BAB 18
Danial Hariz mengejar Yatt dan Eka. Tujuannya adalah untuk bertanyakan perihal gadis pujaannya. Lama sudah wajah itu tidak dilihatnya. Ke manakah dia?
“Kalau abang nak tanya tentang Cazlin. Lupakan jelah.”
“Kenapa dengan korang ni? Kenapa dengan Cazlin?”
Yatt menyerahkan suratkhabar Sinar Kota yang memaparkan berita tentang Cazlin dan suaminya yang diserang di lebuhraya. Danial Hariz membaca akhbar itu dengan bersungguh-sungguh. Gadis pujaannya isteri orang? Akhbar tersebut terlepas dari pegangannya.
“Kitorang yang kawan dia sendiri pun tak tahu yang selama ni kitorang berkawan dengan isteri orang. Menantu kepada hartawan terkenal di Malaysia. Isteri kepada pewaris perniagaan Naza yang bernilai ratusan bilion ringgit. Kitorang minta maaf kat abang sebab pandai-pandai matchingkan abang dengan dia,”
“Korang langsung tak tahu pasal benda ni ke?”
Yatt menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Betul. Memang kitorang hidup-hidup kena tipu dengan Lin. Tak sangka dia berubah sampai macam ni sekali lepas abang Hadi pergi. Patutlah dia berahsia sangat sejak akhir-akhir ni. Rupa-rupanya dah dapat ikan jerung,”
Tiba-tiba Eka menyiku Yatt sambil muncungnya panjang menunjukkan arah pintu hadapan mereka. Cazlin Amalina.
“Hai,” Cazlin menegur Eka dan Yatt. Dia cuma melemparkan senyuman biasa-biasa sahaja ke arah Danial Hariz.
“Hey.. Look who’s here? Mrs Rich…” Eka menyindir Cazlin selamba. Dia memandang Cazlin dari atas ke bawah. Yatt mencebik.
Cazlin tersenyum kelat.
“Kenapa dengan korang ni? Mrs. Rich?”
Yatt mencampakkan akhbar Sinar Kota ke arah Cazlin.
“Mrs. Rich buat apa lagi kat sini? Buat apa nak susah-susah belajar kat sini? Harta Mrs. Rich tu takkan habis makan sampai tujuh keturunan pun. Baik Mrs. Rich duduk je kat rumah. Goyang kaki sambil tunggu orang gaji suapkan buah anggur.” Yatt pula menyindirnya.
Air mata Cazlin sudah mula mengalir laju menuruni pipinya.
“Aku tahu korang marah. Tapi aku ada sebab tersendiri buat semua ni,”
“Eh, sudahlah. Kitorang takde masa nak layan ‘kawan baik’ macam kau ni. Siapalah kitorang ni kan? Tak layak nak berdampingan dengan Mrs. Rich,” ujar Eka lalu menarik Yatt berlalu dari tempat itu. Danial Hariz masih lagi memandang gadis di hadapannya. Bagaimana dia mahu percaya? Sungguh tidak ingin percaya gadis di hadapannya …Patutlah beria-ia Cazlin menolak dirinya tempohari. Akhirnya Danial Hariz turut meninggalkan Cazlin berseorangan.

Danial Hariz memandu BMW M3 miliknya laju di lebuhraya. Stereng kereta dihentaknya. Dia mencapai handsfreenya. Dia menelefon secretarynya.
“Ice, I nak you dapatkan semua maklumat berkaitan wanita bernama Cazlin Amalina and her husband named Adam. That guy is the owner of Naza Company. As soon as possible,”
Danial Hariz mencampakkan handsfreenya. Seraut wajah bening Cazlin kembali berlegar-legar di mindanya. Dia teringat wajah sedih gadis itu saat dia meninggalkannya sebentar tadi. Wajah itu lebih sedih berbanding kali pertama dia melihat gadis itu sewaktu hari pendaftaran pelajar baru di Universiti Kebangsaan Malaysia. Cazlin. Wajah sedih itu sering menarik perhatiannya. Dia teringin untuk mendekati Cazlin. Namun, gadis itu tidak mudah untuk didekati dan ini membuatkan naluri hatinya semakin kuat ingin mendekati gadis tersebut.


“Sememangnya dia gadis yang amat menyedihkan. Seorang demi seorang ahli keluarganya pergi meninggalkannya sehinggalah dia dipertemukan dengan keluarga Tan Sri Latif. Ibarat tikus jatuh ke beras, Cazlin dijodohkan dengan anak sulung Tan Sri Latif. Mungkin perkahwinan ini adalah untuk membalas budi arwah abang Cazlin yang telah menyelamatkan isteri Tan Sri Latif. Pada masa itu, Adam Shafiq sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon terkenal tanah air iaitu Hana Nadiah,”
“It’s kind of weird Adam want to leave her lover just like that,” Danial bersuara tanda tidak puas hati dengan keputusan Adam Shafiq yang mengahwini gadis biasa seperti Cazlin dan sanggup meninggalkan kekasihnya begitu sahaja.
Ice bersuara lagi.
“Hana Nadiah bukan perempuan yang baik kerana dia terlibat dalam kemalangan dengan sorang pelakon lain. Dalam erti kata lain, Hana Nadiah main kayu tiga di belakang Adam Shafiq. Then, his mother pula jatuh sakit pada masa itu. Memang Adam Shafiq dan Cazlin tiada pilihan masa itu. Mereka pun berkahwin,”
Danial Hariz menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia meraup wajahnya.
“Yang terbaru tentang Adam Shafiq adalah di mana beliau dan isterinya diserang dan Adam hilang ingatan akibat dihentak dengan benda keras di kepalanya sewaktu cuba menyelamatkan Cazlin. And do you know what? Adam cuma hilang ingatan tentang isterinya sahaja sedangkan dia mampu mengingati perkara tentang semua orang. Malah, Adam cuma mengingati Hana Nadiah sebagai kekasihnya. Ini merupakan masa-masa yang agak sukar buat Cazlin,”
Danial Hariz memandang secretarynya yang terus-terusan menerangkan tentang syarikat milik Adam Shafiq sekeluarga. Gadis berbangsa Cina di hadapannya ini memang cekap menjalankan tugas. Cukup lengkap maklumat yang disampaikan. Malah kini dia lebih tahu tentang Cazlin Amalina. Gadis itu cuma menjadi mangsa keadaan. Gadis itu terlalu kasihan!
“Well, saya nak plan asal kita dijalankan. Kita tembus pasaran kereta di Malaysia,”
“Bukankah sebelum ini Encik Danial yang membantah plan ini. Dah rindu kat papa dengan mama Encik Danial ke?” Ice menyindir bos mudanya itu. Seorang lelaki yang keras kepala tetapi mempunyai pendirian yang kuat. Sanggup menentang papanya sendiri. Kononnya papanya tamak. Syarikat mereka sudah cukup hebat dan gah kerana berjaya menembusi pasaran kereta di Eropah dan kini papanya pula mahu mengembangkan bisnes mereka di Malaysia. Danial Hariz cukup faham taktik perniagaan ayahnya. Kotor dan sentiasa bersifat menjatuhkan. Dan kini setelah sedaya upaya menghalang niat papanya, papanya pula merajuk dan tidak mahu pulang ke Malaysia. Papanya juga menghalang mama, Arianna dan Amir dari pulang ke Malaysia. Kini dia sendirian di Malaysia. Dia ingin mendekati Cazlin. Dia sayangkan gadis itu. Dia cuma mahu memastikan gadis itu menjalani hidupnya dengan baik. Dia mahu memastikan Adam Hariz melayan gadis pujaannya sebaik mungkin. Jika tidak, Naza Company menjadi taruhannya.

Cazlin memulas tombol pintu bilik Adam Shafiq. Namun belum sempat dia membukanya, Ayuna menepis kasar tangannya dan menolaknya hingga jatuh ke lantai. Cazlin mengaduh kesakitan. Ya Allah, sakitnya tangan kanannya terseliuh. Bagai hendak terkeluar anak tekaknya menahan kesakitan. Cazlin perlahan-lahan bangun dan memandang tajam adik iparnya.
“Apa masalah kau ni?”
Ayuna tersenyum sinis memandangnya.
“Bila kau nak berambus dari keluarga aku, hah? Aku kan dah bagithu kau sebelum yang kau memang tak layak bergandingan dengan abang Adam. Hanya kak Hana sahaja yang layak. Sampai abang aku tu dah hilang ingatan pun kau masih nak terhegeh-hegeh kat dia? Agaknya teruk sangat memori abang Adam tentang kau sampai dia dah tak boleh nak ingat langsung pasal kau. Dasar perempuan kampung tak sedar diri,”
Cazlin memandang jengkel adik iparnya. Adik dengan abang sama sahaja. Cuma tahu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.
“Dah habis dah? Aku nak jumpa suami aku yang dah hilang ingatan tu,” Cazlin terus sahaja masuk ke dalam bilik Adam Shafiq meninggalkan Ayuna terpinga-pinga keseorangan di situ.
Ayuna menghentak-hentakkan kakinya. Geram melihat kakak iparnya langsung tidak bertindak balas dengan kata-kata nista yang dilemparkannya sebentar tadi.

Adam Shafiq melihat sahaja isterinya yang duduk melabuhkan punggungnya di sofa. ‘Isteri solehah’ dah sampai.
“Aku nak makan Apple,” ujar Adam Shafiq.
Cazlin menghulurkan senyuman semanis mungkin buat suaminya. Lantas dia mencapai buah Apple merah dan mula mengupasnya. Sakitnya tangannya tatkala mencapai pisau pemotong buah itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Sedaya upaya dia menahan rasa sakitnya itu.
Adam Shafiq merenung Cazlin yang sedang memotong buah. Apsal pulak menggigil tangan perempuan ni? Tak reti potong buah ke?
Cazlin menyusun buah Apple yang telah siap dikupasnya ke dalam piring dan menghulurkannya kepada Adam Shafiq.
“Aku nak makan Apple hijau bukan Apple merah,” selamba Adam menolak piring yang berisi buah Apple merah yang telah siap dipotong.
Cazlin mengambil pula Apple hijau lalu dikupasnya. Cukup sabar dia melayan kerenah Adam Shafiq yang sememangnya sengaja menguji kesabarannya.
Tidak lama kemudian seorang jururawat masuk ke bilik Adam Shafiq sambil membawa sesuatu di dalam dulang.
“Eh, berapa kali saya nak kena makan ubat? Baru je tadi saya makan ubat,” Adam menegur jururawat tersebut.
Jururawat tersebut tersenyum.
“Owh, ubat ini bukan untuk Encik Adam. Ini ubat sapu untuk Puan Cazlin. Tadi Puan Cazlin terjatuh dan terseliuh kat depan pintu. Saya bawakan ubat ini untuk cik Puan,”
Cazlin terkejut mendengar kata-kata jururawat tersebut.
“Er, terima kasih,”
“Sama-sama,”ujar jururawat tersebut lalu berlalu keluar.
Adam Shafiq memandang tangan Cazlin. Patutlah susah benar dia melihat Cazlin mahu mengupas buah tersebut. Rupa-rupanya tangannya terseliuh.
“Macam mana kau boleh terjatuh kat depan tu? Kau jalan pakai hidung ke? Pintu tu punya besar pun kau tak nampak?” marah Adam Shafiq.
Cazlin mencebik. Adik kau yang tolak akulah. Malas dia mahu mengadu. Nasib baiklah jururawat itu tidak memberitahu perkara yang sebenar. Lagipun dia malas mahu memanjang-manjangkan cerita. Kasihan pula Ayuna. Nanti dia kena marah lagi dengan papa.
“Ada ke orang jalan pakai hidung?”Cazlin menyoal Adam kembali.
Adam Shafiq terkebil-kebil memandang Cazlin. Ada ke orang jalan pakai hidung? Itu sindiran la…
“Ada. Perempuan macam kaulah. Jalan pakai hidung,” Adam Shafiq menarik tangan Cazlin yang terseliuh itu.
“Sakitlah,” Cazlin cuba menarik tangannya. Namun, genggaman tangan Adam Shafiq terlalu kuat. Adam Shafiq membelek-belek tangan Cazlin.
“Mulut awak yang sepatutnya kena simen. Cakaplah tangan sakit. Yang pergi potong buah Apple tu kenapa? Kuat sangatlah tu,” Adam Shafiq membebel sambil mengurut tangan Cazlin.
Cazlin mencebik lagi. Pulang paku buah keras nampak.
“Bukannya angkat batu pun,”perlahan sahaja Cazlin menjawab. Namun Adam Shafiq dapat mendengar butir-butir kata yang diucapkan bibir mungil itu. Adam dengan sengaja melepaskan tangan Cazlin yang telah selesai diurutnya. Bab urut-mengurut memang kepakarannya.
Adoi, suka-suka je hempas tangan orang. Nasib baiklah aku ni baik. Kalau tak dah lama aku smackdown kaki dia yang bersimen tu.
“Dah..dah. Pergi balik. Menyemak je kat sini. Rimas tau tak tengok muka kau kat sini. Balik!!!” Entah kenapa dia berasa kasihan dengan Cazlin. Rasa itu hadir dengan sendirinya. Rasa ingin mengurut tangan Cazlin yang terseliuh itu. Namun rasa kasihan itu tidak ditunjukkan sebaliknya menghalau gadis itu pulang.
Cazlin mengambil begnya. Sebelum meninggalkan bilik itu, sempat juga dia berpaling.
“Terima kasih sebab urutkan tangan Lin,” Cazlin mengucapkannya seikhlas hati. Sekurang-kurangnya dia tahu Adam Shafiq masih mempunyai rasa kasihan terhadapnya. Sifat kasarnya hanya luaran sahaja. Ambillah sebanyak mana masa untuk mengingati diriku kembali.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn