BAB 3

Hadi menanti adiknya sambil melihat jam di tangannya. Manalah si Cazlin ni? Lama bebenor pergi tandas. Flight lagi lima belas minit.

Cazlin membetulkan tudungnya di cermin. Di sebelahnya kelihatan seorang wanita separuh umur yang sangat bergaya. Cantik. Wanita itu tersenyum kepadanya.
“Nak pergi mana ?” soal wanita itu kepadanya.
“Langkawi. Err, puan?”
“Samalah dengan saya. Seorang sahaja?” wanita itu turut membetulkan selendangnya yang berwarna merah.
“Saya datang dengan along saya,”
Wanita itu tersenyum.Tiba-tiba seorang wanita dan dua orang lelaki memasuki tandas wanita dengan keadaan tergesa-gesa. Kedua-duanya menjerit dan mengacukan pistol ke arah wanita berselendang merah tersebut.
“Jangan nak cakap banyak. Ikut kami kalau mahu hidup!!”
Aku cuba membantu. Aku cuba menyelamatkan wanita tersebut. Aku menolak lelaki bertopeng yang cuba mengasari wanita bertudung merah tersebut. Namun dengan aku sekali diheret agar mengikut mereka. Ya Allah, musibah apa pula yang menduga ini.
Lapangan terbang KLIA digegarkan dengan bunyi tembakan. Suara orang mula riuh rendah dengan jeritan orang ramai. Ada yang merebahkan badan ke lantai. Ada juga yang berlari. Aku semakin cemas. Berkali-kali aku cuba melepaskan tanganku yang dipegang erat lelaki bertopeng tersebut. Aku melihat kelibat alongku di sebalik keramaian.
“Along, tolong Lin!!!” aku menjerit. Serta merta aku merasakan hentakan yang kuat di kepalaku. Pandanganku kian kabur. Apa yang dapat aku lihat sebelum mataku terpejam, along meluru ke arahku. Kemudian along rebah. Pandanganku mulai gelap.
BAB 4
Puan Sri Saleha mengusap rambut gadis yang sedang terlena itu. Hatinya diruntun pilu yang amat sangat. Apa yang harus dijawab kepada gadis ini? Peristiwa penculikan semalam masih lagi dalam siasatan polis.Gadis ini masih belum sedar dari komanya. Kalau bukan kerana ingin menolong dirinya, pasti gadis ini tidak akan menjadi begini. Abang kepada gadis ini pasti masih hidup.
Tan Sri Latif menyentuh lembut bahu isterinya. Sesungguhnya dia amat bersyukur ke hadrat Illahi, isterinya terselamat dari cubaan menculik. Malangnya gadis yang tidak berdosa menjadi mangsa. Abang si gadis pula terkorban.
“Apa saya nak jawab dengan budak perempuan ni, abang? Kasihan dengan dia,”
“Sabarlah. Benda dah nak jadi. Kita tak boleh nak buat apa-apa. Kita kena terima qada dan qadar. Abang pasti ada hikmah di sebalik semua ini.”
“Bila dia dah sedar nanti, saya nak ajak dia tinggal dengan kita. Saya dapat tahu dia sebatang kara. Selama ini pun dia tinggal dengan abang dia. Tetapi sekarang abang dia dah tiada. Bolehkan abang?” Puan Sri Saleha meminta izin suaminya. Dia memandang suaminya dengan harapan.
Tan Sri Latif mengganggukkan kepalanya. Dia menggenggam tangan isterinya.
“Kita balik ye. Dah seharian awak kat sini. Saya dah call Adam. Mintak dia jaga malam ini,”

Cazlin membuka matanya perlahan-lahan. Di manakah dia berada? Mengapa semuanya serba putih? Eh, kenapa aku pakai baju ni? Cazlin bangun perlahan-lahan. Dia memegang kepalanya. Sakitnya. Apa dah jadi dengan aku? Dia memulas tombol pintu bilik yang serba putih itu. Mana along? Kenapa aku sorang-sorang kat sini? Dia berjalan lagi. Sunyinya. Kepalanya mula berdenyut-denyut. Dia jatuh terduduk. Pandangannya mula menjadi dua dan tiga. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya. Lelaki itu mendukungnya. Dia berasa sangat selamat di dakapan lelaki tersebut.Along ke? Tapi along tak pakai minyak wangi. Dia cuba membuka mata. Tapi pandangannya kembali menjadi dua dan tiga.. Dia memejamkan matanya kembali.

Cazlin melangkahkan kakinya masuk ke rumah Tan Sri Latif. Besarnya rumah orang kaya ini. Sudah beberapa kali dia cuba menolak untuk tinggal bersama-sama dengan Paun Sri Saleha. Namun Sifat keibuan Puan Sri Saleha dan kebaikan Tan Sri Latif benar-benar meruntun hatinya. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri tersebut menyentuh relung hatinya. Satu perasaan yang tidak pernah dirasakannya selama ini. Beginikah rasanya mempunyai ayah dan ibu?
“Mari aunty tunjukkan bilik Lin. Lin pun belum cukup sihat lagi. Doktor suruh Lin banyak-banyakkan berehat.” Ujar Puan Sri Saleha sambil merangkul tangan Cazlin. Tan Sri Latif melemparkan senyum mesra kepadanya. Begitu juga orang gaji Puan Sri Saleha. Ada tiga orang. Seorang sudah berumur 50-an dan dua orang lagi kelihatannya masih muda remaja.
“Lin tak mahulah menyusahkan keluarga Tan Sri dan Puan Sri…Lin …” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Puan Sri Saleha menyentuh bibirku dengan jari telunjuknya.
“Lin jangan panggil Puan Sri boleh? Kalau boleh, panggil sahaja mama. Mama rayu sangat. Mama dah terhutang nyawa dan budi dengan Lin dan arwah abang Lin. Bolehkan?” Puan Sri Saleha memandangku dengan pandangan yang cukup meruntun hatiku.
Air mataku menitis laju menuruni pipiku. Haruskah aku menerimanya. Budi yang aku lakukan bukanlah minta dibalas. Namun aku rindu ibu. Kasihnya tidak pernah aku rasa. Mungkinkah ini peluangnya? Adakah ini hikmah di sebalik semua ini?
“Mama…”


Adam mudar-mandir di hadapan bilik Cazlin. Eee, nak ketuk ke tak? Aduh, mama ni. Aku pulak yang disuruh panggil Cazlin. Adeh, gi mana sih? Hah, terkeluar pula bahasa si Yanti orang gajiku. Adam mengetuk pintu bilik Cazlin.
Tuk,tuk,tuk. Adam mengetuk sekali lagi. Eh, takde jawapan pun. Tidur ke? Eh, awal lagi. Baru pukul 8.10 minit.Isya’ pun belum masuk lagi. Adam membuka pintu bilik Cazlin perlahan-lahan. Dilihatnya Cazlin terbaring di atas sejadah sambil bertelekung. Cepat-cepat Adam mendapatkan Cazlin. Ya Allah, kenapa dengan budak ini?
“Mama!!!Papa!!!!” Adam menjerit memanggil mama dan papanya. Dia mencempung Cazlin ke atas katil. Gadis ini berpeluh-peluh. Ada linangan air mata di pipi gadis ini. Adam mengusap air mata Cazlin. Panasnya pipi dia? Adam melekapkan tangannya ke atas dahi Cazlin.
“Kenapa Adam?Kenapa dengan Lin?” suara ibunya cemas.
“Lin demam kot, mama. Badan dia panas.” ujar Adam.
“Demam rindu kat abang dia agaknya. Kasihan,”Puan Sri Saleha mengusap kepala Cazlin. Dia tahu gadis itu masih tidak dapat menerima kehilangan abangnya. Penerimaan Cazlin yang terlalu tenang memang membimbangkan Puan Sri Saleha sekeluarga. Cazlin tidak sedikit pun menitiskan air mata sewaktu menziarahi pusara arwah abangnya. Cukup tenang menerima pemergian abangnya yang dikasihi.

Adam melihat jam di dinding. Hm, sudah 3.00 pagi. Hai tekak. Sudah pukul berapa kau mintak air ni? Adam melangkah ke dapur. Selesai membasahkan tekaknya, dia menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Dia melalui bilik Cazlin. Dia terdengar suara. Macam suara Cazlin sahaja. Adam membuka pintu bilik Cazlin. Dia melihat Cazlin sedang mengigau. Dia memanggil-manggil arwah abangnya.
“Along..along jangan tinggalkan Lin. Lin rindu…”
Adam mengambil kain yang berada di dahi Cazlin. Dia mencelup kain ke dalam besen yang berada di tepi katil. Lalu meletakkannya perlahan-lahan di dahi Cazlin. Saat dia mahu berlalu pergi, Cazlin menarik tangannya.
“Along..” itu sahaja yang keluar dari bibir mungil gadis itu. Adam tidak sampai hati mahu menarik tangannya. Adam menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Nasib baik adik kembarnya Ayuni dan Ayuna tiada di sini. Kalau tidak habislah. Kecohlah satu rumah ini dengan apa yang dilakukannya.
Adam duduk di birai katil. Apa aku nak buat? Bila dia nak lepaskan tangan aku? Takkan aku nak tarik? Aku tidaklah sekejam itu. Adam merenung Cazlin. Cantiknya dia. Tengah tidur pun cantik. Dia tidak mengenakan secalit pun make up. Cantik dan comel. Dia ini mix ke? Wajah macam Pan-Asian. Wajahnya ala-ala aktres yang baru kahwin tu. Apa nama dia? Eh, lupalah pula. Hah, Maya Karin. Memang seiras tau. Tetapi kejelitaannya tenggelam lepas aku kena rempuh dengan beg bangla dia. Hari ini pula dia dah tinggal serumah dengan aku .Abang dia meninggal dunia akibat terkena tembakan. Mujurlah pihak polis bertindak pantas sebelum lebih banyak nyawa yang terkorban. Mataku semakin berat.Ai, mengantuknya. Oi budak samseng, bila kau nak lepaskan tangan aku daa…

Cazlin memeluk bantal busuknya dengan erat. Tapi kenapa bantal busuknya besar semacam.Bau pun macam kenal. Bau minyak wangi yang dia hidu tempoh hari. Cazlin membuka matanya perlahan-lahan. Wajah seorang lelaki yang sedang enak tidur di sebelahnya. Eh? Aku belum kahwin lagi kan?
“Aaaaaaaa….” jerit Cazlin sambil menendang Adam dengan sekuat hatinya. Adam jatuh tergolek ke bawah katil. Cazlin menarik selimut menutupi tubuhnya. Adam mengurut-urut pinggangnya. Adei, sakitnya jatuh terhentak. Perutnya pula senak ditendang budak samseng itu. Tiba-tiba kedengaran suara Puan Sri Saleha mengetuk pintu bilik Cazlin. Adam menunjukkan isyarat dengan meletakkan jari telunjuk ke mulutnya. Lalu dia menyorok di bawah katil. Cazlin mendengus.
“Jahat!” getus hati Cazlin.
Cazlin membuka pintu biliknya. Dia melemparkan senyum manis buat Puan Sri Saleha. Dia pun tak mahu Puan Sri Saleha menyangka yang bukan-bukan tentang dirinya.
“Kenapa Lin.Mama dengar Lin menjerit. Kenapa Lin?” soal Puan Sri Saleha bertubi.
Cazlin tersengih-sengih. Alamak, apa aku nak ‘goreng’ dengan mama?
“Err, Lin Nampak lipas kat toilet.Terkejut.Tapi Lipas tu dah lari.Terkejut agaknya dengar Lin menjerit.Maaflah mama.Lin tak berniat nak buat mama terkejut.” Ya Allah, ampunkanlah hambaMu.
“Oh, mama ingat apa-apa jadi kat Lin tadi.Yanti! kamu ngak kemas bilik betul-betul ya?Kamu mahu dipotong gaji ya?” ujar Puan Sri Saleha sambil menuruni anak tangga.Mulutnya bising memarahi Yanti.Nasiblah kau, Yanti..Cazlin menutup pintu biliknya semula.Adam juga keluar dari persembunyiannya.
“Apa yang awak buat kat dalam bilik saya?Apa yang awak buat atas katil saya?Awak nak ambil kesempatan ea?”marah Cazlin.Tangannya mencapai selipar comel di tepi katil.Dia membaling sebelah dari selipar itu ke arah Adam.Adam mengelak.
“Kau dengar dulu penjelasan aku.Kau menggigau malam tadi.Aku..pun tengok kau.Aku..” belum sempat Adam menghabiskan kata-katanya sebelah lagi selipar melayang ke arahnya.
“Awak tengok saya?Awak tengok saya menggigau?Nonsense..Keluar!Keluar dari bilik saya, perogol!!”marah Cazlin.
“Okey..okey.”Adam cepat-cepat berlari ke muka pintu.Sebelum dia keluar sempat dia memulangkan paku buah keras kepada Cazlin.
“Kau tetap perempuan yang menakutkan walaupun dalam tidur!!!”
Cazlin menjeling tajam ke arah Adam yang keluar dari biliknya dengan tergesa-gesa.Cazlin mengeluh.Aku ini memang tak boleh nak buang tabiat lama tu.Kuat menggigau semasa tidur.Aku faham maksud Adam.Rasanya Adam tak salah.Dia cuma nak tolong.Tapi takkanlah sampai tidur atas katil aku.Along pun cakap macam itu.Along pun cakap aku kuat menggigau.Along..rindunya kat along.Macam mana Lin nak hidup tanpa along?

0 comments:

Post a Comment

no talipOn