BAB 24
Adam Shafiq terduduk di bangku hospital keseorangan. Papa, mama dan yang lain-lain dalam perjalanan ke hospital. Mindanya masih terbayang wajah Cazlin Amalina yang pucat dan tidak bermaya ketika mereka sampai ke hospital. Nafas isterinya juga semakin lemah. Kenapa dengan dia? Kenapa? Sudah hampir sejam dia menunggu.
“Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anakku. Janganlah Engkau pisahkan kami. Sesungguhnya aku tak mampu menahan perpisahan ini. Belum puas aku mendamba kasih isteri dan anak kami yang bakal lahir. Aku bermohon pada-Mu,”
Ketika itu juga seorang doktor wanita keluar dari wad kecemasan. Adam Shafiq berlari menuju ke arah doktor tersebut.
“Doc, macam mana dengan wife saya? Is she okay?”
Doktor wanita tersebut memandang wajah lelaki di hadapannya dengan rasa sayu.
“Isteri kamu selamat. Namun, Tuhan lebih menyayangi bayi lelaki kamu. Maafkan kami. Kami dah cuba sedaya upaya.”
Adam Shafiq tersandar di dinding. Dia menumbuk dinding itu berkali-kali. Anak papa….
Doktor wanita itu memegang bahu Adam Shafiq.
“Kami perlukan keterangan dari kamu selepas ini. Hal ini berkaitan dengan racun yang diambil oleh isteri kamu hingga menyebabkan kegugurannya. Sama ada isteri kamu yang mengambil racun ini atau dia telah diracun,”
Adam Shafiq terpaku mendengarkan kata-kata doktor wanita tersebut. Cazlin? Racun? Tak mungkin Cazlin akan mengambil racun. Tak mungkin!!!

Cazlin Amalina memangku bayinya perlahan-lahan. Comelnya. Dia mencium pipi bayinya berkali-kali. Dia dapat mencium bau bayinya. Bau kasih sayang. Tiba-tiba seseorang mengambil bayinya dari pangkuannya dengan kasar. Dia cuba menghalang. Namun bayinya telah diambil dan dibawa pergi darinya. Dia cuba bergerak. Namun kesakitan yang mencengkam di rahimnya menghalangnya dari berbuat demikian.
“Abang!!! Abang!!! Anak kita … Cepat, bang. Selamatkan anak kita!!!!” Cazlin Amalina cuba menjerit sekuat hatinya. Akhirnya dia terjaga dari lenanya.
Cazlin melihat sekelilingnya. Dia keliru melihat semua seisi keluarga Adam Shafiq berada di sisinya. Suaminya mengusap lembut dahinya dan mengucup dahinya. Cazlin mencuba untuk bangun. Namun gagal. Tubuhnya terasa begitu lemah dan tidak berdaya. Dia keliru melihat tubuhnya yang dicucuk dengan jarum dan berselirat dengan wayar. Apaka yang terjadi? Dia cuba memutar ingatannya kembali.
“Lin sayang. Have a rest please. Don’t think too much,” Adam Shafiq menasihati isterinya. Dia tahu isterinya masih terkejut. Dia tahu isterinya sedang cuba berfikir apa yang sedang berlaku ke atas dirinya. Namun, bagaimana harus dia menjelaskan apa yang telah terjadi? Dalam keadaan Cazlin yang masih belum stabil dan dalam perhatian doktor. Dia tidak mahu menjejaskan lagi keadaan isterinya.
Cazlin menarik tangan suaminya.
“Apa yang dah jadi kat Lin? Kenapa Lin ada kat sini?” Cazlin bertanya dengan bersungguh-sungguh. Tiba-tiba wajahnya berkerut. Dia memegang perutnya.
“Anak kita? Kenapa abang diam? Kenapa semua orang diam? Lin tanya ni,”
Adam Shafiq duduk di birai katil isterinya. Dia mengusap wajah wanita pujaannya yang semakin keruh itu. Perlahan-lahan tubuh kecil itu dirangkulnya.
Cazlin cuba menolak tubuh suaminya. Berkali-kali. Namun pelukan suaminya begitu kemas hingga sukar untuk dia menolaknya. Air matanya sudah berjujuran membasahi pipinya.
“Kenapa dengan anak kita? Mana dia? Bagitahu Lin, bang. Lin tanya ni. Tolonglah jawab,” Cazlin sudah teresak-esak menahan tangisnya.
Pua Sri Saleha mengesat air matanya. Tidak tahan dia melihat Cazlin dalam keadaan begitu. Musnah sudah semua impian dan harapan. Mengapa kebahagiaan anak dan menantunya diragut sedemikian rupa. Tan Sri Latiff hanya mampu memeluk bahu isterinya.
Tiba-tiba tubuh Adam Shafiq ditolak dengan kasar oleh Cazlin. Cazlin Amalina mencabut semua wayar yang berselirat di tubuhnya. Adam Shafiq cuba menghalang perbuatan Cazlin. Namun gagal. Tan Sri Latiff lantas memanggil jururawat yang bertugas.
Beberapa orang jururawat mula datang dan beberapa daripadanya cuba memegang tubuh Cazlin. Seorang jururawat mula menyuntik ubat bius bagi menenangkan Cazlin. Keadaan Cazlin semakin lemah dan tidak lagi meronta-ronta. Semakin lama semakin lemah dan akhirnya isterinya kembali lena.
Adam Shafiq mengesat air matanya. Jiwanya terseksa melihat keadaan Cazlin.
“ Ya Allah, berat sungguh dugaanMu. Sesungguhnya Engkau lebih menyayangi anakku,”
Adam Shafiq jatuh terduduk di sisi katil isterinya.
Ayuni memeluk ibunya. Dia sedih melihat keadaan abang dan kakak iparnya.
Ayuna pula hanya membatu di muka pintu. Tanpa disedari, air matanya laju menuruni pipinya.

Hana Nadiah menghempaskan tubuhnya di atas katil. Bibirnya mula mengukir senyuman. Hatinya puas.
Satu dah pergi. Tinggal satu lagi. Hai, kesian dengan kau, Cazlin. Nak buat macam mana. Takde rezeki. Hana Nadiah tergelak keseorangan. Hatinya gembira tak terkata.
“Padan muka,” Hana Nadiah bersuara di dalam hatinya

0 comments:

Post a Comment

no talipOn