Bab 8

“Selamat datang,” ucap perancang perkahwinan itu kepada Cazlin dan Adam.Cazlin tersengih sahaja.Adam pula terus melulu masuk tanpa mempedulikan perancang perkahwinan tersebut.
Puan Sri Saleha dan Tan Sri Latif pula ke Melaka pagi tadi.Papanya mahu membawa mamanya pergi berubat katanya.Ibu cuma memberi mereka tempoh sebulan untuk membuat persiapan perkahwinan.Dia dan Cazlin terpaksa juga bersetuju demi menunaikan hasrat mama.Pada mulanya Cazlin agak ragu-ragu.Berkahwin bukanlah perkara main-main.Namun, setelah Adam memujuknya dengan memberikan beberapa syarat.Cazlin akhirnya bersetuju.Dia juga menyayangi mama.Seumur hidup inilah dia baru nak menyentuh kasih sayang seorang ibu.Dia tak mahu mama pergi seperti atuk, nek Mah dan along.Lagipun abang Adam memberi jaminan kepadanya bahawa perkahwinan ini hanya untuk sementara.Jadi waktu yang sementara ini akan digunakan untuk mengemis kasih dari mama.Oleh itu, setelah berfikir semasak-masaknya, Cazlin turut mengenakan beberapa syarat kepadanya.
“Lin nak kita buat perkahwinan ini seolah-olah perkahwinan yang sebenar.Maksud Lin, segala persiapan suasana perkahwinan berlaku seperti yang Lin impikan.Manalah tahu ini merupakan perkahwinan Lin yang terakhir.Yelah, siapa nak kahwin dengan Lin lagi kalau Lin dah jadi janda?Walaupun abang dah janji takkan sentuh Lin, tapi orang lain takkan fikir Lin masih anak dara.Abang kena faham tu…Haa, lagi satu. Lin tak nak perkahwinan ni terlalu digembar-gemburkan kepada pihak media. Tolong rahsiakan latar belakang Lin. Lin masih pelajar universiti dan Lin tak mahu jadi perhatian orang lain.Apatah lagi berkahwin dengan seorang jutawan, Lin tak mahu dilabel perempuan mata duitan.Lin tahu perkara ni akan diketahui orang ramai suatu hari nanti.Sekurang-kurangnya, dalam tempoh setahun ni Lin dapat belajar dengan tenang dan menamatkan pengajian Lin dengan baik.Itu pun sudah memadai. ”

Tepukan Cazlin yang begitu kuat menyedarkan Adam dari lamunannya.
“Lin dah pilih warna merah jambu,”ujar Cazlin sambil menunjukkan warna kegemarannya.
Adam mengerutkan dahinya.
“Takkan abang nak pakai warna ni masa bersanding nanti?Eh, abang ni lelaki tau.Mana sesuai dengan warna ni.Eee, tolonglah.Tak naklah.Cari warna lain.Warna kelabu takde?”
Cazlin mencebikkan bibirnya.Kelabu.Teruknya taste brader ni?
“Kelabu?Kelabu tahi anjing?Tak mahulah..Teruknya pilihan warna abang??”
“Eh, apa Lin tahu tentang warna kelabu dan lelaki?Hanya lelaki sahaja yang tahu..”
“Rilekslah..you all pilihlah warna apa pun..Cik Cazlin boleh buat beberapa persalinan nanti,”nasihat perancang perkahwinan tersebut.Dia pun sudah naik pening melihat pasangan di hadapannya.Macam musuh ketat je.Nasib baik bakal pengantin lelaki ini merupakan jutawan Naza yang terkenal di Malaysia.Kalau tak..tak kuasa ‘mak’ nak layan.
“Beberapa persalinan?Lin nak buat berapa persalinan?”
“Sembilan.. sebab Lin lahir bulan sembilan.”Selamba sahaja Lin menjawab.Elleh, bukannya banyak pun.
“What!!!”

Adam melihat sebuat kereta Fiat Bravo berwarna merah berada di hadapan pintu pagar rumahnya.Dia sangat mengenali pemilik empunya kereta tersebut.Hana!Adam yang baru pulang dari butik perkahwinan tidak dapat memasuki pintu pagar rumahnya kerana kereta Hana diletakkan betul-betul di hadapan rumahnya.Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.
“Lin tunggu sahaja dalam kereta.Abang keluar sekejap.Ada tetamu yang tidak diundang,”
Cazlin melihat sahaja gadis yang sedang menunggu di hadapan rumah Adam.Cantik.Tinggi.Memang patut pun dapat anugerah Bintang Paling Popular.Tapi sayang, wajahnya telah cacat.Berbalut dengan kain putih.Gadis itu menjeling tajam ke arahnya.Cazlin memandang ke arah lain.Baik jangan layan.Dari segi psikologinya emosi dia tengah tak stabil sebab wajahnya yang cantik selama ini menjadi cacat sekelip mata.Tambahan pula boyfriend dia nak kahwin dengan aku.Maaflah Cik Hana.Saya cuma menunaikan impian seseorang yang penting dalam hidup saya.Impian mama.

“Kau nak apa lagi?Tolong beredar dari rumah aku sekarang juga,”
Hana mendapatkan Adam.Dia memeluk lengan Adam.
“Honey, please.Jangan buat I macam ni.I dengan Fahrin tiada apa-apa hubungan,”
“Please, go..” Adam menolak tubuh Hana.Aku dah patah hati dengan kau.Kau tak menghargai kesetiaan aku.Kasih sayang aku selama ini sia-sia.
“Takkan you dah lupakan kenangan-kenangan kita?”Hana masih cuba menarik simpati Adam.
“Baru sekarang you nak ingat kenangan-kenangan kita?Masa you jadi bintang popular dulu ada you ingat semua ini?Masa you dengan jantan lain, ada you ingat semua ini?Come on, Hana.You dah sia-siakan kepercayaan I.You yang hancurkan cinta kita.I’m getting married.Its over between us,”
Hana mengesat air matanya.Dia meraba-raba wajahnya yang berbalut.
“You tak suka sebab I dah hodoh kan?I dah tak cantik lagi kan.Don’t worry.Nanti I buat plastic surgery.I akan buat apa sahaja.Please come back to me,” Hana memaut dada Adam.Meminta simpati.Dia tahu setiap kali dia memeluk Adam begini, pastinya jejaka itu akan memaafkannya seperti biasa.Namun, Adam menolak tubuhnya lagi.
“Selama ini I sayangkan you sebab diri you sendiri.Bukan sebab you cantik.Tapi Hana yang dulu bukan Hana yang sekarang.Hanyut dengan dunia glamour you.You lupa diri.You angkuh dengan apa yang you ada.You tak reti nak bersyukur dengan nikmat yang you ada selama ni.You sia-siakan kepercayaan yang I berikan,”
Cazlin yang melihat drama air mata tersebut merasakan perasaan yang aneh meresap halus jauh ke dalam sudut hatinya.Marah?Cemburukah aku?Eh, tak mungkinlah.

“Stop it, okay.You balik jelah,”
Hana menuju ke arah kereta Jaguar XF milik Adam.Dia membuka pintu kereta di bahagian sebelah tempat duduk pemandu.Dia menarik Cazlin keluar dari kereta tersebut.
“You lupakan I sebab perempuan ni kan?” Hana merenung wajah Cazlin.Memang cantik bakal isteri Adam.Dia cantik sebab aku dah hodoh.
Adam menarik Cazlin jauh dari Hana.Lalu memeluk Cazlin.
“Don’t you ever touch her.She’s mine.You dah nampakkan? So apa lagi? I tak nak hadap muka you lagi tau tak?”
Adam menggenggam tangan Cazlin seeratnya.
“Well, Adam.I akan pastikan you takkan bahagia.You akan melutut kembali pada I.Just wait!!!” kata Hana kemudian berlalu pergi.Hana sempat menjeling tajam ke arah Cazlin.
Adam menampar bahu Cazlin.
“Sakitlah,” Cazlin mengurut-urut bahunya yang ditampar oleh Adam. Apasal dengan mamat ni? Pukul-pukul orang pula.
“Tahu pula marah.Kenapa tak melawan tadi?Masa kat train tahu pula hempuk abang dengan beg bangla Lin tu,”
“Alah, Lin malaslah nak berkasar dengan perempuan.Dia dalam keadaan sakit, lemah dan tak berdaya.Lin malaslah nak tunjuk kuat.Lu pikirlah sendiri, brader.” Ujar Lin lalu terus meninggalkan Adam keseorangan di pintu pagar.
Tengoklah tu.Berlagak.Sabar jelah aku dengan perempuan ni.Peninglah aku beberapa hari ini.Sebab Hana.Sebab Lin.Sebab mama.Semuanya kerana insan yang bergelar wanita.


Cazlin terus menuju ke dapur.Tekaknya terasa begitu haus.Abang Adam memang kedekut.Bukannya nak singgah mana-mana selepas mereka keluar dari butik pengantin.Terus sahaja pulang ke rumah.Belum sempat pulang ke rumah kena tengok drama cinta dan air mata pula.Tiba-tiba seseorang menyergahnya dari belakang.
“Hai bakal kakak ipar..,” ujar si kembar Ayuni.
Cazlin menyambut huluran salam daripada Ayuni.Ayuni memeluknya mesra.Seakan-akan sudah lama tidak berjumpa.
“Bila sampai?”
“Em, pagi tadi.Oh, inilah dia suri hati abang Adam?So….. beautiful.”
Panjangnya ‘so’ dia.
“Mana kembar Ayuni?Akak tak Nampak pun dia?”
Ayuni mencari-cari sesuatu di dalam peti ais.Lantas dia mencapai sebiji buah Apple merah.
“Alah, jangan cakap pasal dia lah.Akak jangan layan dia sangat tau.Kita jangan cakap pasal dia la.Akak ceritalah tentang diri akak.Macam mana boleh jumpa dengan abang Adam?” soal Ayuni dengan terujanya.
Cazlin melayan sahaja keletah si kembar itu.Peliklah aku dengan kembar ni.Bukankah kembar ni rapat?Tapi kenapa hubungan Ayuni dengan Ayuna macam tak baik sahaja?

2 comments:

Unknown said...

upload cpt2 tau...

hehe

LiTtLe DaMSeL*MuLtiVeRs said...

mahu menunggu kemunculan novel yg kamu tulis sndr ^_^ hihiks

Post a Comment

no talipOn