BAB 25
“Penggunaan racun yang berbahaya ini sememangnya sesuatu yang kejam. Puan Cazlin sememangnya bernasib baik kerana beliau terselamat. Mujurlah Encik Adam membawanya ke hospital dengan segera. Namun buat masa ini Puan Cazlin perlu diletakkan di bawah pemerhatian yang rapi kerana kami ingin memantau kesihatan beliau sepenuhnya. Kami percaya racun yang diberi mempunyai kesan sampingan ke atas tubuh beliau,”
Adam Shafiq menggenggam tangannya.
“Tapi ini perbuatan siapa? Kenapa bukan saya yang kena? Kenapa?” Adam Shafiq menumbuk meja di hadapannya.
“Pihak kami akan menjalankan siasatan ke atas kes Encik Adam dan isteri. Kita tidak boleh membuat apa-apa kesimpulan selagi kes masih lagi dalam siasatan. Terlalu banyak kemungkinan. Mungkin ianya perbuatan khianat. Malah Puan Cazlin juga boleh dijadikan suspek utama dalam kes ini,” jelas pegawai polis berpangkat inspektor yang ditemani dua orang lagi pegawai polis.
Adam Shafiq merenung pegawai polis di hadapannya. Tajam renungannya.
“Apa maksud awak?”
“Mungkin sasaran sebenarnya ialah Encik Adam. Bukankah Encik Adam pernah menghadapi cubaan untuk dibunuh? Mungkin isteri Encik Adam sendiri dalang di sebalik semua ini. Dia cuba membunuh Encik Adam dengan menggunakan racun tersebut, malangnya dia sendiri yang …” belum sempat anggota polis tersebut menghabiskan kata-katanya, Adam Shafiq bangun dari kerusinya dan menumbuk muka pegawai polis tersebut.
Dua orang lagi pegawai polis cuba meleraikan Adam Shafiq yang sedang naik angin.
“Aku tak percaya isteri aku tu sanggup buat benda keji macam tu. Kau jangan cuba nak buat fitnah!!!”
Pegawai polis tersebut mengusap bibirnya yang mulai berdarah.
“Maafkan saya, Encik Adam. Ini hanyalah andaian pihak kami. Tolong maafkan sahabat saya kerana membuat tuduhan melulu,” ucap salah seorang pegawai polis tersebut.
Adam Shafiq melepaskan tubuhnya yang berada dalam cengkaman dua orang anggota polis tersebut. Dia terus meninggalkan bilik siasatan dengan perasaan sebal. Dia kesal isterinya dituduh sedemikian rupa. Namun hati kecilnya mula berkata-kata. Fikirannya mula berserabut. Lin tak mungkin….tak mungkin…

Cazlin Amalina membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat wajah seorang wanita di hadapannya. Dia cuba mengingati wajah tersebut. Hana?
Hana Nadiah mengukirkan senyuman kepadanya.
“Hai, you kenal I kan? Hana,” Hana Nadiah menyapa lembut Cazlin Amalina.
Cazlin cuba mengukir senyumannya. Sebaik mungkin.
“Saya kenal awak, Hana Nadiah. Terima kasih sudi melawat saya,”
Hana Nadiah mempamerkan raut wajah simpati. Dia menyentuh lembut tangan Cazlin Amalina.
“Sorry for the lost. Ianya sangat tragis untuk dikenang. You cannot make it anymore. I’m so sorry for what had happened to you,”
Cazlin Amalina memandang wajah gadis di hadapannya.
“What do you mean by I cannot make it anymore?”
Hana Nadiah mempamerkan wajah terkejutnya pula.
“I’m so sorry. You don’t know yet? Oh, I shouldn’t told you this,”
“Tolong teruskan dengan apa yang awak nak bagitahu tadi. It’s okay. Please, what is it?”
Hana Nadiah meneruskan lakonannya.
“You dah tak boleh mengandung lagi. Racun tu dah rosakkan organ dalaman you. Kalau you cuba untuk hamil pun, baby you takkan bertahan lama. I’m so sorry to say all these,”
Cazlin Amalina menekup mulutnya.
“I nak tanya sikit, boleh?”
Cazlin Amalina cuba menahan tangisnya. Air matanya sudah mulai membasahi pipi.
“Tanya apa?”
“You tahu tak Adam Shafiq kini dalam siasatan polis. Mungkin dia dituduh cuba meracuni you,”
Cazlin Amalina terpempan seketika. Dunianya seakan gelap seketika. Darahnya seakan berhenti mengalir.
“Saya tak faham apa yang awak cakap. Stop it,’
“You kena buka mata you besar-besar. Adam Shafiq yang plan untuk dinner dengan you malam tu. And, Cuma you yang keracunan. Tapi suami you? Dia sihat walafiat. Wake up, Cazlin. He kills your baby and you! I pun perempuan macam you. I can feel what you feel. I tak sanggup lihat you kena tipu dengan dia lagi,”
“Sudah, aku tak nak dengar lagi. Pergi!!! Pergi!!!”
Hana Nadiah cuba menenangkan Cazlin yang semakin tidak keruan. Namun, Cazlin menolak tubuhnya hingga dahinya terhantuk di bucu meja kecil di tepi katil.
Adam Shafiq yang kebetulan sampai terkejut melihat situasi tersebut. Cepat-cepat dia mendapatkan Hana Nadiah yang terjatuh.
“Are you okay? Dahi you … you’re bleeding,”
Adam Shafiq memapah Hana Nadiah untuk bangun.
“Lin, what happened to you? Look what you’ve done!”
“Kau dengan perempuan tu boleh pergi mati,” Cazlin bersuara perlahan tanpa memandang wajah suaminya mahupun Hana Nadiah.
“Lin!!!, cubalah bawa mengucap. Jangan jadi macam budak-budak boleh tak?”
Cazlin Amalina mencampakkan bantalnya ke arah Adam Shafiq. Dari ekor mata dia dapat melihat bagaimana suaminya cuba melindungi Hana Nadiah. Dia sudah tidak dapat menahan perasaannya lagi. Dia ingin segera pergi dari situ. Dia tidak mahu melihat muka Adam Shafiq lagi. Dia benci!!! Cazlin cuba mencabut wayar di tangannya. Dia ingin pergi. Hana Nadiah cepat memanggil jururawat. Adam Shafiq dan Hana Nadiah hanya mampu melihat Cazlin Amalina bagaikan orang gila cuba melepaskan diri dari pegangan sekumpulan jururawat. Akhirnya Cazlin semakin lemah setelah diberi ubat penenang oleh jururawat tersebut.
Adam Shafiq hanya mampu melihat sahaja keadaan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn