BAB 15
“Sejak abang Hadi dah takde, kau tak pernah balik sini lagi. Memanglah dah takde siapa-siapa lagi kat sini, tapi aku kan ade?” Nurul mencubit pipi Cazlin sekuat-kuat hatinya. Geram sungguh dengan temannya yang seorang ini.
“Adoi… sakitlah,” Cazlin mengerutkan wajahnya menahan kesakitan.
“Sudahlah lama tak balik sini, tup..tup.. kau dah kahwin. Tak jemput aku pula tu. Sampai hati kau. Kawan jenis ape kau ni haa?”
Cazlin cuma mampu tersengih bagai karang busuk. Tak mampu rasanya menjawab setiap patah kata teman baiknya. Setiap patah kata yang keluar dari bibir teman baiknya bagai terkena batang hidungnya sendiri.
“Kau ni memang tak berubah-ubah dari dulu sampai sekarang. Kalau aku membebel atau marah-marah kat kau. Kau mesti tunjuk muka seposen, lepas tu tersengih-sengih macam kerang busuk. Eee, geramnya aku,” Nurul mencubit lagi pipi temannya dengan sekuat-kuat hatinya.
“Kau pun tetap macam dulu gak. Cubitanmu tetap berbisa seperti dahulu,”
Berderai ketawa mereka memenuhi ruang tamu rumah Arwah nenek Cazlin.
“Tapi Lin, betul ke ape yang kau buat ni? Memanglah mula-mula semua benda ni nampak senang, mudah. Tapi takkan kekal lama. Satu hari nanti mesti akan terbongkar. Apa kau nak buat masa tu? Kau pernah fikir tak?”
Cazlin melabuhkan kepalanya di riba Nurul.
“Aku pun tak tahu. Aku cuma tahu aku nak mama sihat seperti sedia kala. Aku tak nak lagi orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku. Cukuplah mak, nenek, atuk dan abang Hadi pergi tinggalkan aku. Hati aku ni dah tak larat nak tanggung beban ditinggalkan seorang demi seorang orang yang aku sayang. Lagipun aku dah anggap mama tu macam mak aku sendiri sebelum aku kahwin dengan abang Adam lagi.”
“Tapi semua benda takkan kekal lama, Lin. Kebahagiaan yang kau sedang rasakan sekarang mungkin akan diragut dengan lebih teruk. Kau boleh bayangkan tak kalau mama kau tahu yang kau dengan abang Adam kahwin kontrak? Aku takut akan terjadinya benda yang lebih teruk,”
Cazlin menelan air liurnya. Tiba-tiba Nurul menepuk bahunya.
“Eee, terperanjat akulah,” marah Cazlin.
“Semua ni akan selesai kalau kau jadikan kahwin kontrak korang ni suatu realiti. Korang berkahwin dalam erti kata yang sebenarnya. Kahwin untuk selama-lamanya,”
Cazlin menelan air liurnya sekali lagi. Kahwin dalam erti kata yang sebenarnya? Cazlin cepat-cepat bangun dari riba Nurul. Mereka berpandangan antara satu sama lain.
“Kau dengan abang Adam…dah….” Nurul tersenyum nakal ke Cazlin.
Cazlin mengangkat keningnya.
“Dah ape?” Cazlin cuba berpura-pura tidak tahu walaupun dia sendiri hampir menangkap maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh Nurul.
“Hai… buat-buat tanya pulak? Ala… buat benda tu… kalau kau buat gerenti dapat ni..” ujar Nurul sambil menunjukkan gaya seseorang sedang menggendong bayi.
Cazlin menepuk peha Nurul sekuat hatinya. Mukanya terasa panas. Tawa Nurul sudah menghiasi seluruh isi rumah.
“Eee. Kau ni kan.. nama pun kahwin kontrak. Mana boleh buat benda-benda macam tu?”
“Elleh, dah berapa lama korang tidur sebilik? Takkanlah kau tak tergoda langsung dengan abang Adam? Ataupun takkanlah abang Adam tak tergoda tengok kau? Ke kau pakai baju kurung masa tidur dalam bilik? Kau takde koleksi baju tidur yang seksi ke? Apalah kau ni…Eh, tapikan dulu kita ada beli sepasang baju tidur seksi. Kononnya kau dan aku akan pakai baju tu masa malam pertama. Kau simpan lagi tak?”
Cazlin cepat-cepat menutup mulut teman baiknya. Risau pula kalau abang Adam terdengar perbualan mereka. Buat malu je. Entah mengapa terasa ingin membalas kata-kata teman baiknya. Geram pula dikutuk sedemikian rupa.
“Aku pakai ape pun tetap menggoda. Tak payah nak pakai seksi-seksi.Ini Cazlin tau,”
Nurul ketawa kecil mendengar kata-kata teman baiknya.
“Sekarang bolehlah kau berlagak. Nanti dah ‘kena’ jangan kau menggelabah sudah,”
Cazlin menjeling teman baiknya yang habis-habis mahu mengusik.

Cazlin curi-curi mengintai abang Adam yang sedang khusyuk menonton televisyen. Awal-awal lagi dia sudah menyiapkan tempat tidur abang Adam di bilik arwah abangnya. So, malam ni dia merdeka. Dia menyelongkar almari pakaiannya. Hah, jumpa juga dengan baju tidur yang diperkatakan Nurul petang tadi. Masih cantik dan kelihatan baru lagi. Fuiyoo, jarang gila. Entah macam mana dia dan Nurul boleh terfikirkan idea gila dengan membeli baju tidur ini sewaktu mendapat gaji yang pertama apabila bergelar minah kilang sementara menunggu keputusan SPM.
Cazlin cuba mengunci pintu biliknya. Alah, dah rosak pula tempat kunci ni. Dia mengintai-intai abang Adam lagi. Hm, dah takde lagi Mesti dah tidur. Hehe. Bolehlah aku melaram baju tidur ni. Bila lagi? Nanti dah balik KL, mesti dah takde chance lagi. Dia pun menyarung baju tidur tersebut ke tubuhnya. Lembutnya.

Kilat sabung menyabung tepat jam 2.00 pagi hingga mengejutkan Adam Shafiq dari lamunannya dan dia dapat mendengar dengan jelas Cazlin meracau-racau memanggil arwah abangnya. Kasihannya. Cepat-cepat dia bangun dari tidurnya. Hatinya menjadi tak keruan mendengar suara Cazlin yang mendayu-dayu sebegitu.
Perlahan-lahan dia menolak daun pintu bilik Cazlin. (dari penulis-malas tol nak wat part ni..aku belum kawen..cane nak wat ni?) Kelihatan Cazlin terjatuh di tepi katil.
Dasyatnya budak ni tidur. Dah jatuh pun tak sedar langsung. Baju apa yang dia pakai ni? Ya Allah, tergugat imannya sebentar. Transparent gila. Tak pernah-pernah pakai baju macam ni. Owh, mentang-mentang aku tidur tempat lain. Dia cepat-cepat mencempung tubuh Cazlin hingga ke atas katil. Sewaktu dia meletakkan Cazlin perlahan-lahan di atas katil, tiba-tiba kilat sabung menyabung lagi. Cazlin memeluk tubuhnya erat. Malah dia dapat merasakan tubuh isterinya itu menggigil ketakutan. Perlahan-lahan dia baring di sebelah isterinya. Saat itu, dia melihat mata Cazlin terbuka dan memandang wajahnya. Cazlin mengusap lembut wajah Adam. Adam mengucup dahi Cazlin. Lantas diraih Cazlin ke dalam pelukannya. Malam pun berlalu melakar detik terindah mereka berdua.
Cazlin mencampakkan apa sahaja yang berdekatan dengannya ke arah Adam Shafiq.Sebaik sahaja dia bangun dari tidur, alangkah terkejut dirinya apabila melihat dirinya memeluk abang Adam. Apa yang membuatkan dirinya benar-benar terkejut ialah baju tidur yang disarungnya malam tadi tidak lagi berada di tubuhnya. Argh, apa yang terjadi?
“Lin, please… cool okay. Abang..” Sekejap-sekejap Adam Shafiq berlari ke kiri dan ke kanan untuk mengelak dari terkena barang-barang yang dibaling oleh Cazlin.
“Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa kita buat ‘tu’?” Cazlin jatuh terduduk. Dia menekup wajahnya. Dia memeluk kedua-dua lututnya. Kenapa aku terlalu lemah? Kenapa aku kalah pada perasaanku sendiri?
Adam Shafiq menghampiri isterinya. Dia cuba memeluk tubuh isterinya. Namun Cazlin meronta-ronta. Dia mencuba sedaya upaya menolak tubuh abang Adam. Namun kudratnya tidaklah sekuat itu. Makin kuat dia meronta, makin kuat abang Adam memeluknya. Akhirnya dia menangis di dakapan abang Adam. Kucupan abang Adam singgah lembut di ubun-ubun kepalanya.
“Abang cintakan, Lin. Selama ni abang ego dengan perasaan abang sendiri. Abang menafikannya. Abang tak tahu kenapa abang terlalu malu nak mengaku perasaan abang sendiri. Abang cuma nak Lin seorang sahaja. Abang nak Lin teman abang untuk seumur hidup abang. Izinkan abang jaga Lin sampai bila-bila. Izinkan abang berada di sisi Lin sampai bila-bila.”
Cazlin merenung suaminya. Sesekali dia tersedu-sedu. Tiba-tiba dia menangis teresak-esak. Malah tangisannya kini lebih kuat.
Adam Shafiq kalut. Aku salah cakap ke? Adam Shafiq menyentuh lembut dagu isterinya. Dia mengucup lembut kedua-dua mata isterinya yang basah dek air mata. Cazlin memeluknya. Erat. Adam Shafiq membalas pelukan isterinya. Berkali-kali dia mencium ubun-ubun isterinya. Dia mengeratkan lagi pelukannya.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn