BAB 6
Hana melihat jam di tangannya.Mana pula Adam ni?Adam sudah berjanji dengannya untuk menjemputnya di lapangan terbang.Hish, lupa lagilah tu.Tak mengapa.Ramai lagi yang nak jemput aku.Jari jemarinya yang runcing pantas mendail nombor Fahrin.
“Hello, dear…”

Adam menepuk dahinya.Alamak, macam manalah aku boleh lupa?Patutnya aku pergi jemput Hana kat airport..Adam melihat jam di tangannya.Dia sudah terlewat selama dua jam.Tapi Cazlin?Takkan nak bawa dia pergi airport sekali kot?Dia tak trauma ke nak pergi airport?Aduh, macam mana ni?
“Kenapa muka macam ayam berak kapur ni?Abang ada urusan lain ke?Takpelah, abang pergilah.Lin boleh balik sendiri,”
Adam menarik tangan Cazlin yang ingin berlalu pergi.
Cazlin menarik tangannya dari Adam.Hatinya berdebar-debar.
“Err, sorry.Abang nak ambil kawan abang kat airport sebenarnya.Abang juga takkan biar Lin balik sendiri.Itu janji abang pada Lin dan pada mama,”
Cazlin menarik tangan Adam.
“Jom.Kita pergi ambil kawan abang,”Cazlin memandang Adam dengan senyuman yang paling manis.Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Lin tak kisah ke?Abang tak nak buat Lin teringat tentang kejadian…”
Cazlin menarik tangan Adam lagi hingga bangun dari kerusi yang diduduki Adam.
“Lets go…”

Puan Sri Saleha menuang air teh ke dalam cawan perak yang dibelinya dari Britain.Dia melemparkan senyum buat suaminya yang sedang sibuk membaca buku yang bertajuk ‘Lambaian Kaabah’ .
“Abang…”
“Em…”
“Abang!!”
Tan Sri Latif menutup buku yang dibacanya.Kenapalah pula dengan isterinya yang satu ini?
“Ada apa yang?Mesti ada apa-apa ni,” ujar Tan Sri Latif sambil menyambut huluran cawan yang berisi air teh panas itu.Dihirupnya perlahan-lahan.
“Saya nak satukan Adam dengan Cazlin,”
Tan Sri Latif tersedak.Puan Sri Saleha menepuk-nepuk perlahan belakang suaminya.
“Awak ni biar betul.Awak ingat ni zaman dulu-dulu ke, orang tua boleh tentukan jodoh anak-anak.Nanti apa pula kata Cazlin.Kita yang pandai-pandai nak tentukan jodoh dia.Adam pula dah tergila-gilakan bintang popular si Hana tu.Ish, mengarutlah sahaja,”
“Saya ada cara macam mana nak lembutkan hati budak berdua tu.Saya yakin budak berdua tu ada jodoh.Adam tak nampak intan yang ada di depan mata dia.Suatu hari nanti dia akan sedar juga Hana bukan wanita yang baik untuk dia,”
“Saya tahu.Saya sendiri pun memang kurang berkenan dengan budak Hana tu semenjak dia jadi Bintang Popular.Tapi budak berdua tu dah bercinta sejak zaman sekolah.Bolehkah Adam menerima Cazlin?Saya tak nak hidup Cazlin hancur kerana kehendak kita,”
Puan Sri Saleha menggenggam tangan suaminya.
“Abang cuma kena percaya pada saya.Saya dah ada rancangan macam mana nak buat budak berdua tu ikut cakap kita.Kuasa ibu pasti mengatasi segalanya,” Puan Sri Saleha berkata-kata dengan yakinnya.Jauh di sudut hatinya dia berharap segala-galanya akan berjalan seperti yang dirancang.




BAB 7
Adam yang sedang memandu memandang Cazlin yang berada di sebelahnya.Dia kagum dengan gadis ini.Gadis ini sukar sekali untuk menunjukkan ekspresi wajah yang sedih.Bagai tiada apa-apa pun yang berlaku.Namun, sewaktu gadis itu sedang nyenyak tidur, dia dapat melihat dengan jelas sekali wajah sedih gadis yang merindui abangnya.Terlalu sedih.Hm, tengoklah tu siap boleh main lukis-lukis kat cermin keretanya yang berkabus.Apa yang dia tulis tu?
‘ Jangan pandang Lin !! ’.
Adam menelan air liurnya.Dia perasan ke?Ceys.
Cazlin tersenyum.Padan muka.Dari tadi dok belek muka aku.
Tiba-tiba telefon bimbit Adam berbunyi ringtone Dibius Cinta nyanyian Melly Goeslow dan Yusry KRU.Adam menjawab panggilan tersebut dengan handsfree miliknya.Handsome juga brader ni.Matanya cukup memukau pandangan sesiapa sahaja yang memandangnya.Macam Aaron Aziz iaitu pelakon dari Singapura.Adam memberhentikan keretanya secara mengejut di bahu jalan.Cazlin mengurut-urut dadanya.Dia memandang Adam.


Cazlin membatukan dirinya sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah.Tidak berani dia hendak memandang wajah Adam yang sedang menyinga.Mereka baru sahaja pulang dari hospital.Hana terlibat dalam kemalangan jalan raya.Tatapi apa yang membuatkan Adam menyinga ialah Hana kemalangan bersama dengan seorang pelakon tanah air iaitu Fahrin Akmal. Khabarnya Hana cedera teruk di bahagian muka.Pelakon lelaki itu pula hanya cedera ringan.
Adam menghentak stereng keretanya.Cazlin tersentak.Takutnya.Sabar Cazlin.Orang tengah stress.Apa guna belajar ilmu psikologi kalau tak boleh nak memahami orang lain.
Adam menarik nafasnya panjang-panjang.Sampai hati Hana memperlakukannya sebegini rupa.Bukankah dia yang akan menjemput Hana ? Kenapa Hana bersama dengan Fahrin pula ? Aku mencintainya sepenuh hati.Aku tak pernah berasa begini dengan perempuan lain.Tapi kenapa dia permainkan aku?Kenapa?Kenapa?
Telefon bimbit Adam berbunyi lagi.Adam menjawabnya dengan malas-malas.
Sekali lagi Adam memberhentikan keretanya di bahu jalan.Ya Allah.Boleh mati sakit jantung aku macam ni.Cazlin mengurut-urut dadanya.Bengang pula aku dengan brader ni.Sabar lin..sabar.
“Mama kena heart-attack,” ujar Adam perlahan.Dia memecut keretanya selaju mungkin.
Adam dan Cazlin duduk di sisi Puan Sri Saleha yang terbaring lemah.Adam mengucup ubun-ubun ibunya.Cazlin menggenggam erat tangan Puan Sri Saleha.
Puan Sri Saleha membuka matanya perlahan-lahan.Dia menyentuh wajah Adam.Lembut.
“Apa kata doktor, papa?”
Tan Sri Latif berwajah muram.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Penyakit mama kamu semakin teruk akhir-akhir iniDoktor Rushd baru sahaja pesan yang kita tak boleh buat mama kamu susah hati atau berada dalam keadaan tertekan kerana keadaan itu hanya akan membuatkan mama kamu menjadi lebih lemah..Papa pun dah suruh Ona dan Oni balik cepat.Papa nak kita sekeluarga habiskan masa-masa yang lebih berharga dengan mama kamu,”
Adam memeluk mamanya.Puan Sri Saleha mengusap lembut rambut anaknya.
“Adam…”panggil Puan Sri Saleha perlahan.Kemudian dia terbatuk kecil.Adam menggenggam erat tangan ibunya.Diciumnya berkali-kali.Dia merenug wajah ibunya.
“Lin..”
Cazlin menganggukkan wajahnya sambil memandang wajah Puan Sri Saleha.Air matanya sudah membasahi pipi sejak dari tadi.Dia belum puas merasakan kasih Puan Sri Saleha.
“Boleh tak mama nak minta sesuatu dari kamu berdua?” Puan Sri Saleha menguatkan lagi batuknya.
“Apa sahaja, mama.Anything for you,”ujar Adam tanpa ragu-ragu.Cazlin menganggukkan kepalanya.
“Sebelum mama menutup mata…mama nak lihat kamu berdua bahagia..”
“Lin akan hidup baik-baik, mama.Abang Adam pun sama.Mama jangan risau.Mama akan sembuh.Mama tak apa-apa.Mama akan sihat macam biasa lagi selepas ni.Mama berehatlah,”
“Mama nak Adam mengahwini Lin.Mama tak mintak apa-apa lagi selain daripada ini,”
“Apa sahaja untuk mama.Adam sanggup!!”
Cazlin mengesat air matanya.Cazlin menelan air liurnya.Terasa kelat.Biar betul!!

0 comments:

Post a Comment

no talipOn