BAB 26
Daniel Hariz melihat sahaja Calin Amalina yang sedang terlena di hadapannya. Tidak sampai hatinya untuk mengejutkan Cazlin Amalina. Dia bergegas melawat Cazlin apabila mengetahui akan kejadian yang menimpa Cazlin. Sayu hatinya melihat Cazlin yang tidak bermaya. Tiba-tiba Cazlin membuka matanya perlahan-lahan.
Daniel Hariz menghulurkan senyuman buat Cazlin. Namun Cazlin hanya memandang sepi senyumannya. Wanita itu masih memandangnya. Pandangannya sayu. Tidak semena-mena air mata Cazlin tumpah membasahi pipinya. Cazlin masih diam masih memandangnya.
“Lin.. are you okay?”
“Take me out of here,”
Daniel Hariz terkejut mendengar permintaan Cazlin Amalina.
“Shh.. go back to sleep, okay. You kena banyakkan berehat. Bila you dah sihat Adam akan bawa you…”
“Take me out of here… from him. Lin minta sangat kat Dan. I can’t take it anymore.”ujar Cazlin yang mula teresak-esak. Tidak tahu pada siapa mahu mengadu. Pada siapa mahu mengadu rasa sedih yang tak tertanggung ini. Kehilangan bayi yang dikandung dengan penuh harapan. Abang Adam pula … Dia bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.
Daniel Hariz mula menggelabah. Menggelabah melihat wajah Cazlin yang semakin keruh. Adam Shafiq!!! Apa yang kau dah buat hingga Cazlin jadi begini? Cazlin yang dahulunya mempertahankan Adam Shafiq bermati-matian.
“Lin tahukan berdosa Lin pergi tanpa bagitahu pada Adam. Apa yang dah jadi sebenarnya?”
Cazlin Amalina perlahan-lahan bangkit dari pembaringannya. Dia mencabut wayar di tangannya. Danial Hariz cuba menghalang.
“Please.. Lin masih waras lagi. Lin tahu apa yang Lin buat. Cuma Lin tak boleh terus duduk macam orang bodoh kat sini.”
Daniel Hariz mati akal. Cazlin Amalina di hadapannya sungguh berlainan sekali. Segala kelembutan dahulu sudah tiada lagi.
“Could you lend me your jacket? Lin takde baju lain selain baju ‘orang sakit’ ni,” Cazlin Amalina memandang wajah Daniel Hariz.
“Are you sure?”
“I’m begging you..” Cazlin Amalina menundukkan wajahnya. Dia sudah tidak peduli dengan siapa dia perlu merayu.
Daniel Hariz perlahan-lahan membuka jaket kulitnya lalu menyarungkannya ke tubuh Cazlin.

Cazlin dan Daniel melangkah masuk ke dalam lif. Daniel Hariz memandang sahaja Cazlin yang berdiri kaku di sebelahnya.

Pada masa yang sama Adam Shafiq keluar dari pintu lif bersama-sama dengan bunga di tangannya menuju ke bilik Cazlin. Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik Cazlin, bunga di tangannya terlepas dari tangannya. Cazlin Amalina tiada lagi di situ…


Kereta Daniel Hariz mula memasuki perkarangan rumahnya. Cazlin cuma melihat rumah agam mewah yang tersergam indah di hadapannya. Daniel Hariz memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu rumahnya.
Cazlin Amalina mula melangkah masuk ke dalam rumah agam mewah itu. Dia terkejut melihat rumah milik Daniel Hariz yang serba mewah itu. Dia terkejut dengan lelaki itu. Dia mula merasakan Daniel Hariz bukan sembarangan orang.

“Besar rumah ni. You jual dadah ke?”
Daniel Hariz tersenyum mendengarkan sindiran Cazlin Amalina.
“Excuse me. That’s hurt me. Ini rumah arwah atuk I. Lepas atuk dan nenek I passed away, keluarga I pindah ke UK. Cuma I je yang nak stay kat kat sini. Keluarga I pun dah balik Malaysia. Since papa dah bagi I rumah ni, so keluarga I tinggal kat tempat lain.”
“You tinggal sorang je ke?”
“Eh, taklah. Mak Pah dengan Pak Mud pun tinggal kat sini juga. Diorang tu memang orang lama kat sini. Since arwah atuk I ada lagi diorang memang dah kerja kat sini. Don’t worry. Bukan kita berdua je kat sini. You ingat I berani nak bawa isteri orang berdua je dengan I kat sini?”
Cazlin tersenyum tawar mendengar kata-kata Daniel Hariz.
“I akan cari tempat tinggal lain secepat mungkin. Kalau tak terdesak memang I takkan buat kerja gila ni,”
“Its okay. By the way, mak Pah akan tunjukkan bilik you. Buatlah macam rumah sendiri. I harap you boleh jelaskan apa yang dah jadi sebenarnya. But for now, I got to go somewhere else.”
Cazlin Amalina hanya menganggukkan wajahnya. Apabila Daniel Hariz sudah hilang dari pandangannya, matanya kembali meliar melihat rumah besar itu. Kosong. Sekosong hatinya juga saat itu.
Cazlin menggenggam tangannya.Tak tahu mengapa dia mengambil keputusan sedrastik ini. Sudah cukup dia berdiam diri selama ini. Siapakah yang meracuninya? Siapa yang begitu tidak berhati perut hingga sanggup melakukan perbuatan sebegini zalim terhadap dirinya? Puas sudah jadi baik. Puas sudah dia membiarkan dirinya dicaci dan dihina. Dia dikelilingi manusia-manusia yang bertopengkan haiwan. Takkan abang Adam sanggup melakukannya? Dia percaya akan kejujuran suaminya. Namun, ada yang sengaja ingin memporak-porandakan rumah tangganya. Dia terpaksa mengambil keputusan ini demi mencari kebenaran. Dia dan abang Adam harus berpisah buat sementara waktu. Perangkap sudah dipasang. Cuma menunggu jeratnya sahaja. Maafkan Lin, abang!!!


Adam Shafiq menendang kerusi di hadapannya. Jawapannya yang diperolehinya hampa. Tiada seorang pun yang yang tahu ke mana isterinya pergi. Tiada seorang jururawat pun mampu memberikan jawapan yang dikehendakinya.
Argh, kusut fikirannya. Dia sayang isterinya itu. Walaupun ingatannya masih belum pulih. Namun hatinya sudah memilih Cazlin Amalina. Walaupun tanpa ingatan tentang Cazlin Amalina.
“Aku rasa Lin nak bersendirian buat masa ni. Dalam keadaan ni kau kena cuba faham dia. Dia takkan buat perkara bodoh. Kau kena percaya kat dia,” Syafiq Qhaizir menepuk perlahan bahu sahabatnya.
“Mana boleh macam tu. Tempat seorang isteri itu di sisi suami. Bukan Cazlin seorang je yang merasa kehilangan. Adam pun sedih juga. Aunty dan uncle juga bersedih. Semua orang bersedih atas kehilangan baby tu. Tindakan dia cuma memburukkan keadaan,” Hana Nadiah menempelak selamba.
Syafiq Qhaizir menjeling Hana Nadiah. Memang wanita ini sengaja mahu memansakan keadaan.
“You tak boleh nak cakap benda yang baik-baik buat masa ni?”
“Eh, I cakap benda yang betul apa? Hari ini baby tu nak dikebumikan. Mana Cazlin? Menyendiri? Cari ketenangan? Takde perasaan langsung,”
Syafiq Qhaizir menggeleng sahaja melihat telatah Hana Nadiah yang menyakitkan hati.

Pak Imam membacakan talqin di atas kubur secepat mungkin. Langit semakin gelap. Hujan pula mulai turun rintik-rintik. Adam Syafiq memandang sepi kubur anaknya.
Setelah selesai semuanya, semua hadirin mulai berangkat pulang beransur-ansur. Hujan yang turun semakin lebat. Namun Adam Shafiq masih berteleku di hadapan pusara anaknya. Tinggal Hana Nadiah sahaja yang menemani. Tiba-tiba sesusuk tubuh yang sangat dikenalinya sedang menuju ke arah pusara anaknya. Adam Syafiq cuba mengamati pemilik wajah itu.
“Tahu pulak Lin datang??” belum sempat Cazlin Amalina mencium tangan suaminya, Adam Shafiq sudah menengkingnya.
Cazlin Amalina cuba menahan sebak di hatinya. Sebak lagi hatinya melihat Hana Nadiah memeluk erat lengan suaminya.
Adam Shafiq merenung tajam isterinya. Tajam lagi renungannya buat lelaki yang berada di sebelah isterinya. Lelaki yang sedang memegang payung buat isterinya.
“Lin nak tengok pusara anak kita. Lin ..”
“Anak kita?? Abang lupa pula ni anak kita. Yelah Lin sorang je yang bersedih atas kehilangan ‘anak kita’. Abang tak rasa apa-apa. Mama dan papa pun tak rasa apa-apa. Cuma Lin je yang rasa semua tu. Betul tak?”
“Abang!!!”Cazlin Amalina menjerit nama suaminya. Sampai hati abang Adam berkata begitu kepadanya.
“Yelah siapa abang pada Lin kan.. Lelaki yang hilang ingatan tentang isterinya. Abang ni dah takde makna pada Lin. Konon Lin sorang jelah sedih, sengsara. Abang dah cuba Lin. Abang cuba nak ingat tentang Lin. Tentang kita. Abang dah cuba jadi yang terbaik buat Lin. Abang pun sengsara juga. Abang rasa macam abang tak guna bila abang tak dapat ingat satu pun tentang Lin. Mungkin ni cara Lin nak balas dendam pada abang. Dengan ‘bunuh’ anak kita,”
Serentak itu ringan sahaja tangan Cazlin melayang di muka Adam Syafiq.
“Sampai macam tu sekali ke abang fikir tentang Lin? Abang ingat Lin yang ‘bunuh’ anak kita? Abang yang ‘bunuh’ anak kita sebab abang nak bersama dengan perempuan ni kan???” Cazlin Amalina menuding jarinya ke arah Hana Nadiah.
Adam melemparkan senyuman sinis kepada isterinya sambil meraba pipinya.
“Sudahlah. Tak baik korang suami isteri bergaduh kat pusara anak sendiri. Korang kena berbincang benda ni baik-baik Bertikam lidah macam ni takkan selesaikan masalah…”
Sebiji penumbuk laju sahaja singgah di muka Daniel Hariz.
“Kau jangan nak tuduh orang sesuka hati. Kau cermin diri kau dulu. Apa hubungan kau dengan jantan ni? Entah-entah bukan anak …”
Tiba-tiba Daniel Hariz mencengkam leher baju Adam Shafiq.
“Aku boleh terima salam penumbuk yang kau bagi.. tapi aku tak boleh terima kalau kau dah hina isteri yang kandungkan anak kau sendiri!!!”Daniel Hariz bersuara perlahan di hadapan muka Adam Shafiq.
Cazlin Amalina menarik tangan Daniel Hariz dari leher suaminya.
“Kalau kau rasa bukan anak kau, kau berambus dari sini!!!”perlahan sahaja Cazlin Amalina menuturkan kata-kata itu. Namun cukup jelas di pendengaran mereka yang berada di situ.
Hana Nadiah menarik tangan Adam Shafiq untuk berlalu dari situ. Hujan yang semakin menggila bagai menyuruh mereka pergi dari tanah perkuburan tersebut. Adam Syafiq yang terpana dengan kata-kata yang tidak dijangkanya dari bibir Cazlin Amalina meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Cazlin Amalina sedikit pun tidak menoleh ke belakang. Dia membiarkan sahaja suaminya berlalu pergi. Kini dia mengerti. Hubungannya dengan Adam Suafiq semakin sampai di penghujungnya.
Cazlin Amalina jatuh terjelepuk di pusara anaknya. Berkali-kali dia mencium pusara anaknya. Hujan yang semakin lebat bagai menangisi pemergian anak dan suami tercinta. Hatinya sarat dengan duka dan lara yang tak tertanggung.
Daniel Hariz cuma mampu melihat Cazlin Amalina menangis di pusara anaknya.


Adam Shafiq menghentak stereng keretanya. Bukan sekali. Malah berkali-kali.
“Adam… janganlah macam ni, sayang. You jangan seksa diri sendiri. I ada di sisi you sentiasa. You boleh share apa-apa sahaja dengan I.” Hana Nadiah membelai lembut tangan Adam Shafiq.
“I keliru, Hana. Keliru. Kenapa I boleh sayang gila dengan perempuan tu? Sedangkan I tak ingat apa-apa tentang dia. Zero. I percaya dengan perasaan I. I left you. I terima dia dengan sepenuh hati I. Tapi dia? How could she do this to me?”
“Setiap manusia buat salah, Adam. It’s okay. Bukan semua manusia itu sempurna. I terima apa yang dah terjadi antara kita. Dalam keadaan you macam nih, Cazlin ambil kesempatan kat you. You tak bodoh. You cuma jadi pecinta yang setia.”
Adam Shafiq memandang wajah Hana Nadiah. Wanita itu tersenyum penuh ikhlas terhadapnya. Kenapalah dia tak memandang keikhlasan wanita di hadapannya selama ini. Wajah Cazlin Amalina juga yang dicari dan dirindui.
Adam Shafiq terus memandu kereta menyusuri tanah perkuburan.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn