BAB 17
Encik Adam Shafiq mengalami amnesia. Ianya mengambil masa untuk beliau benar-benar pulih dari amnesia. Mungkin untuk beberapa hari, beberapa bulan, beberapa tahun dan mungkin juga ingatan beliau takkan kembali seperti sedia kala buat selama-lamanya. Segala-galanya bergantung kepada keupayaan mental pesakit.
Cazlin menekup mulutnya. Dia cuba menahan tangisnya. Mengapa abang Adam mampu mengingati semua orang tetapi tidak dirinya? Inikah balasan ke atasnya kerana menyakiti abang Adam tempoh hari?
Puan Sri Saleha menepuk perlahan bahu menantunya. Apalah nasib anak menantunye selepas ini?
Sebaik sahaja Cazlin kembali ke wad abang Adam. Dia melihat Hana sedang bergelak ketawa dengan abang Adam. Apabila abang Adam terpandang wajahnya, abang Adam cepat-cepat mengalihkan wajahnya. Seolah-olah sangat membencinya.
Hana bersalam dengan Puan Sri Saleha dan Cazlin. Sempat juga dia memeluk Cazlin dan berbisik kepadanya.
“Be strong enough,”
Strong enough? Untuk abang Adam atau untuk dirinya sendiri? Entah mengapa hatinya menjadi tidak enak apabila mendengarkan kata-kata Hana Nadiah.
“Hana minta diri dulu.”
“Kenapa sekejap sangat Hana datang? Adam belum puas lagi jumpa Hana”
Peh, sakitnya hati mendengarkan kata-kata abang Adam.
Adam Shafiq memandang sahaja Hana pergi dengan pandangan matanya. Hish, sibuk betullah perempuan ni. Dia datang je, Hana pergi. Hana cakap yang mereka tidak lagi seperti dulu. Hana kata yang mereka tidak mungkin bersama lagi kerana dia sudah berkahwin. Macam manalah dia boleh berkahwin dengan perempuan begini? Comot. Tak reti dress up langsung. Kenapa memori tentang wanita ini tiada langsung dalam ingatannya? Kenapa wanita ini sahaja yang tiada dalam ingatannya?

Adam melihat sahaja Cazlin yang sedang duduk di sofa membaca majalah. Tinggal berdua sahaja di dalam bilik ini bersama-sama dengan perempuan bisu ini amat melemaskannya. Namun salah dirinya juga yang asyik memarahi wanita tersebut. Setiap kali wanita itu cuba membantu atau berbual mesra dengannya dia akan memarahi atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya Cazlin. Entah mengapa dia berasa terlalu benci dengan Cazlin.
Adam benci dengan keadaan dirinya sekarang. Sudahlah kepalanya berbalut. Tangan dan kaki kanannya pula bersimen. Dah macam hantu bungkus. Aduh, nak pergi toilet la pulak. Dia cuba bangun perlahan-lahan. Egonya menggunung tinggi. Takkanlah nak pergi toilet pun nak minta tolong perempuan tu. Buat malu je.
Apabila Cazlin melihatnya yang terkial-kial cuba untuk bangun, Cazlin cepat-cepat mendapatkannya dan memapahnya. Mahu tidak mahu terpaksa juga Adam membiarkan Cazlin memapahnya. Sampai sahaja di muka pintu toilet, Adam menolak tangan Cazlin yang memegang bahunya.
“Aku reti buat sendiri.”
“Licin tu. Nanti abang jatuh.”
“Pandai-pandai akulah…”
Cazlin mencebik. Sombong betul abang Adam yang baru ni. Berlagak. Sabar jelah. Takut sangat aku tengok dia ‘punya’.
Tiba-tiba dia mendengar bunyi ‘dentuman’ dari bilik air. Cazlin menolak pintu toilet. Dia melihat abang Adam sudah jatuh tergolek di dalam bilik air.

Perlahan-lahan Cazlin memapah Adam Shafiq ke katil.
“Degil. Orang nak tolong tak mahu. Jual mahal. Nasib baik tak apa-apa. Kalau tidak, tak pasal-pasal bersimen kaki dengan tangan kiri abang tu. Macam hantu bungkus.”
Adam menjeling ‘isterinya’. Hantu bungkus? Macam sama sahaja apa yang difikirkannya sebentar tadi. Ceys.
“Abang jangan bimbanglah. Takkanlah Lin nak jerit dan bagitahu kat semua orang... saya dapat tengok Encik Adam ‘punya’.” Cazlin tersenyum sumbing.
Adam Shafiq buat-buat tidak dengar apa yang diperkatakan Cazlin. Perempuan ini memang suka melawan. Bencinya aku….

“Kita tak mungkin lagi boleh kembali seperti dulu. Adam dah berkahwin. Dan kita dah lama berpisah. Hana bukan wanita yang baik buat Adam. Hana buta dengan kesetiaan dan cinta Adam dulu. Kalau Hana tak buat hal dulu, mungkin kita masih lagi bersama sekarang.”
Adam menyentuh lembut tangan Hana Nadiah. Dikucupnya lembut.
“Adam cuma nak Hana sorang je. Apa sahaja yang pernah Hana lakukan dulu, I don’t care. I love you. Adam tak sanggup kehilangan Hana. Adam tak boleh hidup tanpa Hana.”
“Please, Adam. Don’t be like this. Kesian kat wife you.”
“Tapi Adam tak cintakan dia,”
Hana terdiam.
“Habis tu, Adam nak buat apa? Robohkan mahligai yang Adam bina selama ni semata-mata untuk kembali pada Hana? Hancurkan hati orang tua you? Hana tak mahu memiliki sesuatu dengan kehancuran dan kesengsaraan orang lain.”
Hana mengambil beg tangannya dan keluar meninggalkan Adam di wad hospital tersebut. Dia cuba menahan tangisnya, namun air matanya mengalir jua. Dia terserempak Cazlin yang kebetulan berada di balik pintu. Dia mengesat air matanya. Dia berlalu pergi setelah menghadiahkan senyuman kepada Cazlin.
Cazlin memandang sahaja Hana Nadiah berlalu pergi. Dia mendengar setiap patah kata antara Adam Shafiq dan Hana Nadiah. Dia menarik nafasnya panjang-panjang. Keyakinannya seakan-akan semaikn surut. Namun dikuatkan juga semangatnya.
“Alah, abang Adam tak ingat apa-apa,” Cazlin memberitahu hatinya. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik abang Adam.
Adam Shafiq menarik selimut menyelimuti tubuhnya apabila melihat wajah Cazlin. Muka kau lagi.
Cazlin meletakkan perlahan-lahan makanan yang dibawanya. Dia membuka satu persatu penutup yang mengandungi makanan yang dibawanya.
“Abang, makan ye. Ada macam-macam Lin bawa ni,”
Adam Shafiq diam tidak berbunyi.
“Abang… marilah makan makanan ni. Nanti dah sejuk tak sedap tau.”
Adam Shafiq menarik selimutnya dari tubuhnya. Dia menolak semua makanan yang diletakkan di atas meja katilnya. Habis tumpah semua makanan yang dibawa Cazlin di atas lantai.
Cazlin terpaku.
“Aku tak ingin nak makan makanan kau tu. Baik kau berambus dari sini. Aku tak suka kau. Aku benci kau.” Adam menghamburkan kemarahannya kepada Cazlin. Biar Cazlin benci padanya. Biar Cazlin meninggalkannya kerana itu sahaja caranya. Dia tahu mama dan papa pasti tidak akan membenarkannya meninggalkan perempuan yang kononnya ‘isterinya’ itu.
Sabar Cazlin, sabar… Panas sungguh hatinya dengan sikap Adam Shafiq. Sudah banyak kali dia bersabar. Rasanya kali ni sabarnya seakan-akan sampai di penghujunnya. Adam Shafiq nampaknya sengaja menaikkan kemarahannya. Mamat ni memang nak kena!
“Dah berbungkus macam hantu bungkus pun nak buat perangai ke? Rasanya mulut awak pun sepatutnya kena simen macam mulut dengan kaki awak tu. Kalau tak nak makan, cakaplah. Dah takde mulut lagi ke? Tak payahlah nak buang-buang makanan ikut suka awak je. Sekurang-kurangnya saya boleh sedekahkan makanan ni kat pesakit-pesakit lain yang lebih memerlukan. Tak tahu bersyukur langsung. Anak orang kaya tak sedar diri!!!” Ujar Cazlin sambil mengutip makanan yang telah jatuh menyimbah lantai. Dia ingat aku nak lari keluar dari bilik ni sambil nangis-nangis ke? Sorrylah. Silap oranglah.
Giliran Adam Shafiq pula terkedu. Dia panggil aku hantu bungkus? Tak tahu bersyukur? Anak orang kaya tak sedar diri? Eee, perempuan ni kan….Adam Shafiq menghentakkan tangannya di katilnya.
“Ouch,” dia mengaduh. Lupa plak aku ni hantu bungkus…
“Aku tak tahulah kau ni perempuan jenis apa? Sanggup dicaci maki oleh suami sendiri. So, kau nak pretend diri kau tu baik or whatever lah kan? Aku akan pastikan kau tinggalkan aku suatu hari nanti. Masa tu kau akan menyesal sebab habiskan setiap detik hidup kau dengan aku. Kalau tak bukan kerana mama aku, dah lama aku,,,,”
Cazlin mendekati Adam Shafiq.
“Aduh, sakitlah!!!” Adam Shafiq meraba kepalanya yang berbalut. Sakitnya apabila Cazlin mengetuk kepalanya dengan sudu makanan yang dikutip oleh Cazlin dari atas lantai.
“Oh, my dear husband. I miss you so much. Wake up please. I can’t stand any longer with this guy. Wake up before I kill him,”ujar Cazlin sambil mengetuk-ngetuk kepala Adam Shafiq dengan sudu. Adam mencengkam tangan Cazlin. Dia merenung tajam wajah Cazlin. Berani sungguh wanita ini mengetuk kepalanya. Terlalu berani. Belum pernah seorang pun menyentuh atau mempersendakan dirinya sebegini. Entah mengapa saat mata bening wanita itu direnung, seakan-akan dia pernah melihat mata yang redup itu.
Cazlin menepis tangan Adam Shafiq. Dia melihat jam di tangannya.
“Lin dah lambat. Lin ada kuliah tengahari ni. Petang nanti Lin datang lagi. Assalamualaikum,”
Adam mendengus.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn