BAB 12
Aku memandang abang Adam yang sedang membelek-belek tanganku. Dia memandangku.
“Kenapa cuai sangat? Nasib baik tak jadi apa-apa,”
Aku menarik tanganku dari pegangannya perlahan-lahan. Aku mula bergerak ke bilik air. Moga-moga abang Adam tidak bertanya dengan lebih lanjut bagaimana aku boleh terjebak dalam kemalangan tersebut. Matilah aku nanti. Apa yang harus aku jawab?
“Macam mana Lin boleh cuai sangat. Bas punyalah besar takkan Lin tak perasan? Lin ni macam orang kena kejar je…”
Oops. Aku dah kata dah…
Akhirnya terpaksa juga aku menjelaskan segala-galanya kepada abang Adam. Dasar tak tahu nak kelentong langsung.
Abang Adam ketawa berdekah-dekah. Aku memandangnya pelik. Kenapa dia gelak? Takkan dia tak jealous langsung isteri dia kena tackle dengan lelaki lain. Sedikit sebanyak hatiku tersentuh dengan perbuatan abang Adam. Dia takde perasaan langsung kat aku ke? Eh, untuk apa aku berperasaan begini? Bukannya aku suka kat dia pun.
“ Lin ni allergic sangat ke dengan lelaki? Apa salahnya Lin kenal-kenal dengan dia dulu. Rasanya dia lelaki yang baik. Kalau tak takkanlah dia sanggup selamatkan Lin sampai macam tu sekali. Abang tak nak Lin terlalu mengharap pada perkahwinan kita. Jangan bimbang soal status Lin. Pandai-pandailah abang uruskan nanti,” abang Adam melemparkan senyum kepadaku.
Entah kenapa hatiku bagai dihiris-hiris dengan belati yang tajam. Dihiris-hiris hingga menjadi kepingan yang paling kecil. Seolah-olah aku langsung tidak berharga pada abang Adam. Kenapa aku harus merasakan perasaan begini? Kenapa? Adakah aku berharap untuk menjadi miliknya? Tidak. Mungkin Cuma mainan perasaan. Mungkin aku terlalu merindukan along. Hingga aku sendiri tersilap mentafsir kasih sayang abang Adam terhadapku.
“Sampai bila agaknya Lin akan jadi isteri abang ye?”
Adam yang sedang membelek akhbar News Straits Times menghentikan pembacaannya. Perkataan ‘isteri’ yang disebut Cazlin kedengaran begitu lain pada pendengarannya. Dia memandang wajah Cazlin. Mata Cazlin memandang tepat ke arahnya. Pandangan mata Cazlin seakan-akan memanah jauh hingga ke sudut hatinya yang terdalam. Adam menggeleng-gelengkan kepalanya. Cuba mengusir jauh perasaan ‘semacam’ yang singgah sebentar di sudut hatinya.
“Abang tak pasti sampai bila, tapi kita akan cari jalan. Yang penting, kita dahulukan kesihatan mama.”
Cazlin mengangguk-anggukkan kepalanya.

Adam terjaga dari lenanya. Tidurnya terganggu. Dia terdengar suara Cazlin meracau-racau.
“Along…along…jangan pergi.”
Adam mengusap wajah Cazlin. Dielus lembut rambut Cazlin. Cazlin masih merindukan arwah abangnya. Namun sedikit pun tidak pernah diluahkan melalui kata-kata. Seperti biasa, Cazlin memeluk tangannya. Adam ketawa kecil melihat perlakuan Cazlin. Tiba-tiba Cazlin mengeratkan lagi pelukannya hingga menarik tubuhnya pula. Wow, ini sudah lebih.
“Lin….Lin…” Adam cuba mengejutkan Cazlin. Huh, dasar tidur mati. Adei, tak sampai hati nak kejut pulak melihat wajah Cazlin yang nyenyak tidur.
Jantung Adam berdegup kencang. Kiranya aku sedang tidur sekatil dengan seorang perempuan. Hai, peluk aku pulak tu. Perlahan-lahan dia mengusap wajah Cazlin.Keningnya yang terbentuk cantik tanpa dicukur. Pipinya yang lembut hinggalah ke bibirnya. Benarkah dia isteriku? Entah kenapa terasa satu perasaan halus yang menyelimuti hatinya kini. Satu perasaan yang tidak pernah dirasakannya ketika bersama dengan Hana. Sungguh tenang apabila Cazlin di sisinya. Malah di dakapannya kini. Dia mengeratkan pelukannya. Rasa sayang itu semakin mencengkam dirinya.






BAB 13
Adam yang sedang tekun menyemak dokumennya tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan Hana Nadia. Kak Nadey a.k.a Nadirah selaku setiausaha Adam Shafiq hanya mampu memandang. Dia tidak mampu untuk menghalang Hana Nadia daripada masuk.
“ Assalamualaikum. MAafkan Hana sebab terpaksa masuk macam ni. Hana terpaksa juga buat macam ni sebab ini sahaja cara Hana boleh jumpa Adam. Hana janji takkan ganggu Adam lagi selepas ni,”
Adam menarik nafasnya panjang-panjang. Kemudian melepaskannya. Dia memandang wajaha yang amat dirinduinya selama ini. Ayu berbaju kurung putih. Tidak pernah pula Hana memakai baju kurung selama ini. Sejak tamat dari zaman persekolahan.
“Waa’laikumussalam. Ada apa lagi Hana? We’re finished,”
Hana tersenyum. Namun sedikit kelat.
“Terlebih dahulu Hana nak minta maaf atas segala yang telah Hana lakukan pada Adam selama kita bersama. Hana turut bahagia melihat Adam mendapat wanita yang lebih baik daripada Hana. Hana cuma nak melihat Adam buat kali terakhir. Hana harap Adam hiduplah baik-baik. Jaga isteri Adam baik-baik.”
Adam tersentuh mendengar setiap lafaz kata dari wanita yang pernah dicintainya. Itulah Hana Nadia yang dikenalinya 11 tahun yang lalu. Lembut tutur katanya, manja dan pandai mengambil hatinya. Namun benarkah wanita di hadapannya ini sudah berubah? Entah mengapa wajah Cazlin terbayang di ruang matanya. Hilang segala rasa sayangnya pada Hana Nadia. Apatah lagi rasa sayang itu sudah tidak sehangat dulu. Rindu itu tidak menggebu lagi seperti dahulu. Rindu pada Cazlin menggamit hatinya. Cintanya kini semakin melimpah ruah.
“Hana tak nak jumpa Adam lagi ke?”
Hana Nadia memandang wajah Adam. Terkejut dengan reaksi Adam. Sangkanya Adam Shafiq masih membencinya.
“Hana malu dengan diri sendiri. Hana tak layak lagi berdepan dengan Adam setelah apa yang telah Hana buat pada Adam.”
“Tapi kita boleh jadi kawan. Macam dulu-dulu. Mungkin hubungan kita akan lebih baik bila kita jadi kawan. Semua orang pernah buat salah. Sebagai manusia, kita tak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Apatah lagi melarikan diri dari kesilapan tu. Adam tak nak sia-siakan keikhlasan Hana untuk berubah. Apatah lagi kalau itu boleh buat Hana menjadi manusia yang lebih baik.”
“Betul ke?” Hana memandang wajah Adam seakan-akan tidak percaya.
Adam Shafiq melemparkan senyum manis buat Hana Nadia.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn