceritakan. So, akak bagi Yuna masa yang agak panjang sikitlah untuk melaksanakan ‘tanggungjawab’. Buatlah apa sahaja agar baby Cazlin tu tak sempat menghirup udara segar kat dunia ni. Apa sahaja asalkan baby Cazlin tu tak cukup sembilan bulan. Akak tahu Yuna faham. Easy task, rite.”
Ayuna melihat sahaja lenggang lenggok tubuh Hana Nadiah meninggalkannya. Dia sendiri sudah jatuh terduduk. Fikirannya kosong saat itu.


Adam Shafiq berlari-lari mendaki anak tangga menuju ke bilik mencari Cazlin Amalina. Entah mengapa hatinya berbunga-bunga indah seperti bunga Camelia ini. Rasa teruja yang menguasai diri walaupun dia sendiri masih belum mampu mengingati siapa dia Cazlin Amalina.
Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, kelibat Cazlin tidak kelihatan di meja tulis mahupun meja soleknya. Dia mencarinya hingga ke bilik air.
Kelihatan Cazlin sedang mengurut-urut dadanya. Kemudian Cazlin muntah lagi.
“Lin okay ke? Nak pergi klinik?”
Cazlin menggeleng-gelengkan kepalanya. Cazlin muntah lagi.
Adam mengurut leher dan belakang isterinya.
“I’m okay. Don’t worry,” Cazlin cuma bersuara lemah. Dia pun berlalu dan membaringkan tubuhnya di katil. Sungguh rasa lemah menguasai tubuhnya. Sudah tak terkira dia memuntahkan isi perutnya hari ni.
Terasa usapan lembut di ubun-ubun kepalanya. Cazlin membuka matanya perlahan. Adam Shafiq tersenyum memandangnya.
“Shh, tidurlah. Banyakkan berehat okay. Abang ada kat sini. Always beside you,”
Cazlin memejamkan matanya kembali. Terasa tenang sekali. Lenanya bagaikan puteri waktu itu dan sang putera di sisi menemani lenanya.





Cazlin terasa tubuhnya digoyang perlahan. Dia membuka matanya.
“Bangun solat subuh. Kita jemaah sama-sama ea,” abang Adam menyisir rambutku yang berada muka barangkali. Aku terkejut melihat perubahannya, senyumnya dan layanannya. Abang Adam pun berlalu dan mebuhkan punggungnya di sofa. Dirinya sudah siap berkain pelikat dan bersongkok. Dia menungguku? Cazlin Amalina cepat-cepat ke bilik air. Tidak mahu suaminya menunggu dengan lebih lama.
Selesai bersolat aku mengucup tangan abang Adam. Lama. Barangkali aku terlalu rindu dengan dirinya. Abang Adam mengusap kepalaku. Kemudian dia mengucup ubun-ubunku.
“Abang harap Lin akan bagi abang masa untuk mengingati Lin. Hati kecil abang sememangnya terarah kepada Lin sejak abang sedar dari koma dulu. Cuma ingatan abang sahaja yang tak membenarkan memori tentang Lin kembali buat masa ni. Will you wait for me?”
Cazlin menitiskan air matanya. Dia menganggukkan wajahnya.
Adam memeluk isterinya dengan eratnya. Cuba memberikan segala kekuatan untuk Cazlin terus tabah menanti dirinya pulih sepenuhnya dari penyakit Amnesia.

Cazlin melipat telekungnya lalu meletakkannya di tempat yang telah direka khas untuk menyimpan pakaian sembahyang. Abang Adam pula sudah turun ke bawah kerana ingin berjumpa dengan papa.
Tiba-tiba matanya terhenti pada sejambak bunga yang mekar di sudut meja kecil di tepi katilnya. Cantik. Cazlin mengambil kad kecil yang terselit di sebalik bunga tersebut.
‘Moga semangat cinta antara kita akan kembali mewarnai kebahagiaan kita buat selama-lamanya,’
Tersentuh hatinya membaca bait-bait kata tersebut. Dia tersenyum kegembiraan. Dia pasti abang Adam telah kembali semula kepadanya. Syukur kupanjatkan kepada-Mu Ya Allah. Penantianku bukanlah sia-sia. Malah dugaan-Mu mengajarku menjadi manusia yang lebih bertaqwa. Cazlin mencium bunga itu berkali-kali. Hatinya kini sehangat mentari pagi yang kian menyinari seluruh ala ini. Dia tersenyum sendiri lagi.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn