Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Ha.. ni lagu nyanyian oleh Tan Sri P. Ramlee dan Normadiah yang bertajuk itulah sayang. Hm, apa yg cuba ak sampaikan di sini ek?..

Sayang?
Suka? 
Minat?

- OBSESSI


Pernah tak rasa sayang tu membawa kpd perasaan di luar kawalan korg seperti obsessi? Korang terlalu obses dgn pasangan korg. 

TERLALU MENGAMBIL TAHU PERIHAL PASANGAN.


1. Pergi mana-mana mesti REPORT kat pasangan terlebih dahulu?

2. Kalau pasangan tidak menjawab panggilan telefon atau SMS, mulalah risau tahap gaban dan mula menghubungi sesiapa sahaja yg tinggal berdekatan dengan pasangan untuk mengambil tahu (Risau tak tentu pasal, myb pasangan anda cuma pergi toilet/tertidur/dll aktiviti.)

3.Check handphone pasangan setiap kali berjumpa. Kalau ada nombor yang tak dikenali mulalah call. (ntah-ntah ayah pasangan yang call guna no. opis ke, adik kat sekolah call guna no. kawan ke).

4. Bengang tak tentu pasal dengan pasangan kerana tidak menukar status IN A RELATIONSHIP di laman sosial seperti facebook, friendster, bla....bla....bla..

5.Bila pasangan dah janji nak call time cenggini...tapi terlambat la cket. Mula merajuk tak tentu pasal. Mybe sampai lusa pun tak ilang lagi rajuknya.


Ini mungkin pentanda-petanda obses yang kecil tanpa kita sedari. Tapi macam mana pulak dengan obses terhadap orang yang bukan kekasih kita? Mungkin orang tu kawan kita? Teman kuliah? AJK dalam mana-mana persatuan yang sama dgn kita? Bekas ketua pengawas sekolah kita dulu? Pemimpin pelajar kita atau bos di tempat kita bekerja? Di mana kesemua individu ini kita cuma mampu memandang dari jauh sahaja. Nak tegur malu...kurang keyakinan diri...

Lepas tu kalaulah individu yang memang dah konpom bukan KEKASIH/TUNANG/SUAMI/ISTERI kita ni didekakati mana-mana wanita/laki-laki, hah!! Mulalah cemburu tak tentu pasal. Padahal korang sape? Ikatan pun takde kan? Itulah realitinnya. Mungkin kita sedar atau kita buat-buat tak sedar. 

Ada yang lebih SADIS, sanggup mengikut hawa nafsu dan bisikan iblis laknatullah, yang menggunakan ilmu sihir untuk membalas rasa marah ini terhadap  apa yang dilakukan oleh orang yang dia suka, tapi tak suka kat dia. Golongan ni memang dijanjikan neraka la..kan..kan..By the way, sekarang ni tuhan bayar 

CASH 

aje, tak payah tunggu  

CEK
  
kat neraka. Betul tak? Tapi kesian sangat kat individu yang menjadi mangsa guna-guna/ sihir ni. Menderita angkara orang yang tidak bertanggungjawab. Kalau yang lebih teruk lagi hingga membawa maut. Astaghfirullahal a'zim. Betapa teruknya manusia akhir zaman ni kan.. 


Betapa OBSSESI ini memerlukan rawatan dari peringkat mula lagi sebenarnya. Bagi aku ia merupakan 


PENYAKIT MENTAL ALAF BARU


yang kini semakin-makin menjadi dalam kalangan masyarakat kita. Kita memang sedar. Malangnya kita selalu BUAT-BUAT TAK TAHU


Kita cuma akan buat-buat TAHU bila ini terjadi kepada mereka yang kita sayangi atau berdekatan dengan kita. Namun, bila kita sedar semuanya dah terlambat. 

Siapa yang rugi? 


KORANG.

Siapa yang sengsara?


MEREKA DAN KELUARGA MEREKA.


Apa korang pedulik kan.


So, ubahlah mentaliti dan cara pemikiran kita. Jadikan juga islam sebagai penduan hidup kita. Agar kita tak terjerumus lalu tergelincir dari Titian Sirat lalu berenang-renanglah korang di dalam api neraka. Time tu nak mintak tolong siapa? 


**Lu pikirlah sendirik...


Wassalam.











Hallu.....

2010,2010, 2010..

Apekah ia sekadar angka kepada kita?..

1 Muharram 1431... 

Agak-agak korang la kan... Tahun-tahun yang sebelum ni korang puas ati tak dengan yang dah berlaku..maksudnya semua perkara yang korang nak capai dah tercapai ke belum?..Haaaa...berapa percent yang tercapai???

10% ?
30% ?
50% ?
100% ?


Hebat la korang kalo semua nye berjaye dicapai...hehe...aku???

Banyak sangat plan aku lari.. Cukopla ak asik pandang belakang je..


Jalan mesti ke hadapan...


Cewah..eh..tapi betul la ni..ak harap tahun yang baru..

reborn!!!


yeah,, itu yang aku nak..aku nak aku tahu apa yang aku nak.. buat apa yang aku nak buat dengan bersungguh2..no play-play meh..sudah cukop..new life..begins..

Buangkan sikap lalai, leka dengan enjoy jew. 


Azam baru???? Ofkos mesti ade. target point... ah hah!!! List?... Hm..Let's check it out!!!

1. DIET


hehehe,,, aku mesti diet la. tak abis2 kena hentam ngn semua org...mana leh jadik..So, starting from my room.. takde lagi makanan2 yang sengaja diada-adakan..sengaja dimakan walaupon tak lapa..wakaka..eh..betul..itulah aku..now, i am what i eat...

Kembang + Tembam = Baju makin tak muat ( mengecil, hehe)

Ape nak buat.. mesti berubah!!!! Caiyok,, caiyok2......!!!!!!

2. Belajar dengan bersungguh-sungguh
Ini kisah benar. Pointer aku turun 2 sem berturut-turut. To much playing, sleeping and movie time. Aku kena la belajar kurang-kurangkan. kalo tak aku jadilah siswazah TAK GUNA.Aku tak nak grad dengan result yang ntah hape2. Sia-sia mak bapak aku anta belajar tapi aku asik memain jew. 

ENOUGH !!!!!!!

3. KURANGKAN TIDUR
Aku memang kuat tidur. Konon nak jadi Sleeping Beauty la.. Korang tau tak betapa masa emas.. masa hebat itu banyak terbuang ketika korang tidur?..Hm..Bangkitlah wahai anak Adam.. dari Lena yang tak pernah cukop...

 

tidur malam - 6 jam cukop la..ni aku cam panda...12 jam..
tidur petang - nehi more... buruk akibat tidur petang ni..byk penyakit dan lembapkan otak,,
tidur tghri - at least seploh minit je. itu yang apdal la..

** ni la salah satu sebab aku gemok..Huargh!!!!!!

4. Novel DIBIUS CINTA...
 Aku musti siapkan novel ni..dah lama aku meninggalkan tulisan coretan hatiku ini. cian dier..laptop lama prob ,, so now shud be no more reason ...

Tunggu!!!

So, kawan2..aku tak nak berazam banyak2..nanti buat kepam je..habuk pun tarak lak nanti..

Kita sama - sama berdoa..




Berdoalah dengan sepenuh hati,
seikhlas hati..
penuh tawaduk dan zuhud..
kerana kita meminta sesuatu dari Nya..

biar sampai menitis air mata...




moga tahun ini..
segala perkara berjalan dengan lancar..
dikurnia tubuh yang sihat..
jauh dari penyakit, kesengsaraan, kemiskinan, bencana dan kesedihan...
dan terlaksana hajat dan perancangan..
moga kebahagiaan senantiasa mengiringi kita..

Amin..Ya Robbal A'lamin..
Wassalam.



Assalamualaikum..

hai... Korg selalu tak marah-marah?..Kena marah...Termarah org yang tak sepatutnya?..Hm..



 
Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.



Walau bagaimanapun seperti yang diterangkan di atas, nafsu, syahwat dan marah itu ada tempatnya yang memberi faedah kepada manusia. inilah tujuannya Allah SWT memberikan kedua-dua sifat itu. Misalnya manusia mempunyai nafsu untuk makan, maka ia mestilah ditunaikan kerana jika putus makanan maka manusia itu akan mati. Tetapi cara menyediakan makanan dan makan itu hendaklah sederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud:  

.."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".

Rasulullah SAW pernah bersabda:  

"Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah) asalkan jangan kerana bermegah-megah dan menyombong diri, dan jangan pula melampau-lampau, kerana Allah suka melihat kesan nikmat-nikmat Nya kepada hambanya".

Kesimpulannya, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda:  

"Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

    Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah.

Aku bukan ape...kebelakangan ni selalu sangat aku jumpa orang yang marah-marah.., kena marah... Lagipun marah2 selalu ni kan tak elok untuk kesihatan. Senang pulak nak dapat penyakit. Seperti kata Rasulullah, bila kita terasa nak marah je, fikirkan 100 sebab dulu sebelum kita marah-marah. Huh, jenuh la nak pikir kan? Memang la kita bukan Nabi, kita manusia biasa.. Tak dibekalkan dengan sifat-sifat maksum.. tapi kalo ada sesuatu yang baik dibawa oleh Nabi, yang boleh diikuti apatah lagi seseorang itu adalah pemimpin, pelajar, guru, dan mereka yang sewaktu dengannya, bukan ke harus dicontohi?..

Hm... terpulang pada diri sendiri la... Lu pikirla sedirik okie dokie..

Chiowz
Hai...hari ni jeje nak story pasal cousin jeje yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 1 Muharam yang lalu...hehe..tahniah dan smoge berbahagia ke anak cucu..


well, Ini adalah antara majlis pernikahan yang berlangsung di rumah pihak pengantin perempuan di Putrajaya..


  
Ini adalah antara hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki..hantaran pihak lelaki jeje terlupe nk amiik lak..leh lak terlupe hantaran abg sepupu sendiri..SENGAL... 
Hah..ini majlis masa malam berinai..jeje tak amik byk time nih sebab mengantuk...hehe..penat... 

lepas tu kan..jeje jumpa lak ade superman ni..hehe baby boy yang dok sedap tidur dgn comelnya kat ruang tamu mse pengantin sedang sibuk bersanding..comel kan..kan...hehehehehe...           

 
Selepas itu, mulalah keesokan hari untuk majlis persandingan...kuning gitu..pape pon..memang cantik, comel dan sesuai dua-dua mempelai ni.. I Loike.....XD  

Ni lak,, kami sedang sibuk untuk majlis persandingn di sebelah keluarga lelaki..huh, mmg meriah gielr..yelah,,kawasan kampung.Meriah nye mmg dasyat..



 


Hah, kat bawh ni adalah beberapa gambar pengantin yang bergambar dengan ayah JEJE,, hehe...Senyum je ayah jeje....XD


 

Ini adalah hari berlangsungnya kenduri kahwin di sebelah pengantin lelaki di Melaka..Fuh, ramai gle org dtg...

 


Along jeje, seronok gile dier dapat 'menyembah' atau tepung tawar pengantin..


  

Bak kata pengantin lelaki..jumpa lagi di stage yg seterusnya pada 3 mac 2010..InsyaAllah..sebab giliran kakak sepupu Jeje pula untuk melangsungkan perkahwinannya di Pelabuhan Klang, Selangor..

Cucu-cucu tok Jais..jumpa di sana ya..kita berkumpul dan berkampung dengan riangnya menyambut pengantin..hehhehhehehe
Salam..huhu.. Amacam??korg dah tgk new mOOn ke belOm?...huhu..
Baik korg pegi tgk..memang sure best r..Tak yah citer byk2...
Tgk la pic2 ni okie....





my beloved..hakhak..




ade watak yang sibuk nak berkembang,,..jacob a.k.a JAKE

no talipOn