BAB 27
Cazlin Amalina menggigil kesejukan. Selimut yang menyelimuti tubuhnya tak mampu menghangatkan tubuhnya. Badannya terasa sejuk semacam apabila pulang dari tanah perkuburan. Kepalanya pula terasa berat. Ya Allah. Tolonglah hamba-Mu ini. Dia cuba melelapkan matanya. Melupakan semua rasa sedih, marah dan pilu.

Mak Pah mengetuk perlahan pintu bilik Cazlin Amalina. Namun tiada jawapan. Hati tuanya dapat merasakan sesuatu terjadi kepada perempuan muda yang dibawa pulang oleh Tuan mudanya. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu tersebut. Dilihatnya Cazlin Amalina masih berbungkus dengan selimut. Mak Pah menarik langsir yang menghalang cahaya matahari dari memasuki ruang bilik tersebut. Namun, Cazlin Amalina masih tidak menunjukkan apa-apa reaksi dari perbuatannya. Lalu, Mak Pah menarik selimut yang menyelimuti tubuh Cazlin Amalina. Astaghfirullahala’zim. Terkejut dia melihat tubuh Cazlin Amalina yang sedang mengerekot dan menggigil di sebalik selimut tersebut. Mak Pah menggagahkan tubuhnya berlari mendapatkan Tuan Muda Dan yang sedang bersarapan di bawah.
“Dan,” Mak Pah memanggil nama tuan mudanya yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
“Kenapa, Mak Pah?”
“Kawan Dan… dia..” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Daniel Hariz sudah berlari mendaki anak tangga ke bilik Cazlin Amalina.
Daniel Hariz merasa dahi Cazlin Amalina dengan tangannya.
“Ya Allah. Panasnya. Lin, sabar ye. Dan bawa Lin pergi hospital.” Daniel Hariz membalut tubuh Cazlin Amalina dengan selimut lalu mencempungnya.

Sesampainya di hospital, Daniel Hariz menjerit sekuat hatinya memanggil jururawat yang berdekatan. Riuh rendah sebentar suasana di hospital tersebut. Saat tubuh Cazlin Amalina dibawa oleh jururawat tersebut, suasana hospital kembali senyap. Tinggal Daniel Hariz termanggu sepi di ruang menunggu.
Daniel Hariz mendail sesuatu di handphonenya.
“Ice, call Amir. Tell him what to do. As I told you earlier. Plan kita berjalan seperti yang dirancang,”
Daniel Hariz mematikan telefonnya. Dia akan hancurkan Naza Corporations. Itulah balasan kerana menghancurkan hati Cazlin Amalina sedemikian rupa. Aku akan hancurkan kau, Adam Shafiq!!! Di mindanya bagai diputar kembali bagaimana keadaan Cazlin Amalina di tanah perkuburan semalam.

Ayuni kelihatan mundar mandir di biliknya. Dia bingung dengan situasi rumah tangga abangnya. Mengapa harus terjadi semua ini di saat-saat mereka bakal menimang cahaya mata. Sejak kehadiran Hana Nadiah ke dalam hidup abangnya kembali, segala-galanya bagaikan ribut. Tiba-tiba Ayuna lalu di hadapan biliknya. Cepat-cepat dia menarik tangan Ayuna.
“Apsal dengan kau ni?” Ayuna merentap tangannya dari pegangan kembarnya.
Ayuni merenung wajah kembarnya.
“Aku tahu kau ada buat sesuatu kat kak Lin kan?”
“Wajah Ayuna tiba-tiba berubah.
“Eh, apa kena mengena dengan aku pulak?”
“Apa kena mengena dengan kau? Sebab kaulah satu-satunya orang kat dalam rumah ni yang tak suka dengan kak Lin. Entah-entah kau ada kena mengena dengan kes keguguran kak Lin tak?”
“Eh? Aku tak ada masa nak layan inspektor polis tak bertauliah macam kau ni tau tak? Asyik nak sibuk hal orang lain je. Kau redha jelah kak Lin dengan abang Adam tu memang dah tak panjang jodoh diorang.”
Ayuni memandang sahaja kembarnya yang berlalu pergi. Geram sungguh hatinya dengan sikap Ayuna. Dia tahu dia perlu melakukan sesuatu. Hm, esok Ayuna tiada di rumah. Dia ingin menyelongkar bilik Ayuna. Mencari kepastian.

Amir Fahmi menerima arahan dari secretary abangnya. Dalam paksa rela, terpaksa juga dia melakukannya. Jika tak segala card creditnya akan ditarik, termasuklah kereta baru kesayangannya. Asal benda-benda jahat je suruh aku buat. Taulah aku ni jahat. Eh? Termengaku pulak. Along berjanji akan membayarnya dua kali ganda jika plan mereka berjaya. Tapi siapa Naza Corporations ni ek? Apa masalah alongnya dengan mereka? Setahunya, cuma ayah yang akan menggunakan kepakaran ‘putar belit’ yang dimilikinya. Kali terakhir ayah menggunakan khidmatnya, bayaran yang diperoleh hampir mencecah 2.9 juta. Confirm aku tak payah kerja sampai tumbuh janggut. Huh, apa-apa jelah. Takde kena mengena dengan aku. Dia melihat senarai pelabur dan pemegang saham dalam Naza Corporations. Hm, nak jumpa yang mana satu dulu? Habislah Naza Corporations.

Daniel Hazri membuka tupperware yang mengandungi sup ayam yang masih panas. Aromanya mula menerawang ke segenap ruang bilik Cazlin.
“Sedapnya bau,” ujar Cazlin Amalina.
Daniel Hariz tersenyum melihat Cazlin Amalina yang semakin sihat. Dia perlahan-lahan mencedok sup ayam ke dalam mangkuk. Kemudian dia duduk di sisi Cazlin Amalina. Perlahan-lahan dia meniup bubur yang masih panas itu.
“Eh, Lin boleh buat sendiri la,” Cazlin cuba mengambil mangkuk tersebut dari pegangan Daniel Hariz. Daniel Hariz menjauhkan mangkuk tersebut saat tangan Cazlin Amalina hampir mencapainya.
“Orang sihat nak suap orang sakit. Boleh kan?” Daniel Hariz bersuara lembut sekali. Renungan matanya juga mesra membuatkan Cazlin Amalina berasa selesa sekali di sampingnya.
“Sedapnya. Pandai Mak Pah masak,” puji Cazlin Amalina. Baru suapan yang pertama. Tekaknya mula terliur inginkan lagi.
Daniel Hariz tersenyum lagi melihat telatah Cazlin Amalina yang mengaduh kepanasan apabila sup ayam mencecah lidahnya.
“Macam ni baik orang sakit suap sendiri.” Cazlin Amalina cuba mengambil mangkuk itu dari tangan Daniel Hariz.
“Oo, taktik ek. Mana ada panas? Dan dah tiup sampai sejuk baru suap kat Lin tau,”
Cazlin Amalina tersenyum. Kantoi pulak. Tiba-tiba seseorang muncul di sebalik pintu. Daniel Hariz terpaku melihat manusia yang muncul di muka pintu. Cazlin Amalina Cuma memandang tanpa perasaan.

1 comments:

hana_aniz said...

nape blog kt cni lmbt berbnding blog kt penulisan 2u? sy lg suka baca kat blog coz lg senang cari n biasanye post kt blog lg laju. cadangan utk writer.. mmm.. wat la lagi 1 blog. blog khas utk hasil karya cik writer. semua novel or cerpen kt 1 blog je. kn lagi senang follower nk baca?? pape, keep it up writer!! DBC memg bez!! harap dpt cepat smbung. =)

Post a Comment

no talipOn