BAB 2
Cazlin mengusap-usap si Putih. Hari ni restoran along tak ramai pelanggan. Rileks kejaplah. Inilah rutin aku. Aku akan menolong along di gerai bila sahaja aku ada kelapangan. Aku jarang pulang ke kampung. Siapa lagi yang ada di kampung. Along yang menjaga aku selama ini. Along, atuk dan nek Mah yang menjaga aku sejak dari kecil. Tetapi semenjak atuk dan nek mah pulang ke rahmatullah, aku sudah jarang pulang ke kampung. Tiada sesiapa lagi yang menantiku di sana.
“Lin, ambik order!!!” jerit alongku.
“Siap,” sahutku lalu menuju kea rah pelanggan yang sedang memenuhi meja di ruang hadapan.
“Selamat datang. Nak makan dan minum apa?” tanyaku sambil mencari pemilik wajah pelangganku yang sibuk mengikat tali kasutnya. Sebaik sahaja pelangganku itu mengangkat wajahnya dan memandang wajahku, pensil serta buku nota kecil di tanganku terlepas dari pegangan tanganku. Brader tu!
Brader tersebut mengangkat pensil dan buku nota kecilku lalu menghulurkan kepadaku. Sempat juga dia menghulurkan senyuman manis kepadaku. Aku menyambutnya. Namun, entah mengapa secara tiba-tiba otot mukaku menjadi keras.
“Awak ni suka jatuhkan barang. Saya nak kopi O.” ujarnya. Brader tersebut tersenyum kepada rakannya yang berada di sebelahnya.
Selesai mengambil order aku cepat-cepat meninggalkan brader tersebut. Eee, kenapalah aku jumpa semula dengan brader ni? Argh, tidak. Macam tak percaya je. Tiap kali jumpa aku mesti buat perkara yang memalukan diriku sendiri.
“Siapa pula awek tu, Adam? Cun gila. Macam mana kau boleh kenal dia? Aku tak pernah tengok dia pun.” Soal Syafiq. Dia masih merenung gadis tersebut. Inilah gadis melayu paling cantik yang pernah dia jumpa.Putih melepak, ada lesung pipit, sebijik macam Maya Karin.
Adam tersenyum lagi.
“Minah samseng tu?”
“Samseng? Aik, punya lawa kau panggil dia samseng? Apalah kau ni?”
“Dialah minah yang aku jumpa kat komuter hari tu. Minah yang hempuk aku dengan beg bangla dia tu,”
Syafiq ketawa terbahak-bahak.
“La, dia ke? Macam tak percaya je. Cun gila macam ni, boleh pula jadi samseng? Ish, macam tak percaya je.”
“Itu la pasal. Kalau tak kereta aku buat hal kat Seremban, kena naik komuter, tak payahlah aku nak bersusah payah kena hempuk dengan beg bangla dia.” ujar Adam sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Weyh, kau tak baik-baik lagi dengan si Hana ke? Kau hilang beberapa hari tu, hari-hari dia datang cari kau tau tak? Sampai aku pula yang naik lemas tengok gelagat dia. Perang besar nampaknya kau dengan dia?”
“Biar dia rasa. Sabar aku pun ada batasnya tau tak? Dah tiga kali aku propose dia. Jawapannya tetap sama. Tak habis-habis dengan jawapan tak bersedia. Kerjaya baru nak bermula la konon. Aku pun dah tawar hatilah.”
“ Biasalah, bintang baru nak meletup. Muka tengah laku sekarang. Macam tu lah. Nasib kau la berkasih dengan bintang popular.” Syafiq tergelak kecil. Kesian sungguh dengan membernya yang seorang nih. Bercinta bagai nak rak dari zaman sekolah. Bila si Hana dah menjadi bintang popular tanah air, memang membernya itu makan hati setiap hari. Itulah bahana kalau bercinta dengan artis terkenal. Susah nak beri komitmen.
“Mama aku dah sibuk suruh kahwin. Aku dah pening tak tahu nak buat macam mana. Mama bagi aku had sampai sebelum umur aku masuk 28. Sekarang umur aku 27. Lagi setahun beb. Si Hana pula mintak aku tunggu dia lagi 4 tahun. Mati aku Fiq.” Adam meraup wajahnya. Terbayang wajah ayu Hana Nadia. Memang aku sayang gila kat dia. Tapi mak…
“Kau bagi jelah kata dua kat Hana. Kau cakaplah yang mama kau nak kahwinkan kau dengan orang lain. Haa, mesti dia jadi kalut. Mesti dia sendiri propose kau kat mak kau. Perempuan beb. Bukan susah sangat nak handle,” ujar Syafiq sambil mengangkat kening kirinya. Dia melemparkan senyum nakal kepada Adam.
Adam tersenyum. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Geram sungguh dia dengan si Hana. Awek dari zaman sekolah tu. Bertahun-tahun menyemai cinta. Sudah tentulah dia ingin mengakhirinya dengan ikatan suci. Namun Hana memandang sepi hasrat hatinya. Katanya ingin mengukuhkan kerjayanya yang kini berada di kemuncak. Hai, nasib baiklah buah hati pengarang jantung.


Hadi menyusun kerusi di restorannya.Satu persatu. Dia melihat adiknya yang turut menyusun kerusi bersama-samanya. Kasihan. Ada sahaja waktu terluang pasti adiknya akan membantunya di restoran. Adiknya tidak seperti remaja lain. Mungkin remaja lain suka berhibur, berpeleseran, keluar melepak dengan rakan-rakan pada waktu-waktu cuti begini. Adiknya lebih suka membantunya di restoran. Adiknya tak pernah berasa kasih ibu dan ayah. Ayah mereka meninggalkan mereka sekeluarga ketika adiknya baru berusia 3 bulan dalam kandungan ibunya. Ibu pula meninggal sebaik sahaja melahirkan Cazlin. Pada dirinya, atuk dan nek Mah adiknya menumpang kasih. Cazlin tak pernah meminta apa-apa darinya. Dia harap dapat menjaga adiknya sampai bila-bila.
“Lin, esok kita tak berniaga tau. Kita cuti rehat ye, dik.”
“Cuti? Esok kan hari minggu,long. Customer mesti ramai. Rugilah along nanti. Lagipun along tak pernah ambil cuti hari minggu. Along nak pergi dating ek?” usik Cazlin terhadap abangnya. Tangan semakin pantas menyusun kerusi ke satu sudut. Manakala alongnya menutup pintu kedai.
“A’ah. Along nak pergi dating,”
Cazlin teruja. Wah, alongnya sudah punya kekasih. Satu perkembangan yang baik. Yelah, sudah cukup pengorbanan along terhadap dirinya. Tidak kahwin-kahwin walaupun umurnya sudah menginjak 34 tahun. Along tidak mahu tumpuannya terhadap dirinya terjejas apabila dia sudah berkeluarga kelak. Sampai begitu sekali pendirian along terhadap dirinya.
“Wah, dengan siapa? Lin tak tahu pun,”
Hadi tersenyum.
“Dengan Lin la..,”
Cazlin konfius. Apa ni? Along main-mainkan aku ke?
“Sebenarnya along nak bawa Lin pergi bercuti kat Langkawi. Ini sebagai hadiah Lin dapat anugerah dekan semester lepas,”
Cazlin yang terlalu terkejut dengan tawaran abangnya terlepas kerusi dari pegangan tangannya. Habis kerusi-kerusi yang disusunnya menimpanya. Hadi mendapatkan adiknya.
“Ya Allah, dik. Lin tak apa-apa? Hadi mengangkat kerusi-kerusi yang menimpa adiknya. Nasib baiklah cuma kerusi plastik. Lin, Lin..
Cazlin memeluk abangnya. Dia memeluk dengan erat. Hadi turut memeluk adiknya. Dia mengucup dahi adiknya.
“Lin mesti jaga diri baik-baik. Abang tak suka Lin cuai macam ni. Kalau abang takde nanti siapa nak tolong Lin? Lin da besar tau. Lin dah boleh kahwin. Siapa nak kahwin dengan Lin kalau Lin clumsy macam ni?”
Cazlin menumbuk dada alongnya.
“Apa along cakap ni? Dah.. dah… Jom kita balik. Esok kan nak pegi holiday. Kita belum kemas barang lagi,”ujar Cazlin sambil cepat-cepat menyusun kerusi yang sudah bertaburan. Hadi tergelak melihat telatah adiknya. Malulah tu.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn