BAB 10

Ayuna melihat jam di tangannya.Sudah berkali-kali dia melihat ke arah pintu restoran.Setelah hampir sepuluh minit menanti akhirnya orang yang dinanti muncul jua iaitu Kak Hana.
“Maafkan akak terlambat.Yun sihat?”ujar Hana Nadiah sambil melemparkan senyum mesra buat Ayuna.
Ayuna terpaku melihat wajah Kak Hana.Semua kesan parut sudah hilang.Malahan, hidung Kak Hana bertambah mancung.Plastic surgery!!!
“Yun sihat.Ada apa akak nak jumpa Yun?”
“Apa khabar kakak ipar Yun?Mesti seronok dapat kakak ipar baru kan?”
Ayuna tersenyum sinis.
“Yun lebih suka kalau akak yang kahwin dengan abang Adam.Boringlah dia tu.Berlagak baik depan mama dan papa.Semua orang sanjung-sanjung dia sangat.Entah apa yang baik tentang dia agaknya.Come on, kak.Takkan akak nak biar sahaja perkara ni. Akak nak lepas abang Adam macam tu je ke?”
Hana Nadiah menangkat keningnya.Rancangan semakin sempurna.Apatah lagi dengan pertolongan Ayuna, adik kandung Adam sendiri.Sudah tentu hanya aku yang layak bergandingan dengan Adam Shafiq.Bukannya perempuan tak guna tu.Kalau tidak kerana kejadian tempohari pasti keadaan tidak menjadi kusut begini.Kalaulah aku sabar sikit.Kini Fahrin pula mengejar pelakon baru yang sedang meletup-letup iaitu Farra Fazira.
“Yun sanggup tolong akak ke?Yun tak takut?”
“Apa sahaja untuk akak.Lagipun Yun betul-betul terhutang budi dengan akak.Akak pernah tolong Yun dulu.Sekarang giliran Yun pula.Em, ada apa yang akak nak Yun buat?”
Hana Nadiah tersenyum.Apalah sangat pertolongannya kepada Ayuna dahulu.Setakat membantu Ayuna menggugurkan kandungannya? Doesn’t really matter.Kesian dengan si Ayuna.Umur baru sahaja 18 tahun ketika itu, tapi sudah pandai melakukan perkara terkutuk tersebut.Kiranya keturunan Tan Sri Latif bukannya baik-baik sangat.Kalaulah Puan Sri Saleha dapat tahu.. terus gol orang tua tu.
“Buatlah apa sahaja asalkan perempuan tu tersingkir dari keluarga Yun.Rasanya tak susah apa yang akak minta kan?”
“Ok..senang sangat.Yun takkan kecewakan akak..”



Cazlin menutup buku Personalitinya.Dia menguap.Matanya semakin berat.Kalaulah dia masih menginap di kolej kediamannya, pastinya dia sedang berpesta sakan dengan Dayang dan Wawa sambil menikmati mee maggi beramai-ramai.Setiap mereka akan memasak perisa magi yang berlainan.Jadi, bolehlah mereka saling bertukar rasa.Hmm, rindu pula pada masa dahulu.Sekarang? Dia menoleh abang Adam yang sedang nyenyak tidur.Hai, geramnya melihat insan lain yang sedang lena dibuai tidur.Dia meneruskan pembacaannya lagi.Perutnya berkeroncong.Akhirnya dia membuat keputusan untuk turun ke bawah membuat susu coklat.
Cazlin terserempak dengan Ayuna yang sedang menonton televisyen.Cazlin mendekati adik ipar yang sebaya dengannya itu.
“Una tak tidur lagi?Tengok cerita apa?” soal Cazlin mesra.
Ayuna menjeling Cazlin.Dia tidak menjawab pertanyaan Cazlin.Cazlin pula berusaha menegur Ayuna sekali lagi.Niatnya untuk berbasa-basi dengan Ayuna dipandang sepi.
“Lin nak buat air susu coklat.Em, Una tunggu kejap ye.Lin buatkan untuk Una sekali,”
Cazlin terus berlalu ke dapur.Tidak lama kemudian dia kembali dengan dua buah cawan di tangannya.Cazlin menghulurkan cawan kepada Ayuna.Ayuna memandang wajahnya dengan pandagan sinis sambil memandannya dari atas ke bawah.
“Aku tak pernah anggap kau kakak ipar aku.Aku juga tak nak ada apa-apa ikatan dengan perempuan macam kau.Kau tak layak jadi kakak ipar aku.Bagi aku hanya kak Hana sahaja yang layak dengan abang Adam.Kau jangan perasanlah,”
“Owh, ye ke? Kiranya Una perasanlah juga kehadiran Lin dalam rumah ni?Alhamdulillah,”
“Aku tak suka dengan kau.Sampai bila-bila..Kau jangan berharaplah kau akan berada di dalam rumah ni untuk tempoh yang lama.Aku akan pastikan kau sendiri yang akan keluar dari rumah ni dengan sendirinya.”
“Hai, siapalah yang sebenarnya yang perasan ek?Ada Lin minta Una suka pada Lin?Cukuplah abang Adam yang suka pada Lin.Kalau Una yang suka pada Lin…bahaya!Lagipun Lin takde taste lah kat kaum sejenis Lin.Nite..” ujar Lin lalu meninggalkan Ayuna sendirian di ruang tamu.
Ayuna menggigit bibirnya.Tunggulah… hari kau pasti akan tiba Cazlin.















BAB 11

Adam menyentuh bahu Cazlin yang sedang sibuk menelaah buku sejak dari selepas solat subuh tadi.Cazlin menoleh.Cepat-cepat dia menutup matanya setelah apa yang dilihatnya.
“Apa abang buat ni?Pergilah pakai baju…”Jerit Cazlin selepas melihat Adam yang hanya bertuala mandi.Adam ketawa terbahak-bahak.
“Eh, ni bilik abang.Suka hati abanglah.Abang nak bogel pun abang punya sukalah.Hari tu Lin pakai macam abang juga.Abang tak marah pun.Abang lagi suka,”Adam tergelak lagi.
“Hari tu Lin tak sengaja la.Bukan Lin suka-suka tau.Pergilah pakai baju,”Cazlin menolak-nolak tubuh Adam sambil menutup matanya dengan sebelah lagi tangannya.
“Macam mana abang nak pakai baju.Lin tak gosok pun baju kerja abang.”
Cazlin membuka matanya.Adam menghulurkan bajunya kepada Cazlin.
Macam mana aku boleh lupa nak gosok baju kerja mamat ni.Adei, lepas tu boleh pula tayang badan kat aku.Ceys.Aku juga yang berkeras nak gosokkan baju kerja abang Adam.Aku yang tak bagi si Yanti tu gosok baju abang Adam.Yelah, aku tau tanggungjawab aku sebagai isteri.Walaupun kami berdua Cuma berpura-pura, tapi kenalah bagi real sikit.Isteri yang solehah la kononnya.Tapi andai kata aku berkahwin betul-betul suatu hari nanti, inilah perkara yang wajib aku buat.Takpe..takpe..practice make perfect Cazlin.Cazlin mencuri-curi melihat abang Adam yang sedang membelek kertas kerjanya.Boleh pula belek-belek kertas kerja dengan berpakaian tuala sahaja.Tak senonoh.Ingat seksi sangatlah tu.Piraah.Tapi kan…tough gila badan abang Adam.Betul-betul macam badan Aaron Aziz.Eh, diorang ni kembar ke?Haha…

Cazlin menelan cekodok pisang buatan Yanti.Em, sedapnya.Abang Adam hanya sempat menghirup air di dalam cawannya.Lalu cepat-cepat dia bersalam dengan mama.Tiba-tiba dia memanggil namaku.Apa lagi mamat ni mahu?
“Lin,” Adam menunjukkan kolar bajunya.Tangannya pula memegang tie yang belum diikat.Sengaja dia ingin bermanja dengan Cazlin di hadapan keluarganya.
Cazlin menelan air liurnya.Ikat tie?Manalah aku tau?Apasal pula mamat ni buang tabiat pagi-pagi buta ni suruh aku ikat tie?Cazlin menyambut tie dari abang Adam..Dia melihat tie tersebut.Terkebil-kebil dia memandang abang Adam meminta simpati.
“Nanti belajar ikat tie tau,” abang Adam mengambil tali leher dari tanganku lalu mencium lembut dahiku.Dia pun berlalu pergi.Aku terpegun.Kurasakan bagai darah merah menyerbu naik ke mukaku. Aku memandang mama, dan papa.Mama hanya tersenyum pada papa.Abang Adam ni memang tau!!!

Cazlin melangkah masuk ke dalam Perpustakaan Tun Sri Lanang.Dia sudah berjanji untuk membuat perbincangan dengan rakan-rakannya iaitu Diana, Yatt dan Eka.Dia melihat jam di tangannya.Masih awal lagi.Dia membuka begnya untuk mengeluarkan buku Statistik.Entah bagaimana begnya terlepas dari tangannya.Perlahan-lahan Lip Care Nivea miliknya bergolek keluar dari begnya.Lip Carenya berhenti betul-betul di hadapan seorang lelaki.Argh, kenapa perkara sebegini selalu terjadi kepada dirinya.Dia cepat-cepat mahu mengambil Lip Carenya, namun tangannya bertembung pula dengan tangan lelaki tersebut.Matanya bertembung dengan mata lelaki tersebut.Hee, cutenya.Lelaki tersebut cepat-cepat menarik tangannya.Cazlin mengambil Lip Carenya dan menyimpannya elok-elok di dalam begnya.
Lelaki tersebut tersenyum padaku.Dia kelihatan malu-malu.Dia menggaru-garu kepalanya.Aku? Apa yang harus aku lakukan?Aku melemparkan senyumanku yang paling manis.Seperti biasa..berlagak ayu.Wakaka.
“Hai, saya Daniel Hariz.Panggil Dan(pronoun nye ialah then) je. Em, sorang je ke?”
“Tak.Saya tengah tunggu kawan-kawan saya.Thanks sebab tak terpijak lip care saya,”
Dan tersenyum dan dengan selambanya dia mengambil tempat duduk di sebelahku.
Aku cepat-cepat meletakkan begku di kerusi yang hendak didudukinya.Dia menunjukkan reaksi terkejut dengan tindakan drastikku.
“Takde orang pun duduk kat kerusi tu?”
“Ade,”
“Mana ada? Saya tak nampak pun.Dari tadi saya tengok awak duduk sorang je.”
“Kejap lagi kawan-kawan saya sampai.Saya nak buat group discussion dengan diorang.Meja ni ada 6 kerusi.Satu untuk saya dan yang selebihnya untuk kawan-kawan saya.Awak carilah tempat lain ye.Sori…” aku menelan air liurku.Bohong sunat.Terpaksa.Inilah aku.Cukup susah nak bersosial dengan lelaki.Jual mahal atau malu aku pun tak tahu.
“Iye ke?Saya nak duduk jugak.Kalau kawan awak dah sampai, saya akan cari tempat duduk lain.Ok?” dia mengambil tempat duduk di hadapanku.Dia juga dengan selambanya membuka buku dan meneruskan pembacaannya tanpa mempedulikanku.Ceys..Aku kehilangan kata-kata.Takkan aku pula yang perlu bangun?Aku yang duduk dulu.Sedikit pun dia tidak memandangku.Aku pun meneruskan pembacaanku.Sekali sekala mataku nakal memandang ke arahnya.Ceh, khusyuk sangatlah tu.

Hampir sejam aku menunggu Diana, Yatt dan Eka.Namun tiada tanda-tanda mereka akan muncul.Sudah berpuluh Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang aku hantar.Namun tiada balasan.Mana pulak perginya diorang ni? Tak pernah-pernah buat macam ni.Aku sudah naik segan dengan mamat di hadapanku ini.Mesti dia ingat aku kelentong dia.Wakenabeb!!!
“Saya tahu kawan-kawan awak tak datang,”
Aku memandangnya.
Dia juga memandangku.
“Diorang tak nak datang sebab awak ada kat sini!!!” aku mengemas barang-barangku.Rahsiaku sudah pecah.Baik aku beredar dari sini.
“Betul cakap awak.Diorang tak datang sebab saya ada kat sini…”
Aku berpaling ke arahnya.Pelik kerana dia mengiakan kata-kataku.
“Cazlin Amalina… saya nak kenal dengan awak.Saya nak tackle awak.”
Aku cepat-cepat berjalan ke pintu keluar dan meninggalkan lelaki tersebut.Gila.Baru jumpa dah nak kenal.Eh, aku bini oranglah.Tapi, still available la.Aku menoleh ke belakang.Alamak, dia kejar akulah.Aku mempercepatkan langkahku.Aku menuruni anak tangga Perpustakaan Tun Sri Lanang.Tanpa melihat ke kiri dan kanan aku cepat-cepat melintas untuk menuju ke arah bus stop.Aku mendengar bunyi hon yang amat kuat hingga membingitkan telingaku.
Sedar-sedar sahaja aku sudah berada di tepi jalan. Dia iaitu Dan telah menyelamatkanku. Dan menyentuh bahuku.
“Awak ok tak? Sakit ke?” Dan menyentuh dahiku yang luka. Baju kurung yang aku pakai juga koyak di pergelangan tanganku. Dan cepat-cepat membuka jaketnya dan menyarungkan ke tubuhku. Aku masih terkejut dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Rasa macam mimpi je. Tiba-tiba aku berasa marah dengan lelaki tersebut. Aku menolak lelaki tersebut.
“ Kenapa awak kejar saya? Kalau awak tak kejar tadi, saya tak jadi macam ni,”
Tiba-tiba datang rakan-rakanku mendapatkanku. Yatt mendapatkanku. Dia memapahku bangun.
“Sori Lin. Kitorang yang salah sebenarnya…”
“Chop, apa-apa hal nak cerita pun tunggu lepas ni. Yang penting kita bawa Lin dapatkan rawatan dulu.” Dan memotong kata-kata rakan-rakanku. Pantas sahaja dia mendapatkan keretanya.

Aku melihat tangan dan dahiku yang berbalut comel. Apalah aku nak jawab dengan mama, papa dan abang Adam? Habislah aku. Tak habis-habis aku nak susahkan hati diorang.
“Sorilah Lin. Kitorang takde niat apa-apa pun. Abang Dan tu dah lama minat kat kau. Dia minat kat kau dari masa kau first year lagi.Masa tu dia third year. Kebetulan dia sambung master kat sini.Dia jumpa kau lagi. So, dia minta tolong kitorang. Pleasa..pleasa. Janganlah marah kitorang,” Yatt memujukku.
“Kau pun satu, Lin. Yang kau lari macam nampak hantu tu kenapa? Bukan macam nampak hantu la..macam nampak dinosor T-rex tau tak?”
Aku menjeling Eka. Kata-kata Eka ada juga kebenarannya. Aku ni macam dah fobia kena kejar je.
“Nasib baiklah abang Dan sempat tarik tangan kau. Kalau tak dah arwah agaknya. Dahlah dia selamatkan kau. Kau pulak marah dia depan orang ramai. Kesian dia.” Kali ini aku pula memandang Eka dan Yatt meminta simpati.Rasa bersalah menyelimuti hatiku. Salah aku ke?
“Kenapa korang tak bagitau aku dulu tentang hal ni?”
“Kitorang nak bagi perkenalan kau dengan abang Dan nampak real sikit. Tak sangka pula kau menggelabah tahap cipan. Aku peliklah dengan kau kebelakangan ni. Garang semacam je. Yelah semenjak dah tak duduk dengan kitorang. Tak duduk kolej lagi. Kau ok ke? Kalau ada apa-apa masalah cakaplah dengan kitorang. Kitorang tak nak kau rasa keseorangan selepas kau dah kehilangan abang Hadi, ” ujar Yatt pula.
Aku menelan air liurku. Aku dah kahwin. Sorilah tak jemput korang. Silap haribulan, bila korang dah tahu pun, masa tu aku dah bercerai dengan abang Adam.
“Aku ok je. Aku tinggal dengan family angkat aku. Er.. aku nak baliklah..” aku cuba mengelak dari memanjangkan topik tersebut. Sebaik sahaja aku keluar dari Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, abang Dan yang sedang duduk di kerusi tetamu mendapatkanku.
“Maafkan saya,” itulah perkataan pertama yang keluar dari bibirnya. Aku sendiri menjadi malu. Malu dengan sikap bodoh sombongku. Lagipun, aku kan masih isteri kepada abang Adam. Biarpun hubungan kami hanyalah di atas sekeping kertas, aku tetap perlu menghormati ikatan perkahwinan yang suci ini. Biarpun hubungan aku dengan abang Adam bukanlah seperti suami isteri yang sebenar, syurga seorang isteri tetap di bawah telapak kaki suaminya. Berdosa kiranya aku menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki lain di luar pengetahuan abang Adam. Aku masih punya moral.
“Awak tak salah apa-apa pada saya. Semua yang terjadi ni berpunca daripada saya sendiri. Pertama sekali saya nak minta maaf dari awak. Sebab berkasar dengan awak. Saya tahu niat awak baik. Kedua, saya minta maaf sekali lagi. Saya tak dapat terima hasrat hati awak.”
Abang Dan tersenyum padaku. Aku jangkakan dia akan menunjukkan reaksi kecewa. Namun, jangkaanku meleset sama sekali.
“Niat saya untuk berkenalan dengan awak adalah ikhlas dan tulus sepenuh hati saya. Selepas mendengar kata-kata awak sebentar tadi, saya tahu pilihan saya memang tak salah. Saya sanggup tunggu awak. Sampai hati awak terbuka untuk saya. Jangan jadikan alasan untuk mengejar cita-cita sebagai penghalang. Saya akan tunggu masa itu, Cazlin Amalina. Sekurang-kurangnya saya dah mengenal sedikit demi sedikit siapa Cazlin Amalina,”
Aku memandang abang Dan. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Aku jadi serba salah. Aku terus beredar. Lelaki ini tak boleh dilayan. Makin dilayan, makin menjadi. Cepat-cepat aku menahan teksi. Aku menyuruh pemandu teksi itu memandu selaju yang mungkin.Malahan aku juga tidak menoleh ke belakang lagi.Adakah dia mengejarku? Adakah dia melompat ke atas teksi yang aku naiki? Aku tidak mahu ambil pusing. Pening, pening.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn