BAB 16
Adam memandu keretanya perlahan menelusuri jalanraya. Masing-masing hanya diam membisu. Peristiwa sebentar tadi masih menerawang di fikirannya.

“Sayang nak pergi mana ni? Kan abang dah cakap yang kita..”
“Lin nak balik. Lin belum bersedia lagi dengan apa yang terjadi. Lin perlukan masa untuk mempercayai semua ini.”
Adam memeluk tubuh Cazlin dari belakang. Rasa sayangnya menggebu di setiap penjuru hatinya.
“I love you, sayang. Kita bina perasaan itu perlahan-lahan. Ambillah sebanyak mana masa yang Lin perlukan. Abang tak perlu tunggu Lin. Because I’m already yours…Lagipun, Lin belum bawa abang jalan-jalan kat Pantai Puteri, naik bas Doubel Decker, naik Eye Of Malaysia,…”
Cazlin sedaya upaya menahan air matanya dari menitis. Dia menarik nafasnya sedalam mungkin. Mencari kekuatan yang sememangnya tiada lagi saat Adam Shafiq memeluk tubuhnya. Dia menolak tubuh suaminya perlahan.
“Lin nak balik. Lin tetap akan balik sama ada dengan abang ataupun tanpa abang.”
Tanpa berkata apa-apa Adam Shafiq terus mencapai kunci keretanya dan mereka pun bertolak pulang pada masa itu juga.

Cazlin berpura-pura tidur sepanjang Adam Shafiq memandu kereta. Dia tidak mahu lagi mendengar madah-madah dan pujuk rayu abang Adam lagi. Sememangnya dia sudah tertawan dek penangan cinta abang Adam. Malah dia sudah merelakan ikatan perkahwinan ini menjadi realiti seperti yang diperkatakan oleh Nurul kepadanya. Namun segala-galanya musnah saat tatkala dia membuka mesej dari handphone abang Adam. Sungguh dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya berasa terpanggil untuk melakukan sedemikian. Hana telah menghantar satu sistem pesanan ringkas (SMS) ketika abang Adam keluar membeli sarapan pagi.
Hello dear.. terima kasih kerana sudi beri I peluang kedua. I takkan sia-siakan peluang ni…
Sungguh dia ingin memberikan dirinya peluang untuk memulakan hidup bersama-sama dengan abang Adam. Malah dengan rela dan setulus hati mahu menerima abang Adam. Tetapi dia sedar siapa dirinya. Cuma menjadi permainan pemuda kaya yang tidak mempunyai hati perut. Ah, mana mungkin kisah cintanya sehebat seperti Zahlia dan Tengku Syahran dalam novel Bicara Hati, mahupun Fakhrul dan Haziqah dalam novel Sepi Tanpa Cinta. Aku berangan-angan diri ini bagaikan puteri disunting oleh putera idaman. Aku memang tak sedar diri.
Tiba-tiba Adam Shafiq memberhentikan keretanya secara mengejut. Cazlin terkejut melihat dua buah kereta mengepung kereta yang dinaiki mereka berdua.
Adam Shafiq menggenggam tangan isterinya.
“Lin jangan keluar. Don’t worry. I love you. Always.” Adam Syafiq mengucup dahi Cazlin sebelum keluar untuk berunding dengan lelaki-lelaki yang tidak dikenali. Namun baru beberapa langkah abang Adam melangkah, lelaki-lelaki tersebut memukul dan menumbuk abang Adam. Cazlin cepat-cepat keluar dari kereta dan mendapatkan abang Adam yang berlumuran darah.
“Kan abang dah cakap, jangan keluar dari kereta?” Adam bersuara lemah.
Cazlin memeluk erat suaminya. Dia tahu tiada apa yang mampu dilakukannya ketika ini. Dia tahu kudranya tidaklah seberapa dan tidak mampu untuk melindungi suaminya.
Dua orang lelaki menarik Cazlin jauh daripada Adam Shafiq. Cazlin ditampar hingga tersembam di atas tanah. Kemudian dia cuma mendengar suara abang Adam yang menyebut nama Tuhan. Saat dia berpaling, abang Adam sudah terbujur kaku dengan darah yang tidak berhenti-henti mengalir di kepalanya.
“Abang!!!”

Puan Sri Saleha menatap wajah anak lelaki tunggalnya. Luluh hatinya melihat Adam Shafiq terbaring koma di katil hospital. Mengapa nasib mereka tak habis-habis dirundung malang? Ya tuhanku, Kau selamatkanlah anakku. Aku tak sanggup kehilangannya.
“Semua ni kau punya pasal! Perempuan tak guna. Sebab kau abang aku jadi macam ni. Aku benci kau!!!” Ayuna tiba-tiba menjerit ke arah Cazlin. Tangannya memukul Cazlin sekuat hati. Ayuni dan Tan Sri Latif cuba menghalang Ayuna dari terus-terusan memukul Cazlin.
“Kenapa dengan kamu ni Ayuna? Dah hilang akal ke? Kamu jangan sesekali lupa Cazlin kehilangan abangnya kerana nak menyelamatkan ibu kamu. Sedangkan abang Adam kamu masih hidup. Lagipun dia nak selamatkan isteri dia. Bukannya orang lain,”
“Alah… abang dia mati sebab nak selamatkan dia jugak. Dia ni memang pembawa malang.”
Pada masa itu juga tangan Tan Sri Latif melayang di muka Ayuna.
“Papa tak pernah ajar anak-anak papa jadi biadab macam ni. Mana pergi sifat kemanusiaan kamu?”
Tiba-tiba Puan Sri Saleha rebah. Ayuni menjerit mendapatkan ibunya. Begitu juga Ayuna dan Tan Sri Latif.

“Kamu janganlah ambil hati sangat dengan kata-kata Ayuna tadi. Dia memang macam tu. Tak fikir panjang sebelum bercakap.” Tan Sri Latif memujuk menantu sulungnya itu. Cazlin hanya mendiamkan diri sahaj semenjak tadi. Sedikit pun tidak mempertahankan dirinya apabila dijerkah sedemikian rupan oleh Ayuna.
Cazlin melemparkan senyuman manis kepada bapa mertuanya.
“Cazlin tak apa-apa, papa. Biasalah tu. Yuna buat macam tu sebab dia sayang pada abang Adam. Dia takut kehilangan abang Adam. Lin faham macam mana rasanya papa,”
“Kamu pergilah balik berehat dan tidur. Biar papa jaga Adam.”
Cazlin cepat-cepat menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Lin nak jaga abang Adam. Lagipun memang tanggungjawab Lin sebagi isteri.”
Kini tinggal mereka berdua sahaja di dalam wad hospital tersebut. Cazlin menggenggam tangan suaminya. Dia mencium tangan suaminya.
“Ampunkan Lin. Lin berdosa pada abang. Jangan tinggalkan Lin. Tolong jangan tinggalkan Lin sepertimana yang lain-lain. Lin cuma nak abang. Lin memang sayang abang. Lin memang cintakan abang. Abang tak boleh tinggalkan Lin. Sebab Lin nak bawa abang jalan-jalan kat pantai Puteri sambil makan aiskrim perisa….” Cazlin menangis lagi. Sungguh banyak lagi perkara tentang lelaki itu yang dia tidak tahu. Dia yang tidak pernah ambil peduli.
“Kita makan aiskrim perisa keladi. Sebab Lin suka perisa tu. Lepas tu, kita naik bas Double Decker…naik Eye Of Malaysia. Kita akan buat semua perkara sama-sama.”
Cazlin terlena di sisi suaminya.

Cazlin melipat telekungnya. Tiba-tiba Ayuni datang mendaptkannya dalam keadaan tergesa-gesa.
“Kak…”Ayuni cuba menghabiskan ayatnya. Namun nafasnya turun naik kerana berlari tanpa henti dari wad abang Adam hingglah ke surau hospital.
“Kenapa ni?”Cazlin berdebar-debar. Ya Allah, janganlah apa-apa yang buruk terjadi kepada suamiku.
“Abang Adam dah sedar. Cepat kak. Kita pergi tengok dia.”
“Alhamdulillah” Cazlin mengucapkan syukur kepada tuhan kerana mengabulkan doanya. Tidak sabar-sabar rasanya menatap wajah yang dirinduinya itu. Aptah lagi mendengar abang Adam mendengar abang Adam menyeru namanya.

Ayuni membuka pintu wad perlahan-lahan. Kelihatan papa, mama dan Ayuna berada di sisi abang Adam. Cazlin segera mendapatkan abang Adam. Dia mencapai tangan abang Adam.Dikucup lembut tangan suaminya itu. Namun Adam Shafiq merentap tangannya dari Cazlin.
“Eh, apsal cium-cium tangan orang ni? Kau siapa? Tiba-tiba je cium tangan orang.”
Cazlin terkejut dengan reaksi suaminya. Apatah lagi Tan Sri Latif, Puan Sri Saleha dan si kembar Ayuni dan Ayuna.
“Abang.. ni Lin. Abang janganlah main-main. Lin minta ampun dengan abang. Lin sayangkan abang.” Cazlin cuba meraih tangan suaminya kembali.
Adam Shafiq menarik tangannya semula.
“Eh..hello. Kau ingat ni pagi raya ke nak minta ampun minta maaf. Abang? Sayang? Papa, mama… suruh perempuan ni pergilah. Adam tak kenal dia. Mana Hana? Adam nak jumpa Hana. Dia tak datang lawat Adam ke?”
Tan Sri Latif berpandangan sesama sendiri dengan isterinya.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn