Cazlin menyuap makanan ke dalam mulutnya perlahan-lahan. Dia memandang abang Adam di hadapannya yang khusyuk menikmati makanannya. Pelik. Abang Adam menjemputnya sebaik sahaja habis kelas. Kemudian membawanya keluar untuk makan tengahari.
“Lin suka makan aiskrim tak?”
“Suka. “
“Perisa apa?”
“Keladi. Kenapa?”
“Kerja Lin hari ni cuma menjawab sahaja pertanyaan abang. Lin juga kena ingat apa yang abang suka dan tak suka. Yelah, nanti kalau ada orang tanya, senanglah Lin nak jawab.”
Cazlin memandang pelik abang Adam. Apa kena dengan orang tua ni?
“Lin suka warna apa?”
“Putih,”
“Abang suka warna pink.”
Cazlin tersedak semasa menelan makanannya. Cepat-cepat dia meneguk jus orange di hadapannya. Abang Adam menepuk-nepuk bahunya. Cazlin memandang abang Adam. What happened to this old man? Tiba-tiba suka warna pink. Masa kahwin hari itu, bukan main benci lagi dengan warna pink. Tak sesuai la. Tak cukup jantan la. Siap kutuk-kutuk aku lagi tu. Berbakul-bakul aku kena kutuk dengan dia.
“Bukan abang tak suka…”
“Pink color makes me cute.”
Cazlin tersedak lagi semasa leka menyedut jus orange.Ya Allah, ada juga manusia jenis ni kat dalam dunia ni. Cute? Gila perasan betul. Tapi masa abang Adam pakai tuxedo pink tempohari, memang kacak habis. Yelah, bukan semua lelaki sesuai memakai pakaian yang berwarna pink. Abang Adam memang hensem gila sewaktu majlis persandingan meraka. Tapi, sejak bila dia jadi perasan gila ni?Peh, muka selamba je suap makanan dalam mulut dia. Yakin betul yang dia cute. Hesy…
“Tempat yang Lin ingin sangat pergi? Lin betul-betul dan ingin sangat pergi…”
Cazlin terpaku. Dia menarik nafasnya panjang-panjang.
“Kampung.”
Adam merenung wajah Cazlin yang kini bertukar mendung. Tiba-tiba abang Adam meletakkan sekeping duit kertas bernilai RM50 di atas meja dan menarik Cazlin keluar dari restoran tersebut.
Cazlin memandang abang Adam yang sedang memandu disebelahnya. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Kita nak pergi mana?”
“Balik kampung Lin,”
Serentak mereka berdua bercakap.
“Balik kampung Lin? Nak buat apa? Lin ada kuliah lagi petang nanti. Dahlah tak bagitau mama, papa…”
“It’s, Lin isteri abang. Mama dengan papa takkan nak marah abang nak bawa isteri abang pergi balik kampung dia sendiri. Kuliah? Hmm, Lin terpaksalah ambil MC selama seminggu mulai daripada hari ini. We were going to spend the whole week at your beloved hometown.”
“Mana boleh. Lin…”
“Isteri tak boleh lawan cakap suami.”
Cazlin melangkah masuk ke dalam rumah arwah neneknya. Segala-galanya masih tersusun di tempat biasa. Tiada apa-apa yang berubah. Apa yang berubahnya adalah mereka yang disayangi telah pergi meninggalkannya. Mula-mula datuknya pergi meninggalkannya akibat sakit tua. Kemudian nenek pula pergi kerana semput. Selepas itu, abangnya pula mengikut jejak langkah mereka pulang ke rahmatullah. Abang Adam memegang bahunya. Seolah-olah memberikan kekuatan.
“Takde makanan dalam rumah ni. Abang tunggu petang sikit ye. Lin pergi pasar malam nanti. Lin nak beli sikit barang-barang basah, dan sayur.”
“Kita pergi sama-samalah.”Abang Adam melemparkan senyum paling manis buatnya. Ya Allah, hensemnya abang Adam. Abang Adam ni saja je buat senyum menggoda tu.Oh, lupa pula. Dia kan perasan diri dia cute. Haha.
Sebaik sahaja mereka berdua memasuki pasar malam, abang Adam memegang erat tangannya. Cazlin mahu menarik tangannya. Namun, pegangan abang Adam yang begitu kemas menghalangnya dari berbuat begitu. Ai, abang Adam ni. Dia ni betul-betul nak cari pasal dengan aku ni. Dia ingat ni shopping complex? Nak jalan-jalan kena pegang tangan. Biar aku tunjuk dia pasar malam kampung Bukit Senduduk.
Mereka pun meneruskan perjalanan mereka di pasar malam tersebut. Cazlin mencuba sedaya upaya menyembunyikan gelaknya. Tidak tertahan hatinya melihat abang Adam dihimpit manusia-manusia yang bersesak di pasar malam. Haa, padan muka. Ingat senang nak jalan kat pasar malam Bukit Senduduk? Pasar malam paling popular kat Daerah Melaka Tengah. Tempat untuk mendapatkan barang paling murah, dan jarang apa yang dicari di pasar malam ini tidak dapat ditemui. Tiba-tiba abang Adam terlanggar seorang wanita yang berbadan agak gempal. Terlanggar pula di bahagian dada wanita tersebut.
“Maafkan saya. Tak sengaja,”
“Apa maaf-maaf? Dasar jantan gatal.” Ujar wanita tersebut lalu memijak kaki abang Adam. Cazlin cepat-cepat mendapatkan abang Adam.
“Maafkan saya, suami saya ni rabun dekat.” Cazlin memohon maaf kepada wanita tersebut sambil memaut lengan abang Adam. Adam memandang Cazlin. Rabun? What? Namun melihat wajah bengis wanita tersebut dia mengiakan sahaja. Cukuplah kakinya sahaja yang dipijak.
“Laa… iye ke? Kesian. Muda-muda lagi dah rabun ye. Muka je macam Aaron Aziz. Rabun rupanya. Pimpin tangan suami tu. Kesian dia. Maafkan makcik ye, nak. Ingatkan dia ni nak menggatal tadi.” Wanita itu pun berlalu.
Menggatal? Fuh, sabar jelah. Muka aku ni memang ada chance pegang watak antagonis dalam filem Rosyam Nor agaknya. Cukuplah Cazlin sahaja yang melabelnya perogol. Kini mukanya yang hensem ni sudah dapat cop muka menggatal.
Cazlin memandang abang Adam. Kemudian dia tersengih bagai kerang busuk. Adam pula hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Lin!!!” seseorang memanggil nama Cazlin dengan kuatnya. Cazlin dan Adam Shafiq mencari-cari pemilik suara tersebut.
“Nurul!!!”
Aku memandang abang Adam yang sedang membelek-belek tanganku. Dia memandangku.
“Kenapa cuai sangat? Nasib baik tak jadi apa-apa,”
Aku menarik tanganku dari pegangannya perlahan-lahan. Aku mula bergerak ke bilik air. Moga-moga abang Adam tidak bertanya dengan lebih lanjut bagaimana aku boleh terjebak dalam kemalangan tersebut. Matilah aku nanti. Apa yang harus aku jawab?
“Macam mana Lin boleh cuai sangat. Bas punyalah besar takkan Lin tak perasan? Lin ni macam orang kena kejar je…”
Oops. Aku dah kata dah…
Akhirnya terpaksa juga aku menjelaskan segala-galanya kepada abang Adam. Dasar tak tahu nak kelentong langsung.
Abang Adam ketawa berdekah-dekah. Aku memandangnya pelik. Kenapa dia gelak? Takkan dia tak jealous langsung isteri dia kena tackle dengan lelaki lain. Sedikit sebanyak hatiku tersentuh dengan perbuatan abang Adam. Dia takde perasaan langsung kat aku ke? Eh, untuk apa aku berperasaan begini? Bukannya aku suka kat dia pun.
“ Lin ni allergic sangat ke dengan lelaki? Apa salahnya Lin kenal-kenal dengan dia dulu. Rasanya dia lelaki yang baik. Kalau tak takkanlah dia sanggup selamatkan Lin sampai macam tu sekali. Abang tak nak Lin terlalu mengharap pada perkahwinan kita. Jangan bimbang soal status Lin. Pandai-pandailah abang uruskan nanti,” abang Adam melemparkan senyum kepadaku.
Entah kenapa hatiku bagai dihiris-hiris dengan belati yang tajam. Dihiris-hiris hingga menjadi kepingan yang paling kecil. Seolah-olah aku langsung tidak berharga pada abang Adam. Kenapa aku harus merasakan perasaan begini? Kenapa? Adakah aku berharap untuk menjadi miliknya? Tidak. Mungkin Cuma mainan perasaan. Mungkin aku terlalu merindukan along. Hingga aku sendiri tersilap mentafsir kasih sayang abang Adam terhadapku.
“Sampai bila agaknya Lin akan jadi isteri abang ye?”
Adam yang sedang membelek akhbar News Straits Times menghentikan pembacaannya. Perkataan ‘isteri’ yang disebut Cazlin kedengaran begitu lain pada pendengarannya. Dia memandang wajah Cazlin. Mata Cazlin memandang tepat ke arahnya. Pandangan mata Cazlin seakan-akan memanah jauh hingga ke sudut hatinya yang terdalam. Adam menggeleng-gelengkan kepalanya. Cuba mengusir jauh perasaan ‘semacam’ yang singgah sebentar di sudut hatinya.
“Abang tak pasti sampai bila, tapi kita akan cari jalan. Yang penting, kita dahulukan kesihatan mama.”
Cazlin mengangguk-anggukkan kepalanya.
Adam terjaga dari lenanya. Tidurnya terganggu. Dia terdengar suara Cazlin meracau-racau.
“Along…along…jangan pergi.”
Adam mengusap wajah Cazlin. Dielus lembut rambut Cazlin. Cazlin masih merindukan arwah abangnya. Namun sedikit pun tidak pernah diluahkan melalui kata-kata. Seperti biasa, Cazlin memeluk tangannya. Adam ketawa kecil melihat perlakuan Cazlin. Tiba-tiba Cazlin mengeratkan lagi pelukannya hingga menarik tubuhnya pula. Wow, ini sudah lebih.
“Lin….Lin…” Adam cuba mengejutkan Cazlin. Huh, dasar tidur mati. Adei, tak sampai hati nak kejut pulak melihat wajah Cazlin yang nyenyak tidur.
Jantung Adam berdegup kencang. Kiranya aku sedang tidur sekatil dengan seorang perempuan. Hai, peluk aku pulak tu. Perlahan-lahan dia mengusap wajah Cazlin.Keningnya yang terbentuk cantik tanpa dicukur. Pipinya yang lembut hinggalah ke bibirnya. Benarkah dia isteriku? Entah kenapa terasa satu perasaan halus yang menyelimuti hatinya kini. Satu perasaan yang tidak pernah dirasakannya ketika bersama dengan Hana. Sungguh tenang apabila Cazlin di sisinya. Malah di dakapannya kini. Dia mengeratkan pelukannya. Rasa sayang itu semakin mencengkam dirinya.
BAB 13
Adam yang sedang tekun menyemak dokumennya tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan Hana Nadia. Kak Nadey a.k.a Nadirah selaku setiausaha Adam Shafiq hanya mampu memandang. Dia tidak mampu untuk menghalang Hana Nadia daripada masuk.
“ Assalamualaikum. MAafkan Hana sebab terpaksa masuk macam ni. Hana terpaksa juga buat macam ni sebab ini sahaja cara Hana boleh jumpa Adam. Hana janji takkan ganggu Adam lagi selepas ni,”
Adam menarik nafasnya panjang-panjang. Kemudian melepaskannya. Dia memandang wajaha yang amat dirinduinya selama ini. Ayu berbaju kurung putih. Tidak pernah pula Hana memakai baju kurung selama ini. Sejak tamat dari zaman persekolahan.
“Waa’laikumussalam. Ada apa lagi Hana? We’re finished,”
Hana tersenyum. Namun sedikit kelat.
“Terlebih dahulu Hana nak minta maaf atas segala yang telah Hana lakukan pada Adam selama kita bersama. Hana turut bahagia melihat Adam mendapat wanita yang lebih baik daripada Hana. Hana cuma nak melihat Adam buat kali terakhir. Hana harap Adam hiduplah baik-baik. Jaga isteri Adam baik-baik.”
Adam tersentuh mendengar setiap lafaz kata dari wanita yang pernah dicintainya. Itulah Hana Nadia yang dikenalinya 11 tahun yang lalu. Lembut tutur katanya, manja dan pandai mengambil hatinya. Namun benarkah wanita di hadapannya ini sudah berubah? Entah mengapa wajah Cazlin terbayang di ruang matanya. Hilang segala rasa sayangnya pada Hana Nadia. Apatah lagi rasa sayang itu sudah tidak sehangat dulu. Rindu itu tidak menggebu lagi seperti dahulu. Rindu pada Cazlin menggamit hatinya. Cintanya kini semakin melimpah ruah.
“Hana tak nak jumpa Adam lagi ke?”
Hana Nadia memandang wajah Adam. Terkejut dengan reaksi Adam. Sangkanya Adam Shafiq masih membencinya.
“Hana malu dengan diri sendiri. Hana tak layak lagi berdepan dengan Adam setelah apa yang telah Hana buat pada Adam.”
“Tapi kita boleh jadi kawan. Macam dulu-dulu. Mungkin hubungan kita akan lebih baik bila kita jadi kawan. Semua orang pernah buat salah. Sebagai manusia, kita tak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Apatah lagi melarikan diri dari kesilapan tu. Adam tak nak sia-siakan keikhlasan Hana untuk berubah. Apatah lagi kalau itu boleh buat Hana menjadi manusia yang lebih baik.”
“Betul ke?” Hana memandang wajah Adam seakan-akan tidak percaya.
Adam Shafiq melemparkan senyum manis buat Hana Nadia.
Ayuna melihat jam di tangannya.Sudah berkali-kali dia melihat ke arah pintu restoran.Setelah hampir sepuluh minit menanti akhirnya orang yang dinanti muncul jua iaitu Kak Hana.
“Maafkan akak terlambat.Yun sihat?”ujar Hana Nadiah sambil melemparkan senyum mesra buat Ayuna.
Ayuna terpaku melihat wajah Kak Hana.Semua kesan parut sudah hilang.Malahan, hidung Kak Hana bertambah mancung.Plastic surgery!!!
“Yun sihat.Ada apa akak nak jumpa Yun?”
“Apa khabar kakak ipar Yun?Mesti seronok dapat kakak ipar baru kan?”
Ayuna tersenyum sinis.
“Yun lebih suka kalau akak yang kahwin dengan abang Adam.Boringlah dia tu.Berlagak baik depan mama dan papa.Semua orang sanjung-sanjung dia sangat.Entah apa yang baik tentang dia agaknya.Come on, kak.Takkan akak nak biar sahaja perkara ni. Akak nak lepas abang Adam macam tu je ke?”
Hana Nadiah menangkat keningnya.Rancangan semakin sempurna.Apatah lagi dengan pertolongan Ayuna, adik kandung Adam sendiri.Sudah tentu hanya aku yang layak bergandingan dengan Adam Shafiq.Bukannya perempuan tak guna tu.Kalau tidak kerana kejadian tempohari pasti keadaan tidak menjadi kusut begini.Kalaulah aku sabar sikit.Kini Fahrin pula mengejar pelakon baru yang sedang meletup-letup iaitu Farra Fazira.
“Yun sanggup tolong akak ke?Yun tak takut?”
“Apa sahaja untuk akak.Lagipun Yun betul-betul terhutang budi dengan akak.Akak pernah tolong Yun dulu.Sekarang giliran Yun pula.Em, ada apa yang akak nak Yun buat?”
Hana Nadiah tersenyum.Apalah sangat pertolongannya kepada Ayuna dahulu.Setakat membantu Ayuna menggugurkan kandungannya? Doesn’t really matter.Kesian dengan si Ayuna.Umur baru sahaja 18 tahun ketika itu, tapi sudah pandai melakukan perkara terkutuk tersebut.Kiranya keturunan Tan Sri Latif bukannya baik-baik sangat.Kalaulah Puan Sri Saleha dapat tahu.. terus gol orang tua tu.
“Buatlah apa sahaja asalkan perempuan tu tersingkir dari keluarga Yun.Rasanya tak susah apa yang akak minta kan?”
“Ok..senang sangat.Yun takkan kecewakan akak..”
Cazlin menutup buku Personalitinya.Dia menguap.Matanya semakin berat.Kalaulah dia masih menginap di kolej kediamannya, pastinya dia sedang berpesta sakan dengan Dayang dan Wawa sambil menikmati mee maggi beramai-ramai.Setiap mereka akan memasak perisa magi yang berlainan.Jadi, bolehlah mereka saling bertukar rasa.Hmm, rindu pula pada masa dahulu.Sekarang? Dia menoleh abang Adam yang sedang nyenyak tidur.Hai, geramnya melihat insan lain yang sedang lena dibuai tidur.Dia meneruskan pembacaannya lagi.Perutnya berkeroncong.Akhirnya dia membuat keputusan untuk turun ke bawah membuat susu coklat.
Cazlin terserempak dengan Ayuna yang sedang menonton televisyen.Cazlin mendekati adik ipar yang sebaya dengannya itu.
“Una tak tidur lagi?Tengok cerita apa?” soal Cazlin mesra.
Ayuna menjeling Cazlin.Dia tidak menjawab pertanyaan Cazlin.Cazlin pula berusaha menegur Ayuna sekali lagi.Niatnya untuk berbasa-basi dengan Ayuna dipandang sepi.
“Lin nak buat air susu coklat.Em, Una tunggu kejap ye.Lin buatkan untuk Una sekali,”
Cazlin terus berlalu ke dapur.Tidak lama kemudian dia kembali dengan dua buah cawan di tangannya.Cazlin menghulurkan cawan kepada Ayuna.Ayuna memandang wajahnya dengan pandagan sinis sambil memandannya dari atas ke bawah.
“Aku tak pernah anggap kau kakak ipar aku.Aku juga tak nak ada apa-apa ikatan dengan perempuan macam kau.Kau tak layak jadi kakak ipar aku.Bagi aku hanya kak Hana sahaja yang layak dengan abang Adam.Kau jangan perasanlah,”
“Owh, ye ke? Kiranya Una perasanlah juga kehadiran Lin dalam rumah ni?Alhamdulillah,”
“Aku tak suka dengan kau.Sampai bila-bila..Kau jangan berharaplah kau akan berada di dalam rumah ni untuk tempoh yang lama.Aku akan pastikan kau sendiri yang akan keluar dari rumah ni dengan sendirinya.”
“Hai, siapalah yang sebenarnya yang perasan ek?Ada Lin minta Una suka pada Lin?Cukuplah abang Adam yang suka pada Lin.Kalau Una yang suka pada Lin…bahaya!Lagipun Lin takde taste lah kat kaum sejenis Lin.Nite..” ujar Lin lalu meninggalkan Ayuna sendirian di ruang tamu.
Ayuna menggigit bibirnya.Tunggulah… hari kau pasti akan tiba Cazlin.
BAB 11
Adam menyentuh bahu Cazlin yang sedang sibuk menelaah buku sejak dari selepas solat subuh tadi.Cazlin menoleh.Cepat-cepat dia menutup matanya setelah apa yang dilihatnya.
“Apa abang buat ni?Pergilah pakai baju…”Jerit Cazlin selepas melihat Adam yang hanya bertuala mandi.Adam ketawa terbahak-bahak.
“Eh, ni bilik abang.Suka hati abanglah.Abang nak bogel pun abang punya sukalah.Hari tu Lin pakai macam abang juga.Abang tak marah pun.Abang lagi suka,”Adam tergelak lagi.
“Hari tu Lin tak sengaja la.Bukan Lin suka-suka tau.Pergilah pakai baju,”Cazlin menolak-nolak tubuh Adam sambil menutup matanya dengan sebelah lagi tangannya.
“Macam mana abang nak pakai baju.Lin tak gosok pun baju kerja abang.”
Cazlin membuka matanya.Adam menghulurkan bajunya kepada Cazlin.
Macam mana aku boleh lupa nak gosok baju kerja mamat ni.Adei, lepas tu boleh pula tayang badan kat aku.Ceys.Aku juga yang berkeras nak gosokkan baju kerja abang Adam.Aku yang tak bagi si Yanti tu gosok baju abang Adam.Yelah, aku tau tanggungjawab aku sebagai isteri.Walaupun kami berdua Cuma berpura-pura, tapi kenalah bagi real sikit.Isteri yang solehah la kononnya.Tapi andai kata aku berkahwin betul-betul suatu hari nanti, inilah perkara yang wajib aku buat.Takpe..takpe..practice make perfect Cazlin.Cazlin mencuri-curi melihat abang Adam yang sedang membelek kertas kerjanya.Boleh pula belek-belek kertas kerja dengan berpakaian tuala sahaja.Tak senonoh.Ingat seksi sangatlah tu.Piraah.Tapi kan…tough gila badan abang Adam.Betul-betul macam badan Aaron Aziz.Eh, diorang ni kembar ke?Haha…
Cazlin menelan cekodok pisang buatan Yanti.Em, sedapnya.Abang Adam hanya sempat menghirup air di dalam cawannya.Lalu cepat-cepat dia bersalam dengan mama.Tiba-tiba dia memanggil namaku.Apa lagi mamat ni mahu?
“Lin,” Adam menunjukkan kolar bajunya.Tangannya pula memegang tie yang belum diikat.Sengaja dia ingin bermanja dengan Cazlin di hadapan keluarganya.
Cazlin menelan air liurnya.Ikat tie?Manalah aku tau?Apasal pula mamat ni buang tabiat pagi-pagi buta ni suruh aku ikat tie?Cazlin menyambut tie dari abang Adam..Dia melihat tie tersebut.Terkebil-kebil dia memandang abang Adam meminta simpati.
“Nanti belajar ikat tie tau,” abang Adam mengambil tali leher dari tanganku lalu mencium lembut dahiku.Dia pun berlalu pergi.Aku terpegun.Kurasakan bagai darah merah menyerbu naik ke mukaku. Aku memandang mama, dan papa.Mama hanya tersenyum pada papa.Abang Adam ni memang tau!!!
Cazlin melangkah masuk ke dalam Perpustakaan Tun Sri Lanang.Dia sudah berjanji untuk membuat perbincangan dengan rakan-rakannya iaitu Diana, Yatt dan Eka.Dia melihat jam di tangannya.Masih awal lagi.Dia membuka begnya untuk mengeluarkan buku Statistik.Entah bagaimana begnya terlepas dari tangannya.Perlahan-lahan Lip Care Nivea miliknya bergolek keluar dari begnya.Lip Carenya berhenti betul-betul di hadapan seorang lelaki.Argh, kenapa perkara sebegini selalu terjadi kepada dirinya.Dia cepat-cepat mahu mengambil Lip Carenya, namun tangannya bertembung pula dengan tangan lelaki tersebut.Matanya bertembung dengan mata lelaki tersebut.Hee, cutenya.Lelaki tersebut cepat-cepat menarik tangannya.Cazlin mengambil Lip Carenya dan menyimpannya elok-elok di dalam begnya.
Lelaki tersebut tersenyum padaku.Dia kelihatan malu-malu.Dia menggaru-garu kepalanya.Aku? Apa yang harus aku lakukan?Aku melemparkan senyumanku yang paling manis.Seperti biasa..berlagak ayu.Wakaka.
“Hai, saya Daniel Hariz.Panggil Dan(pronoun nye ialah then) je. Em, sorang je ke?”
“Tak.Saya tengah tunggu kawan-kawan saya.Thanks sebab tak terpijak lip care saya,”
Dan tersenyum dan dengan selambanya dia mengambil tempat duduk di sebelahku.
Aku cepat-cepat meletakkan begku di kerusi yang hendak didudukinya.Dia menunjukkan reaksi terkejut dengan tindakan drastikku.
“Takde orang pun duduk kat kerusi tu?”
“Ade,”
“Mana ada? Saya tak nampak pun.Dari tadi saya tengok awak duduk sorang je.”
“Kejap lagi kawan-kawan saya sampai.Saya nak buat group discussion dengan diorang.Meja ni ada 6 kerusi.Satu untuk saya dan yang selebihnya untuk kawan-kawan saya.Awak carilah tempat lain ye.Sori…” aku menelan air liurku.Bohong sunat.Terpaksa.Inilah aku.Cukup susah nak bersosial dengan lelaki.Jual mahal atau malu aku pun tak tahu.
“Iye ke?Saya nak duduk jugak.Kalau kawan awak dah sampai, saya akan cari tempat duduk lain.Ok?” dia mengambil tempat duduk di hadapanku.Dia juga dengan selambanya membuka buku dan meneruskan pembacaannya tanpa mempedulikanku.Ceys..Aku kehilangan kata-kata.Takkan aku pula yang perlu bangun?Aku yang duduk dulu.Sedikit pun dia tidak memandangku.Aku pun meneruskan pembacaanku.Sekali sekala mataku nakal memandang ke arahnya.Ceh, khusyuk sangatlah tu.
Hampir sejam aku menunggu Diana, Yatt dan Eka.Namun tiada tanda-tanda mereka akan muncul.Sudah berpuluh Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang aku hantar.Namun tiada balasan.Mana pulak perginya diorang ni? Tak pernah-pernah buat macam ni.Aku sudah naik segan dengan mamat di hadapanku ini.Mesti dia ingat aku kelentong dia.Wakenabeb!!!
“Saya tahu kawan-kawan awak tak datang,”
Aku memandangnya.
Dia juga memandangku.
“Diorang tak nak datang sebab awak ada kat sini!!!” aku mengemas barang-barangku.Rahsiaku sudah pecah.Baik aku beredar dari sini.
“Betul cakap awak.Diorang tak datang sebab saya ada kat sini…”
Aku berpaling ke arahnya.Pelik kerana dia mengiakan kata-kataku.
“Cazlin Amalina… saya nak kenal dengan awak.Saya nak tackle awak.”
Aku cepat-cepat berjalan ke pintu keluar dan meninggalkan lelaki tersebut.Gila.Baru jumpa dah nak kenal.Eh, aku bini oranglah.Tapi, still available la.Aku menoleh ke belakang.Alamak, dia kejar akulah.Aku mempercepatkan langkahku.Aku menuruni anak tangga Perpustakaan Tun Sri Lanang.Tanpa melihat ke kiri dan kanan aku cepat-cepat melintas untuk menuju ke arah bus stop.Aku mendengar bunyi hon yang amat kuat hingga membingitkan telingaku.
Sedar-sedar sahaja aku sudah berada di tepi jalan. Dia iaitu Dan telah menyelamatkanku. Dan menyentuh bahuku.
“Awak ok tak? Sakit ke?” Dan menyentuh dahiku yang luka. Baju kurung yang aku pakai juga koyak di pergelangan tanganku. Dan cepat-cepat membuka jaketnya dan menyarungkan ke tubuhku. Aku masih terkejut dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Rasa macam mimpi je. Tiba-tiba aku berasa marah dengan lelaki tersebut. Aku menolak lelaki tersebut.
“ Kenapa awak kejar saya? Kalau awak tak kejar tadi, saya tak jadi macam ni,”
Tiba-tiba datang rakan-rakanku mendapatkanku. Yatt mendapatkanku. Dia memapahku bangun.
“Sori Lin. Kitorang yang salah sebenarnya…”
“Chop, apa-apa hal nak cerita pun tunggu lepas ni. Yang penting kita bawa Lin dapatkan rawatan dulu.” Dan memotong kata-kata rakan-rakanku. Pantas sahaja dia mendapatkan keretanya.
Aku melihat tangan dan dahiku yang berbalut comel. Apalah aku nak jawab dengan mama, papa dan abang Adam? Habislah aku. Tak habis-habis aku nak susahkan hati diorang.
“Sorilah Lin. Kitorang takde niat apa-apa pun. Abang Dan tu dah lama minat kat kau. Dia minat kat kau dari masa kau first year lagi.Masa tu dia third year. Kebetulan dia sambung master kat sini.Dia jumpa kau lagi. So, dia minta tolong kitorang. Pleasa..pleasa. Janganlah marah kitorang,” Yatt memujukku.
“Kau pun satu, Lin. Yang kau lari macam nampak hantu tu kenapa? Bukan macam nampak hantu la..macam nampak dinosor T-rex tau tak?”
Aku menjeling Eka. Kata-kata Eka ada juga kebenarannya. Aku ni macam dah fobia kena kejar je.
“Nasib baiklah abang Dan sempat tarik tangan kau. Kalau tak dah arwah agaknya. Dahlah dia selamatkan kau. Kau pulak marah dia depan orang ramai. Kesian dia.” Kali ini aku pula memandang Eka dan Yatt meminta simpati.Rasa bersalah menyelimuti hatiku. Salah aku ke?
“Kenapa korang tak bagitau aku dulu tentang hal ni?”
“Kitorang nak bagi perkenalan kau dengan abang Dan nampak real sikit. Tak sangka pula kau menggelabah tahap cipan. Aku peliklah dengan kau kebelakangan ni. Garang semacam je. Yelah semenjak dah tak duduk dengan kitorang. Tak duduk kolej lagi. Kau ok ke? Kalau ada apa-apa masalah cakaplah dengan kitorang. Kitorang tak nak kau rasa keseorangan selepas kau dah kehilangan abang Hadi, ” ujar Yatt pula.
Aku menelan air liurku. Aku dah kahwin. Sorilah tak jemput korang. Silap haribulan, bila korang dah tahu pun, masa tu aku dah bercerai dengan abang Adam.
“Aku ok je. Aku tinggal dengan family angkat aku. Er.. aku nak baliklah..” aku cuba mengelak dari memanjangkan topik tersebut. Sebaik sahaja aku keluar dari Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, abang Dan yang sedang duduk di kerusi tetamu mendapatkanku.
“Maafkan saya,” itulah perkataan pertama yang keluar dari bibirnya. Aku sendiri menjadi malu. Malu dengan sikap bodoh sombongku. Lagipun, aku kan masih isteri kepada abang Adam. Biarpun hubungan kami hanyalah di atas sekeping kertas, aku tetap perlu menghormati ikatan perkahwinan yang suci ini. Biarpun hubungan aku dengan abang Adam bukanlah seperti suami isteri yang sebenar, syurga seorang isteri tetap di bawah telapak kaki suaminya. Berdosa kiranya aku menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki lain di luar pengetahuan abang Adam. Aku masih punya moral.
“Awak tak salah apa-apa pada saya. Semua yang terjadi ni berpunca daripada saya sendiri. Pertama sekali saya nak minta maaf dari awak. Sebab berkasar dengan awak. Saya tahu niat awak baik. Kedua, saya minta maaf sekali lagi. Saya tak dapat terima hasrat hati awak.”
Abang Dan tersenyum padaku. Aku jangkakan dia akan menunjukkan reaksi kecewa. Namun, jangkaanku meleset sama sekali.
“Niat saya untuk berkenalan dengan awak adalah ikhlas dan tulus sepenuh hati saya. Selepas mendengar kata-kata awak sebentar tadi, saya tahu pilihan saya memang tak salah. Saya sanggup tunggu awak. Sampai hati awak terbuka untuk saya. Jangan jadikan alasan untuk mengejar cita-cita sebagai penghalang. Saya akan tunggu masa itu, Cazlin Amalina. Sekurang-kurangnya saya dah mengenal sedikit demi sedikit siapa Cazlin Amalina,”
Aku memandang abang Dan. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Aku jadi serba salah. Aku terus beredar. Lelaki ini tak boleh dilayan. Makin dilayan, makin menjadi. Cepat-cepat aku menahan teksi. Aku menyuruh pemandu teksi itu memandu selaju yang mungkin.Malahan aku juga tidak menoleh ke belakang lagi.Adakah dia mengejarku? Adakah dia melompat ke atas teksi yang aku naiki? Aku tidak mahu ambil pusing. Pening, pening.
“Aku terima nikahnya Cazlin Amalina binti Cazlan Shafie dengan mas kahwin RM99 tunai..”
Kini sahlah aku bergelar isteri kepada Adam Shafiq.Biasanya pengantin perempuan akan menangis terharu apabila dirinya sah bergelar isteri.Tapi aku?...
Abang Adam datang ke kamarku untuk upacara pembatalan air sembahyang.Aku mencium tangan abang Adam.Terasa begitu sejuk.Tanganku jadi menggeletar.Sedangkan tadi keyakinanku seratus peratus.Maklumlah ini bukanlah perkahwinan yang aku relakan.Tiba-tiba pula jiwaku menjadi tak keruan.
Abang Adam mengucup dahiku.Hatiku tersentuh.Kenapa ni?Perasaanku terasa begitu syahdu.Perasaan yang tidak pernah kurasakan selama ini.Ya Allah.. apa yang telah terjadi kepadaku.Abang Adam melemparkan senyuman kepadaku.Sekali lagi aku dilanda gelora.Perasaanku bercampur baur.Ah, sudah.Jangan-jangan aku sudah jatuh cinta?Oh, no…
Majlis persandinganku berlangsung dengan meriahnya.Dapat aku lihat wajah mama yang begitu berseri.Moga-moga mama cepat sembuh.Ingatanku mengimbau saat-saat jurukamera menyuruh kami berposing.Aduh, itulah detik paling memalukan dalam hidupku.Ceys..
“Hah, Adam.Kau berdiri berhadapan dengan wife kau.Kau pegang pinggang wife kau.Then, pandang tepat ke dalam mata dia.Lin pula pegang bahu Adam.Lin juga pandang tepat ke dalam mata Adam.Jangan gerak sampai aku cakap okay..”
Abang Adam memegang pinggangku.Aku pula memegang bahunya.Mata kami bertembung.Lama.Tak tahannya hati aku nak pandang mata abang Adam lama-lama.Setelah itu jurukamera menyuruh kami berposing dengan cara lain.Malangnya ketika aku ingin membetulkan posisi, aku terpijak kainku sendiri yang terlalu labuh.Haha.Nak dijadikan cerita abang Adam telah menyambut tubuhku.Saat itulah aku dan abang Adam bagaikan terpegun antara satu sama lain.Kami berdua terpaku.Jurukamera dan termasuklah sanak saudara abang Adam pula apa lagi, berlumba-lumba mengambil gambar kami.Jurukamera tersebut turut memberikan arahan kepada kami agar jangan bergerak.Abang Adam pula mengemaskan lagi pelukannya untuk mengelakkan aku dari terjatuh.Aku pula terpaksa memeluk abang Adam dengan lebih kuat agar aku tidak terjatuh.Malunya…Sekali lagi aku terhidu haruman yang sama.Macam pernah bau.Tapi kat mana ek?
Aku membalut tubuhnya dengan tuala.Bestnya dapat mandi.Lepas ni nak tidur puas-puas.Tak sabar-sabar nak menghempaskan tubuhnya ke atas katil.Aku membuka pintu bilik air dan seterusnya menuju ke almari pakaiannya.Sedang aku memilih baju yang hendak dipakai, seseorang membuka pintu bilikku.Abang Adam!!!
Alamak, macam mana aku boleh lupa yang aku dah kahwin.Aku terlepas pakaianku yang hendak dipakai.
Adam tersenyum nakal.Haha.Tayangan free.
“Lin nak goda abang ke?”
Cazlin cepat-cepat mengambil bajunya yang terjatuh dan cepat-cepat ingin berlari ke bilik air.Namun, entah apa malangnya nasibku, aku tersadung lalu terjatuh.
“Aaa,” aku mengaduh.Sakitnya pergelangan kakiku.Rasa macam nak terkeluar anak tekakku menahan sakit.Abang Adam cepat-cepat mendapatkanku.Dia menyentuh kakiku.
Aku mengaduh lagi.Malunya.Dia melihatku dalam keadaan bertuala begini.Aku tak rela.Tapi dia kan suamiku.Halal baginya setiap inci tubuhku.Waa,
“Kenapa cuai sangat ni?Tengok apa dah jadi?Macam budak-budaklah Lin ni.Macam mana Lin jalan?” abang Adam mengherdikku.Mukanya serius sambil membelek-belek kakiku.
Inilah kali pertama dia meninggikan suaranya kepadaku.Aku menjadi tersentuh.Dulu sewaktu aku terjatuh, arwah along tidak pernah sekalipun nak marah-marah aku.Along akan memujukku dengan kata-kata yang menyejukkan hati.Air mataku mulai menitis di pipi.Tiba-tiba abang Adam mengangkat tubuhku.Dia mendudukkan tubuhku di atas katil perlahan-lahan.Aku memandangnya dengan takut-takut.Abang Adam membuka laciku satu persatu.Kemudian dia datang kembali padaku dengan sebotol minyak di tangan.
Dia mencangkung di hadapanku kemudian meletakkan kakiku di atas lututnya.Dia menyapu minyak angin tersebut di kakiku.Aku mangambil baju yang pegang pegang sebentar tadi dan menutup sebahagian tubuhku yang terdedah.Abang Adam memandangku.Kemudian dia tersenyum.Hish, budak samseng ni.Takut sangat aku buat apa-apa kat dia.Aku berniat nak mengusiknya sahaja.Tapi reaksinya tadi macam nampak perogol sahaja.Itulah padan muka.Tak pasal-pasal terjatuh.
“Sori abang tinggikan suara tadi.Abang risau je tadi.Tengok Lin jatuh macam nangka busuk,”abang adam tergelak.Cazlin turut tergelak.Sempat juga dia buat lawak waktu-waktu begini.
“Dahlah jatuh, kena marah pulak,”aku menyindirnya.Geramku masih bersisa akibat diherdik sebentar tadi.
“Yelah, Lin lari macam nampak perogol je..” Abang Adam menjawab selamba.
Perkataan perogol yang disebutnya mengingatkanku akan panggilanku kepadanya sewaktu di stesen komuter.Aku tersenyum.Abang Adam turut tersenyum.Dia memandangku dengan pandangan yang menggoda.Dadaku berdebar-debar.Dia menghampiriku.Wajahnya semakin dekat dengan wajahku sehingga aku boleh mendengar deruan nafasnya yang semakin kencang.Dia menyentuh bahuku.Aku memejam mataku.Terasa bibirnya menyentuh bibirku.Tiba-tiba abang Adam menggoncang tubuhku.
“Lin!!”
Aku tersentak.Ya Allah aku berangan.Ceys.
Abang Adam sudah sampai di muka pintu.
“Pergilah tukar baju.Abang keluar kejap.Abang tak tahanlah duduk lama-lama dalam bilik ni.Lin terlalu menggoda.Kalau abang tak tahan kang, plan ke mana, abang dengan Lin pula ke mana..”
Ceys.Sempat juga dia buat lawak antarabangsa.
Cazlin memandang keseluruhan biliknya.Kenapa bilik aku tiada kerusi panjang ek?Di mana abang Adam nak tidur?Aiseymen, takkan nak tidur sekatil dengan aku kot?Macam mana ni?Takpe lah.Biar aku tidur bawah.Aku tak kisah.Abang Adam manalah biasa tidur tak bertilam.Diakan anak orang kaya.
Sedang aku membentang cadar di atas lantai, abang Adam muncul di muka pintu.
“Lin buat apa ni?”
“Nak tidurlah.”
“Hish, biar abang je tidur bawah.Lin tidur atas.”
Aku teragak-agak mahu mengikut kata-kata abang Adam.
Aku menarik selimut menyelimuti tubuhku.Aku melihat abang Adam yang tidur di bawah.Kesianlah pulak.Kenapa hati aku lembut sangat ni?Biarlah dia.Dia kan lelaki.Aku bergolek ke kiri dan ke kanan.Hati rasa semacam.Tak sedap hatilah.Lama-kelamaan aku terlelap.
Akibat terlalu lasak ketika tidur, aku terjatuh ke atas tubuh abang Adam yang tidur di tepi katilku.Wah, malunya.Aku memejamkan mataku.Berpura-pura tidur.Aku tak tahu nak letak muka kat mana.Aku nak lari 1000 meter tanpa henti.Argh, tidak…
Adam terbatuk kecil.Adoi, sakitnya badan aku kena hempap.Aku memandang Cazlin.Eh, dia tidur balik.Dilihatnya mata Cazlin bergerak-gerak walaupun mata Cazlin sedang terpejam.Ceh, pura-pura tidurlah tu.Owh, tak nak mengaku salah yek.Adam memeluk tubuh isterinya.Dia pula berpura-pura tidur.
Cazlin terkejut.Dia membuka matanya.Dia dapat mendengar deruan nafas abang Adam.Dia melihat abang Adam sedang nyenyak tidur.Dia cuba menolak tangan abang Adam.Namun gagal.Dia ingin mengejutkan abang Adam.Tapi tak sampai hati pula.Sudahlah abang Adam tidur bawah.Dia pula menghempap abang Adam.Sesudah itu ingin mengejutkan abang Adam dari tidur.Memang tak sampai hati.Saat itu dia dapat melihat wajah abang Adam dari dekat.Eee, buruknya muka dia waktu sedang tidur.Namun rambut abang Adam yang terjuntai di keningnya membuatkan abang Adam kelihatan kacak.Betul ke aku dah kahwin dengan dia?Macam tak percaya sahaja.
Adam cuba menahan tawanya. Padan muka kau. Niat hatinya sengaja untuk mengusik Cazlin.Gadis yang ego.Keras kepala. Sangat susah untuk mengaku kesalahan sendiri. Sungguh dia Cuma menganggap Cazlin tidak lebih seperti adiknya sendiri. Sekadar memberikan kasih seorang abang kepada Cazlin. Hatinya masih lagi pada Hana. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Akhirnya mereka berdua pun sama-sama terlena.
ya tuhanku..
aku lemas mencari tempat berpaut..
sungguh aku terlalu lemah utk menahan dugaanMu kali ini..
di mana harus aku tinggalkan air mata yang tak pernah kering ini..
ya tuhan...
aku keliru...
aku takut...
di mana harus kulemparkan rasa takut yang tak bertepi ini..
aku lemah kali ini...
terlalu lemah..
“Selamat datang,” ucap perancang perkahwinan itu kepada Cazlin dan Adam.Cazlin tersengih sahaja.Adam pula terus melulu masuk tanpa mempedulikan perancang perkahwinan tersebut.
Puan Sri Saleha dan Tan Sri Latif pula ke Melaka pagi tadi.Papanya mahu membawa mamanya pergi berubat katanya.Ibu cuma memberi mereka tempoh sebulan untuk membuat persiapan perkahwinan.Dia dan Cazlin terpaksa juga bersetuju demi menunaikan hasrat mama.Pada mulanya Cazlin agak ragu-ragu.Berkahwin bukanlah perkara main-main.Namun, setelah Adam memujuknya dengan memberikan beberapa syarat.Cazlin akhirnya bersetuju.Dia juga menyayangi mama.Seumur hidup inilah dia baru nak menyentuh kasih sayang seorang ibu.Dia tak mahu mama pergi seperti atuk, nek Mah dan along.Lagipun abang Adam memberi jaminan kepadanya bahawa perkahwinan ini hanya untuk sementara.Jadi waktu yang sementara ini akan digunakan untuk mengemis kasih dari mama.Oleh itu, setelah berfikir semasak-masaknya, Cazlin turut mengenakan beberapa syarat kepadanya.
“Lin nak kita buat perkahwinan ini seolah-olah perkahwinan yang sebenar.Maksud Lin, segala persiapan suasana perkahwinan berlaku seperti yang Lin impikan.Manalah tahu ini merupakan perkahwinan Lin yang terakhir.Yelah, siapa nak kahwin dengan Lin lagi kalau Lin dah jadi janda?Walaupun abang dah janji takkan sentuh Lin, tapi orang lain takkan fikir Lin masih anak dara.Abang kena faham tu…Haa, lagi satu. Lin tak nak perkahwinan ni terlalu digembar-gemburkan kepada pihak media. Tolong rahsiakan latar belakang Lin. Lin masih pelajar universiti dan Lin tak mahu jadi perhatian orang lain.Apatah lagi berkahwin dengan seorang jutawan, Lin tak mahu dilabel perempuan mata duitan.Lin tahu perkara ni akan diketahui orang ramai suatu hari nanti.Sekurang-kurangnya, dalam tempoh setahun ni Lin dapat belajar dengan tenang dan menamatkan pengajian Lin dengan baik.Itu pun sudah memadai. ”
Tepukan Cazlin yang begitu kuat menyedarkan Adam dari lamunannya.
“Lin dah pilih warna merah jambu,”ujar Cazlin sambil menunjukkan warna kegemarannya.
Adam mengerutkan dahinya.
“Takkan abang nak pakai warna ni masa bersanding nanti?Eh, abang ni lelaki tau.Mana sesuai dengan warna ni.Eee, tolonglah.Tak naklah.Cari warna lain.Warna kelabu takde?”
Cazlin mencebikkan bibirnya.Kelabu.Teruknya taste brader ni?
“Kelabu?Kelabu tahi anjing?Tak mahulah..Teruknya pilihan warna abang??”
“Eh, apa Lin tahu tentang warna kelabu dan lelaki?Hanya lelaki sahaja yang tahu..”
“Rilekslah..you all pilihlah warna apa pun..Cik Cazlin boleh buat beberapa persalinan nanti,”nasihat perancang perkahwinan tersebut.Dia pun sudah naik pening melihat pasangan di hadapannya.Macam musuh ketat je.Nasib baik bakal pengantin lelaki ini merupakan jutawan Naza yang terkenal di Malaysia.Kalau tak..tak kuasa ‘mak’ nak layan.
“Beberapa persalinan?Lin nak buat berapa persalinan?”
“Sembilan.. sebab Lin lahir bulan sembilan.”Selamba sahaja Lin menjawab.Elleh, bukannya banyak pun.
“What!!!”
Adam melihat sebuat kereta Fiat Bravo berwarna merah berada di hadapan pintu pagar rumahnya.Dia sangat mengenali pemilik empunya kereta tersebut.Hana!Adam yang baru pulang dari butik perkahwinan tidak dapat memasuki pintu pagar rumahnya kerana kereta Hana diletakkan betul-betul di hadapan rumahnya.Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.
“Lin tunggu sahaja dalam kereta.Abang keluar sekejap.Ada tetamu yang tidak diundang,”
Cazlin melihat sahaja gadis yang sedang menunggu di hadapan rumah Adam.Cantik.Tinggi.Memang patut pun dapat anugerah Bintang Paling Popular.Tapi sayang, wajahnya telah cacat.Berbalut dengan kain putih.Gadis itu menjeling tajam ke arahnya.Cazlin memandang ke arah lain.Baik jangan layan.Dari segi psikologinya emosi dia tengah tak stabil sebab wajahnya yang cantik selama ini menjadi cacat sekelip mata.Tambahan pula boyfriend dia nak kahwin dengan aku.Maaflah Cik Hana.Saya cuma menunaikan impian seseorang yang penting dalam hidup saya.Impian mama.
“Kau nak apa lagi?Tolong beredar dari rumah aku sekarang juga,”
Hana mendapatkan Adam.Dia memeluk lengan Adam.
“Honey, please.Jangan buat I macam ni.I dengan Fahrin tiada apa-apa hubungan,”
“Please, go..” Adam menolak tubuh Hana.Aku dah patah hati dengan kau.Kau tak menghargai kesetiaan aku.Kasih sayang aku selama ini sia-sia.
“Takkan you dah lupakan kenangan-kenangan kita?”Hana masih cuba menarik simpati Adam.
“Baru sekarang you nak ingat kenangan-kenangan kita?Masa you jadi bintang popular dulu ada you ingat semua ini?Masa you dengan jantan lain, ada you ingat semua ini?Come on, Hana.You dah sia-siakan kepercayaan I.You yang hancurkan cinta kita.I’m getting married.Its over between us,”
Hana mengesat air matanya.Dia meraba-raba wajahnya yang berbalut.
“You tak suka sebab I dah hodoh kan?I dah tak cantik lagi kan.Don’t worry.Nanti I buat plastic surgery.I akan buat apa sahaja.Please come back to me,” Hana memaut dada Adam.Meminta simpati.Dia tahu setiap kali dia memeluk Adam begini, pastinya jejaka itu akan memaafkannya seperti biasa.Namun, Adam menolak tubuhnya lagi.
“Selama ini I sayangkan you sebab diri you sendiri.Bukan sebab you cantik.Tapi Hana yang dulu bukan Hana yang sekarang.Hanyut dengan dunia glamour you.You lupa diri.You angkuh dengan apa yang you ada.You tak reti nak bersyukur dengan nikmat yang you ada selama ni.You sia-siakan kepercayaan yang I berikan,”
Cazlin yang melihat drama air mata tersebut merasakan perasaan yang aneh meresap halus jauh ke dalam sudut hatinya.Marah?Cemburukah aku?Eh, tak mungkinlah.
“Stop it, okay.You balik jelah,”
Hana menuju ke arah kereta Jaguar XF milik Adam.Dia membuka pintu kereta di bahagian sebelah tempat duduk pemandu.Dia menarik Cazlin keluar dari kereta tersebut.
“You lupakan I sebab perempuan ni kan?” Hana merenung wajah Cazlin.Memang cantik bakal isteri Adam.Dia cantik sebab aku dah hodoh.
Adam menarik Cazlin jauh dari Hana.Lalu memeluk Cazlin.
“Don’t you ever touch her.She’s mine.You dah nampakkan? So apa lagi? I tak nak hadap muka you lagi tau tak?”
Adam menggenggam tangan Cazlin seeratnya.
“Well, Adam.I akan pastikan you takkan bahagia.You akan melutut kembali pada I.Just wait!!!” kata Hana kemudian berlalu pergi.Hana sempat menjeling tajam ke arah Cazlin.
Adam menampar bahu Cazlin.
“Sakitlah,” Cazlin mengurut-urut bahunya yang ditampar oleh Adam. Apasal dengan mamat ni? Pukul-pukul orang pula.
“Tahu pula marah.Kenapa tak melawan tadi?Masa kat train tahu pula hempuk abang dengan beg bangla Lin tu,”
“Alah, Lin malaslah nak berkasar dengan perempuan.Dia dalam keadaan sakit, lemah dan tak berdaya.Lin malaslah nak tunjuk kuat.Lu pikirlah sendiri, brader.” Ujar Lin lalu terus meninggalkan Adam keseorangan di pintu pagar.
Tengoklah tu.Berlagak.Sabar jelah aku dengan perempuan ni.Peninglah aku beberapa hari ini.Sebab Hana.Sebab Lin.Sebab mama.Semuanya kerana insan yang bergelar wanita.
Cazlin terus menuju ke dapur.Tekaknya terasa begitu haus.Abang Adam memang kedekut.Bukannya nak singgah mana-mana selepas mereka keluar dari butik pengantin.Terus sahaja pulang ke rumah.Belum sempat pulang ke rumah kena tengok drama cinta dan air mata pula.Tiba-tiba seseorang menyergahnya dari belakang.
“Hai bakal kakak ipar..,” ujar si kembar Ayuni.
Cazlin menyambut huluran salam daripada Ayuni.Ayuni memeluknya mesra.Seakan-akan sudah lama tidak berjumpa.
“Bila sampai?”
“Em, pagi tadi.Oh, inilah dia suri hati abang Adam?So….. beautiful.”
Panjangnya ‘so’ dia.
“Mana kembar Ayuni?Akak tak Nampak pun dia?”
Ayuni mencari-cari sesuatu di dalam peti ais.Lantas dia mencapai sebiji buah Apple merah.
“Alah, jangan cakap pasal dia lah.Akak jangan layan dia sangat tau.Kita jangan cakap pasal dia la.Akak ceritalah tentang diri akak.Macam mana boleh jumpa dengan abang Adam?” soal Ayuni dengan terujanya.
Cazlin melayan sahaja keletah si kembar itu.Peliklah aku dengan kembar ni.Bukankah kembar ni rapat?Tapi kenapa hubungan Ayuni dengan Ayuna macam tak baik sahaja?
Hana melihat jam di tangannya.Mana pula Adam ni?Adam sudah berjanji dengannya untuk menjemputnya di lapangan terbang.Hish, lupa lagilah tu.Tak mengapa.Ramai lagi yang nak jemput aku.Jari jemarinya yang runcing pantas mendail nombor Fahrin.
“Hello, dear…”
Adam menepuk dahinya.Alamak, macam manalah aku boleh lupa?Patutnya aku pergi jemput Hana kat airport..Adam melihat jam di tangannya.Dia sudah terlewat selama dua jam.Tapi Cazlin?Takkan nak bawa dia pergi airport sekali kot?Dia tak trauma ke nak pergi airport?Aduh, macam mana ni?
“Kenapa muka macam ayam berak kapur ni?Abang ada urusan lain ke?Takpelah, abang pergilah.Lin boleh balik sendiri,”
Adam menarik tangan Cazlin yang ingin berlalu pergi.
Cazlin menarik tangannya dari Adam.Hatinya berdebar-debar.
“Err, sorry.Abang nak ambil kawan abang kat airport sebenarnya.Abang juga takkan biar Lin balik sendiri.Itu janji abang pada Lin dan pada mama,”
Cazlin menarik tangan Adam.
“Jom.Kita pergi ambil kawan abang,”Cazlin memandang Adam dengan senyuman yang paling manis.Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Lin tak kisah ke?Abang tak nak buat Lin teringat tentang kejadian…”
Cazlin menarik tangan Adam lagi hingga bangun dari kerusi yang diduduki Adam.
“Lets go…”
Puan Sri Saleha menuang air teh ke dalam cawan perak yang dibelinya dari Britain.Dia melemparkan senyum buat suaminya yang sedang sibuk membaca buku yang bertajuk ‘Lambaian Kaabah’ .
“Abang…”
“Em…”
“Abang!!”
Tan Sri Latif menutup buku yang dibacanya.Kenapalah pula dengan isterinya yang satu ini?
“Ada apa yang?Mesti ada apa-apa ni,” ujar Tan Sri Latif sambil menyambut huluran cawan yang berisi air teh panas itu.Dihirupnya perlahan-lahan.
“Saya nak satukan Adam dengan Cazlin,”
Tan Sri Latif tersedak.Puan Sri Saleha menepuk-nepuk perlahan belakang suaminya.
“Awak ni biar betul.Awak ingat ni zaman dulu-dulu ke, orang tua boleh tentukan jodoh anak-anak.Nanti apa pula kata Cazlin.Kita yang pandai-pandai nak tentukan jodoh dia.Adam pula dah tergila-gilakan bintang popular si Hana tu.Ish, mengarutlah sahaja,”
“Saya ada cara macam mana nak lembutkan hati budak berdua tu.Saya yakin budak berdua tu ada jodoh.Adam tak nampak intan yang ada di depan mata dia.Suatu hari nanti dia akan sedar juga Hana bukan wanita yang baik untuk dia,”
“Saya tahu.Saya sendiri pun memang kurang berkenan dengan budak Hana tu semenjak dia jadi Bintang Popular.Tapi budak berdua tu dah bercinta sejak zaman sekolah.Bolehkah Adam menerima Cazlin?Saya tak nak hidup Cazlin hancur kerana kehendak kita,”
Puan Sri Saleha menggenggam tangan suaminya.
“Abang cuma kena percaya pada saya.Saya dah ada rancangan macam mana nak buat budak berdua tu ikut cakap kita.Kuasa ibu pasti mengatasi segalanya,” Puan Sri Saleha berkata-kata dengan yakinnya.Jauh di sudut hatinya dia berharap segala-galanya akan berjalan seperti yang dirancang.
BAB 7
Adam yang sedang memandu memandang Cazlin yang berada di sebelahnya.Dia kagum dengan gadis ini.Gadis ini sukar sekali untuk menunjukkan ekspresi wajah yang sedih.Bagai tiada apa-apa pun yang berlaku.Namun, sewaktu gadis itu sedang nyenyak tidur, dia dapat melihat dengan jelas sekali wajah sedih gadis yang merindui abangnya.Terlalu sedih.Hm, tengoklah tu siap boleh main lukis-lukis kat cermin keretanya yang berkabus.Apa yang dia tulis tu?
‘ Jangan pandang Lin !! ’.
Adam menelan air liurnya.Dia perasan ke?Ceys.
Cazlin tersenyum.Padan muka.Dari tadi dok belek muka aku.
Tiba-tiba telefon bimbit Adam berbunyi ringtone Dibius Cinta nyanyian Melly Goeslow dan Yusry KRU.Adam menjawab panggilan tersebut dengan handsfree miliknya.Handsome juga brader ni.Matanya cukup memukau pandangan sesiapa sahaja yang memandangnya.Macam Aaron Aziz iaitu pelakon dari Singapura.Adam memberhentikan keretanya secara mengejut di bahu jalan.Cazlin mengurut-urut dadanya.Dia memandang Adam.
Cazlin membatukan dirinya sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah.Tidak berani dia hendak memandang wajah Adam yang sedang menyinga.Mereka baru sahaja pulang dari hospital.Hana terlibat dalam kemalangan jalan raya.Tatapi apa yang membuatkan Adam menyinga ialah Hana kemalangan bersama dengan seorang pelakon tanah air iaitu Fahrin Akmal. Khabarnya Hana cedera teruk di bahagian muka.Pelakon lelaki itu pula hanya cedera ringan.
Adam menghentak stereng keretanya.Cazlin tersentak.Takutnya.Sabar Cazlin.Orang tengah stress.Apa guna belajar ilmu psikologi kalau tak boleh nak memahami orang lain.
Adam menarik nafasnya panjang-panjang.Sampai hati Hana memperlakukannya sebegini rupa.Bukankah dia yang akan menjemput Hana ? Kenapa Hana bersama dengan Fahrin pula ? Aku mencintainya sepenuh hati.Aku tak pernah berasa begini dengan perempuan lain.Tapi kenapa dia permainkan aku?Kenapa?Kenapa?
Telefon bimbit Adam berbunyi lagi.Adam menjawabnya dengan malas-malas.
Sekali lagi Adam memberhentikan keretanya di bahu jalan.Ya Allah.Boleh mati sakit jantung aku macam ni.Cazlin mengurut-urut dadanya.Bengang pula aku dengan brader ni.Sabar lin..sabar.
“Mama kena heart-attack,” ujar Adam perlahan.Dia memecut keretanya selaju mungkin.
Adam dan Cazlin duduk di sisi Puan Sri Saleha yang terbaring lemah.Adam mengucup ubun-ubun ibunya.Cazlin menggenggam erat tangan Puan Sri Saleha.
Puan Sri Saleha membuka matanya perlahan-lahan.Dia menyentuh wajah Adam.Lembut.
“Apa kata doktor, papa?”
Tan Sri Latif berwajah muram.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Penyakit mama kamu semakin teruk akhir-akhir iniDoktor Rushd baru sahaja pesan yang kita tak boleh buat mama kamu susah hati atau berada dalam keadaan tertekan kerana keadaan itu hanya akan membuatkan mama kamu menjadi lebih lemah..Papa pun dah suruh Ona dan Oni balik cepat.Papa nak kita sekeluarga habiskan masa-masa yang lebih berharga dengan mama kamu,”
Adam memeluk mamanya.Puan Sri Saleha mengusap lembut rambut anaknya.
“Adam…”panggil Puan Sri Saleha perlahan.Kemudian dia terbatuk kecil.Adam menggenggam erat tangan ibunya.Diciumnya berkali-kali.Dia merenug wajah ibunya.
“Lin..”
Cazlin menganggukkan wajahnya sambil memandang wajah Puan Sri Saleha.Air matanya sudah membasahi pipi sejak dari tadi.Dia belum puas merasakan kasih Puan Sri Saleha.
“Boleh tak mama nak minta sesuatu dari kamu berdua?” Puan Sri Saleha menguatkan lagi batuknya.
“Apa sahaja, mama.Anything for you,”ujar Adam tanpa ragu-ragu.Cazlin menganggukkan kepalanya.
“Sebelum mama menutup mata…mama nak lihat kamu berdua bahagia..”
“Lin akan hidup baik-baik, mama.Abang Adam pun sama.Mama jangan risau.Mama akan sembuh.Mama tak apa-apa.Mama akan sihat macam biasa lagi selepas ni.Mama berehatlah,”
“Mama nak Adam mengahwini Lin.Mama tak mintak apa-apa lagi selain daripada ini,”
“Apa sahaja untuk mama.Adam sanggup!!”
Cazlin mengesat air matanya.Cazlin menelan air liurnya.Terasa kelat.Biar betul!!
Adam menyuap roti bakar ke dalam mulutnya sambil menatap akhbar News Straits Times.Eh, gambar Hana.Hana dengan siapa pula ni?Penyanyi terkenal dari negara seberang?Irwansyah?Elleh, handsome lagi aku.Adam menutup surat khabar yang selesai dibacanya.Rindunya dengan Hana.Sudah seminggu tidak berjumpa.Maklumlah, Hana ada penggambaran di Bandung, Indonesia.
Puan Sri Saleha menghulurkan sekeping lagi roti bakar kepada anak bujangnya.
“Macam mana dengan kes mama?Adam rasa nak upah bodyguard untuk mama.Dari dulu lagi Adam nak buat.Tapi mama tak bagi,”luah Adam.Mulutnya masih rancak mengunyah roti bakar.
“Mama dah tak kisah, Adam.Mama ikut sahaja.Tak sangka pula sampai jadi macam ni.Kenapalah orang berdendam dengan kita sampai macam ni?”
“Biasalah, mama.Manusia tak boleh tengok manusia yang lain senang.Semua nak kaya cepat.Tak nak berusaha,”
Puan Sri Saleha mengangguk-anggukkan kepala.
“Adam bawa Lin pergi check-up pukul 2.00 petang nanti ye.Mama nak kena pergi balai polis dengan papa nanti.Inspektor Shahril nak jumpa katanya,”
Adam tersedak.Cepat-cepat dia meneguk air Nescafe.Puan Sri Saleha menepuk bahu anak bujangnya.
“Kenapa, Adam?Are you okay?Hai, mama sebut sahaja nama Lin, Adam tersedak tiba-tiba,”
“Eh, takde apa-apa.Adam tak kisah,”ujar Adam.
Aduh, dengan budak samseng tu lagi.
Cazlin menjeling pemuda di sebelahnya.Eee, kenapalah aku asyik jumpa dia?Takde orang lain lagi ke dalam dunia ni.
Adam menyanyi-nyani kecil mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh radio Hot FM.Lagu Dugaannya yang dinyanyikan oleh kumpulan Hujan.Kereta Jaguar XF milik Adam meluncur laju di jalan raya.
“Well, aku minta maaflah tentang hal malam tadi.Aku takde niat nak buat apa-apa yang tak baik pun kat kau.And aku tumpang simpati dengan apa yang terjadi kat abang kau,”
“Err, saya yang patut minta maaf.Saya ni tetamu kat rumah awak.Tetapi saya dah bersikap buruk kat awak.Saya agak emosi pagi tadi.Em, saya juga nak minta maaf sebab setiap kali kita jumpa, awak mesti kena…kena…”
“Hempuk?” Adam menjawabnya bagi pihak aku.Hah, betullah itu.Pandai.
“Lebih kurang macam tu la,” jawab Cazlin lalu mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.
Adam tergelak.
“Well, awak bukannya tetamu di rumah saya,”
Eh, dia tak cakap ‘kau’ dan ‘aku’ lagi.Bukankah lebih manis begini.
“Awak sebahagian dari keluarga saya.Mama kan dah declare nak ambil awak sebagai anak angkat dia.Terima kasih sangat-sangat sebab bersusah payah selamatkan mama saya.Saya janji dengan awak, saya akan buat apa sahaja untuk awak.Pengorbanan awak dan abang awak tiada nilai bagi saya dan keluarga saya.So, kira awak ni adik saya la.Awak kena panggil saya, ‘aaabang’,”
Aku memandangnya. Abang?
“Eh,eh.Saya gurau je.Jangan marah ye..”Adam cepat-cepat mengubah topik.Niat di hati nak bergurau.Tapi takutlah pulak.Takut kena hempuk.
Cazlin ketawa.Dia ketawa lagi.Macam-macamlah mamat ni.Kiranya brader ni takdelah jahat sangat.
“Saya nak minta tolong dengan abang boleh tak?”
“Tolong apa?”
“Tolong jangan tidur atas katil Lin lagi,”
Adam tergelak besar.Cazlin turut tergelak.
“Abang pun nak mintak tolong boleh?”
Cazlin mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain.
“Tolong apa?”
“Tolonglah jangan menggigau lagi…”
Serta merta Cazlin mencubit lengan Adam.
“Jahat!!”
Hadi menanti adiknya sambil melihat jam di tangannya. Manalah si Cazlin ni? Lama bebenor pergi tandas. Flight lagi lima belas minit.
Cazlin membetulkan tudungnya di cermin. Di sebelahnya kelihatan seorang wanita separuh umur yang sangat bergaya. Cantik. Wanita itu tersenyum kepadanya.
“Nak pergi mana ?” soal wanita itu kepadanya.
“Langkawi. Err, puan?”
“Samalah dengan saya. Seorang sahaja?” wanita itu turut membetulkan selendangnya yang berwarna merah.
“Saya datang dengan along saya,”
Wanita itu tersenyum.Tiba-tiba seorang wanita dan dua orang lelaki memasuki tandas wanita dengan keadaan tergesa-gesa. Kedua-duanya menjerit dan mengacukan pistol ke arah wanita berselendang merah tersebut.
“Jangan nak cakap banyak. Ikut kami kalau mahu hidup!!”
Aku cuba membantu. Aku cuba menyelamatkan wanita tersebut. Aku menolak lelaki bertopeng yang cuba mengasari wanita bertudung merah tersebut. Namun dengan aku sekali diheret agar mengikut mereka. Ya Allah, musibah apa pula yang menduga ini.
Lapangan terbang KLIA digegarkan dengan bunyi tembakan. Suara orang mula riuh rendah dengan jeritan orang ramai. Ada yang merebahkan badan ke lantai. Ada juga yang berlari. Aku semakin cemas. Berkali-kali aku cuba melepaskan tanganku yang dipegang erat lelaki bertopeng tersebut. Aku melihat kelibat alongku di sebalik keramaian.
“Along, tolong Lin!!!” aku menjerit. Serta merta aku merasakan hentakan yang kuat di kepalaku. Pandanganku kian kabur. Apa yang dapat aku lihat sebelum mataku terpejam, along meluru ke arahku. Kemudian along rebah. Pandanganku mulai gelap.
BAB 4
Puan Sri Saleha mengusap rambut gadis yang sedang terlena itu. Hatinya diruntun pilu yang amat sangat. Apa yang harus dijawab kepada gadis ini? Peristiwa penculikan semalam masih lagi dalam siasatan polis.Gadis ini masih belum sedar dari komanya. Kalau bukan kerana ingin menolong dirinya, pasti gadis ini tidak akan menjadi begini. Abang kepada gadis ini pasti masih hidup.
Tan Sri Latif menyentuh lembut bahu isterinya. Sesungguhnya dia amat bersyukur ke hadrat Illahi, isterinya terselamat dari cubaan menculik. Malangnya gadis yang tidak berdosa menjadi mangsa. Abang si gadis pula terkorban.
“Apa saya nak jawab dengan budak perempuan ni, abang? Kasihan dengan dia,”
“Sabarlah. Benda dah nak jadi. Kita tak boleh nak buat apa-apa. Kita kena terima qada dan qadar. Abang pasti ada hikmah di sebalik semua ini.”
“Bila dia dah sedar nanti, saya nak ajak dia tinggal dengan kita. Saya dapat tahu dia sebatang kara. Selama ini pun dia tinggal dengan abang dia. Tetapi sekarang abang dia dah tiada. Bolehkan abang?” Puan Sri Saleha meminta izin suaminya. Dia memandang suaminya dengan harapan.
Tan Sri Latif mengganggukkan kepalanya. Dia menggenggam tangan isterinya.
“Kita balik ye. Dah seharian awak kat sini. Saya dah call Adam. Mintak dia jaga malam ini,”
Cazlin membuka matanya perlahan-lahan. Di manakah dia berada? Mengapa semuanya serba putih? Eh, kenapa aku pakai baju ni? Cazlin bangun perlahan-lahan. Dia memegang kepalanya. Sakitnya. Apa dah jadi dengan aku? Dia memulas tombol pintu bilik yang serba putih itu. Mana along? Kenapa aku sorang-sorang kat sini? Dia berjalan lagi. Sunyinya. Kepalanya mula berdenyut-denyut. Dia jatuh terduduk. Pandangannya mula menjadi dua dan tiga. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya. Lelaki itu mendukungnya. Dia berasa sangat selamat di dakapan lelaki tersebut.Along ke? Tapi along tak pakai minyak wangi. Dia cuba membuka mata. Tapi pandangannya kembali menjadi dua dan tiga.. Dia memejamkan matanya kembali.
Cazlin melangkahkan kakinya masuk ke rumah Tan Sri Latif. Besarnya rumah orang kaya ini. Sudah beberapa kali dia cuba menolak untuk tinggal bersama-sama dengan Paun Sri Saleha. Namun Sifat keibuan Puan Sri Saleha dan kebaikan Tan Sri Latif benar-benar meruntun hatinya. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri tersebut menyentuh relung hatinya. Satu perasaan yang tidak pernah dirasakannya selama ini. Beginikah rasanya mempunyai ayah dan ibu?
“Mari aunty tunjukkan bilik Lin. Lin pun belum cukup sihat lagi. Doktor suruh Lin banyak-banyakkan berehat.” Ujar Puan Sri Saleha sambil merangkul tangan Cazlin. Tan Sri Latif melemparkan senyum mesra kepadanya. Begitu juga orang gaji Puan Sri Saleha. Ada tiga orang. Seorang sudah berumur 50-an dan dua orang lagi kelihatannya masih muda remaja.
“Lin tak mahulah menyusahkan keluarga Tan Sri dan Puan Sri…Lin …” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Puan Sri Saleha menyentuh bibirku dengan jari telunjuknya.
“Lin jangan panggil Puan Sri boleh? Kalau boleh, panggil sahaja mama. Mama rayu sangat. Mama dah terhutang nyawa dan budi dengan Lin dan arwah abang Lin. Bolehkan?” Puan Sri Saleha memandangku dengan pandangan yang cukup meruntun hatiku.
Air mataku menitis laju menuruni pipiku. Haruskah aku menerimanya. Budi yang aku lakukan bukanlah minta dibalas. Namun aku rindu ibu. Kasihnya tidak pernah aku rasa. Mungkinkah ini peluangnya? Adakah ini hikmah di sebalik semua ini?
“Mama…”
Adam mudar-mandir di hadapan bilik Cazlin. Eee, nak ketuk ke tak? Aduh, mama ni. Aku pulak yang disuruh panggil Cazlin. Adeh, gi mana sih? Hah, terkeluar pula bahasa si Yanti orang gajiku. Adam mengetuk pintu bilik Cazlin.
Tuk,tuk,tuk. Adam mengetuk sekali lagi. Eh, takde jawapan pun. Tidur ke? Eh, awal lagi. Baru pukul 8.10 minit.Isya’ pun belum masuk lagi. Adam membuka pintu bilik Cazlin perlahan-lahan. Dilihatnya Cazlin terbaring di atas sejadah sambil bertelekung. Cepat-cepat Adam mendapatkan Cazlin. Ya Allah, kenapa dengan budak ini?
“Mama!!!Papa!!!!” Adam menjerit memanggil mama dan papanya. Dia mencempung Cazlin ke atas katil. Gadis ini berpeluh-peluh. Ada linangan air mata di pipi gadis ini. Adam mengusap air mata Cazlin. Panasnya pipi dia? Adam melekapkan tangannya ke atas dahi Cazlin.
“Kenapa Adam?Kenapa dengan Lin?” suara ibunya cemas.
“Lin demam kot, mama. Badan dia panas.” ujar Adam.
“Demam rindu kat abang dia agaknya. Kasihan,”Puan Sri Saleha mengusap kepala Cazlin. Dia tahu gadis itu masih tidak dapat menerima kehilangan abangnya. Penerimaan Cazlin yang terlalu tenang memang membimbangkan Puan Sri Saleha sekeluarga. Cazlin tidak sedikit pun menitiskan air mata sewaktu menziarahi pusara arwah abangnya. Cukup tenang menerima pemergian abangnya yang dikasihi.
Adam melihat jam di dinding. Hm, sudah 3.00 pagi. Hai tekak. Sudah pukul berapa kau mintak air ni? Adam melangkah ke dapur. Selesai membasahkan tekaknya, dia menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Dia melalui bilik Cazlin. Dia terdengar suara. Macam suara Cazlin sahaja. Adam membuka pintu bilik Cazlin. Dia melihat Cazlin sedang mengigau. Dia memanggil-manggil arwah abangnya.
“Along..along jangan tinggalkan Lin. Lin rindu…”
Adam mengambil kain yang berada di dahi Cazlin. Dia mencelup kain ke dalam besen yang berada di tepi katil. Lalu meletakkannya perlahan-lahan di dahi Cazlin. Saat dia mahu berlalu pergi, Cazlin menarik tangannya.
“Along..” itu sahaja yang keluar dari bibir mungil gadis itu. Adam tidak sampai hati mahu menarik tangannya. Adam menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Nasib baik adik kembarnya Ayuni dan Ayuna tiada di sini. Kalau tidak habislah. Kecohlah satu rumah ini dengan apa yang dilakukannya.
Adam duduk di birai katil. Apa aku nak buat? Bila dia nak lepaskan tangan aku? Takkan aku nak tarik? Aku tidaklah sekejam itu. Adam merenung Cazlin. Cantiknya dia. Tengah tidur pun cantik. Dia tidak mengenakan secalit pun make up. Cantik dan comel. Dia ini mix ke? Wajah macam Pan-Asian. Wajahnya ala-ala aktres yang baru kahwin tu. Apa nama dia? Eh, lupalah pula. Hah, Maya Karin. Memang seiras tau. Tetapi kejelitaannya tenggelam lepas aku kena rempuh dengan beg bangla dia. Hari ini pula dia dah tinggal serumah dengan aku .Abang dia meninggal dunia akibat terkena tembakan. Mujurlah pihak polis bertindak pantas sebelum lebih banyak nyawa yang terkorban. Mataku semakin berat.Ai, mengantuknya. Oi budak samseng, bila kau nak lepaskan tangan aku daa…
Cazlin memeluk bantal busuknya dengan erat. Tapi kenapa bantal busuknya besar semacam.Bau pun macam kenal. Bau minyak wangi yang dia hidu tempoh hari. Cazlin membuka matanya perlahan-lahan. Wajah seorang lelaki yang sedang enak tidur di sebelahnya. Eh? Aku belum kahwin lagi kan?
“Aaaaaaaa….” jerit Cazlin sambil menendang Adam dengan sekuat hatinya. Adam jatuh tergolek ke bawah katil. Cazlin menarik selimut menutupi tubuhnya. Adam mengurut-urut pinggangnya. Adei, sakitnya jatuh terhentak. Perutnya pula senak ditendang budak samseng itu. Tiba-tiba kedengaran suara Puan Sri Saleha mengetuk pintu bilik Cazlin. Adam menunjukkan isyarat dengan meletakkan jari telunjuk ke mulutnya. Lalu dia menyorok di bawah katil. Cazlin mendengus.
“Jahat!” getus hati Cazlin.
Cazlin membuka pintu biliknya. Dia melemparkan senyum manis buat Puan Sri Saleha. Dia pun tak mahu Puan Sri Saleha menyangka yang bukan-bukan tentang dirinya.
“Kenapa Lin.Mama dengar Lin menjerit. Kenapa Lin?” soal Puan Sri Saleha bertubi.
Cazlin tersengih-sengih. Alamak, apa aku nak ‘goreng’ dengan mama?
“Err, Lin Nampak lipas kat toilet.Terkejut.Tapi Lipas tu dah lari.Terkejut agaknya dengar Lin menjerit.Maaflah mama.Lin tak berniat nak buat mama terkejut.” Ya Allah, ampunkanlah hambaMu.
“Oh, mama ingat apa-apa jadi kat Lin tadi.Yanti! kamu ngak kemas bilik betul-betul ya?Kamu mahu dipotong gaji ya?” ujar Puan Sri Saleha sambil menuruni anak tangga.Mulutnya bising memarahi Yanti.Nasiblah kau, Yanti..Cazlin menutup pintu biliknya semula.Adam juga keluar dari persembunyiannya.
“Apa yang awak buat kat dalam bilik saya?Apa yang awak buat atas katil saya?Awak nak ambil kesempatan ea?”marah Cazlin.Tangannya mencapai selipar comel di tepi katil.Dia membaling sebelah dari selipar itu ke arah Adam.Adam mengelak.
“Kau dengar dulu penjelasan aku.Kau menggigau malam tadi.Aku..pun tengok kau.Aku..” belum sempat Adam menghabiskan kata-katanya sebelah lagi selipar melayang ke arahnya.
“Awak tengok saya?Awak tengok saya menggigau?Nonsense..Keluar!Keluar dari bilik saya, perogol!!”marah Cazlin.
“Okey..okey.”Adam cepat-cepat berlari ke muka pintu.Sebelum dia keluar sempat dia memulangkan paku buah keras kepada Cazlin.
“Kau tetap perempuan yang menakutkan walaupun dalam tidur!!!”
Cazlin menjeling tajam ke arah Adam yang keluar dari biliknya dengan tergesa-gesa.Cazlin mengeluh.Aku ini memang tak boleh nak buang tabiat lama tu.Kuat menggigau semasa tidur.Aku faham maksud Adam.Rasanya Adam tak salah.Dia cuma nak tolong.Tapi takkanlah sampai tidur atas katil aku.Along pun cakap macam itu.Along pun cakap aku kuat menggigau.Along..rindunya kat along.Macam mana Lin nak hidup tanpa along?
Cazlin mengusap-usap si Putih. Hari ni restoran along tak ramai pelanggan. Rileks kejaplah. Inilah rutin aku. Aku akan menolong along di gerai bila sahaja aku ada kelapangan. Aku jarang pulang ke kampung. Siapa lagi yang ada di kampung. Along yang menjaga aku selama ini. Along, atuk dan nek Mah yang menjaga aku sejak dari kecil. Tetapi semenjak atuk dan nek mah pulang ke rahmatullah, aku sudah jarang pulang ke kampung. Tiada sesiapa lagi yang menantiku di sana.
“Lin, ambik order!!!” jerit alongku.
“Siap,” sahutku lalu menuju kea rah pelanggan yang sedang memenuhi meja di ruang hadapan.
“Selamat datang. Nak makan dan minum apa?” tanyaku sambil mencari pemilik wajah pelangganku yang sibuk mengikat tali kasutnya. Sebaik sahaja pelangganku itu mengangkat wajahnya dan memandang wajahku, pensil serta buku nota kecil di tanganku terlepas dari pegangan tanganku. Brader tu!
Brader tersebut mengangkat pensil dan buku nota kecilku lalu menghulurkan kepadaku. Sempat juga dia menghulurkan senyuman manis kepadaku. Aku menyambutnya. Namun, entah mengapa secara tiba-tiba otot mukaku menjadi keras.
“Awak ni suka jatuhkan barang. Saya nak kopi O.” ujarnya. Brader tersebut tersenyum kepada rakannya yang berada di sebelahnya.
Selesai mengambil order aku cepat-cepat meninggalkan brader tersebut. Eee, kenapalah aku jumpa semula dengan brader ni? Argh, tidak. Macam tak percaya je. Tiap kali jumpa aku mesti buat perkara yang memalukan diriku sendiri.
“Siapa pula awek tu, Adam? Cun gila. Macam mana kau boleh kenal dia? Aku tak pernah tengok dia pun.” Soal Syafiq. Dia masih merenung gadis tersebut. Inilah gadis melayu paling cantik yang pernah dia jumpa.Putih melepak, ada lesung pipit, sebijik macam Maya Karin.
Adam tersenyum lagi.
“Minah samseng tu?”
“Samseng? Aik, punya lawa kau panggil dia samseng? Apalah kau ni?”
“Dialah minah yang aku jumpa kat komuter hari tu. Minah yang hempuk aku dengan beg bangla dia tu,”
Syafiq ketawa terbahak-bahak.
“La, dia ke? Macam tak percaya je. Cun gila macam ni, boleh pula jadi samseng? Ish, macam tak percaya je.”
“Itu la pasal. Kalau tak kereta aku buat hal kat Seremban, kena naik komuter, tak payahlah aku nak bersusah payah kena hempuk dengan beg bangla dia.” ujar Adam sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Weyh, kau tak baik-baik lagi dengan si Hana ke? Kau hilang beberapa hari tu, hari-hari dia datang cari kau tau tak? Sampai aku pula yang naik lemas tengok gelagat dia. Perang besar nampaknya kau dengan dia?”
“Biar dia rasa. Sabar aku pun ada batasnya tau tak? Dah tiga kali aku propose dia. Jawapannya tetap sama. Tak habis-habis dengan jawapan tak bersedia. Kerjaya baru nak bermula la konon. Aku pun dah tawar hatilah.”
“ Biasalah, bintang baru nak meletup. Muka tengah laku sekarang. Macam tu lah. Nasib kau la berkasih dengan bintang popular.” Syafiq tergelak kecil. Kesian sungguh dengan membernya yang seorang nih. Bercinta bagai nak rak dari zaman sekolah. Bila si Hana dah menjadi bintang popular tanah air, memang membernya itu makan hati setiap hari. Itulah bahana kalau bercinta dengan artis terkenal. Susah nak beri komitmen.
“Mama aku dah sibuk suruh kahwin. Aku dah pening tak tahu nak buat macam mana. Mama bagi aku had sampai sebelum umur aku masuk 28. Sekarang umur aku 27. Lagi setahun beb. Si Hana pula mintak aku tunggu dia lagi 4 tahun. Mati aku Fiq.” Adam meraup wajahnya. Terbayang wajah ayu Hana Nadia. Memang aku sayang gila kat dia. Tapi mak…
“Kau bagi jelah kata dua kat Hana. Kau cakaplah yang mama kau nak kahwinkan kau dengan orang lain. Haa, mesti dia jadi kalut. Mesti dia sendiri propose kau kat mak kau. Perempuan beb. Bukan susah sangat nak handle,” ujar Syafiq sambil mengangkat kening kirinya. Dia melemparkan senyum nakal kepada Adam.
Adam tersenyum. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Geram sungguh dia dengan si Hana. Awek dari zaman sekolah tu. Bertahun-tahun menyemai cinta. Sudah tentulah dia ingin mengakhirinya dengan ikatan suci. Namun Hana memandang sepi hasrat hatinya. Katanya ingin mengukuhkan kerjayanya yang kini berada di kemuncak. Hai, nasib baiklah buah hati pengarang jantung.
Hadi menyusun kerusi di restorannya.Satu persatu. Dia melihat adiknya yang turut menyusun kerusi bersama-samanya. Kasihan. Ada sahaja waktu terluang pasti adiknya akan membantunya di restoran. Adiknya tidak seperti remaja lain. Mungkin remaja lain suka berhibur, berpeleseran, keluar melepak dengan rakan-rakan pada waktu-waktu cuti begini. Adiknya lebih suka membantunya di restoran. Adiknya tak pernah berasa kasih ibu dan ayah. Ayah mereka meninggalkan mereka sekeluarga ketika adiknya baru berusia 3 bulan dalam kandungan ibunya. Ibu pula meninggal sebaik sahaja melahirkan Cazlin. Pada dirinya, atuk dan nek Mah adiknya menumpang kasih. Cazlin tak pernah meminta apa-apa darinya. Dia harap dapat menjaga adiknya sampai bila-bila.
“Lin, esok kita tak berniaga tau. Kita cuti rehat ye, dik.”
“Cuti? Esok kan hari minggu,long. Customer mesti ramai. Rugilah along nanti. Lagipun along tak pernah ambil cuti hari minggu. Along nak pergi dating ek?” usik Cazlin terhadap abangnya. Tangan semakin pantas menyusun kerusi ke satu sudut. Manakala alongnya menutup pintu kedai.
“A’ah. Along nak pergi dating,”
Cazlin teruja. Wah, alongnya sudah punya kekasih. Satu perkembangan yang baik. Yelah, sudah cukup pengorbanan along terhadap dirinya. Tidak kahwin-kahwin walaupun umurnya sudah menginjak 34 tahun. Along tidak mahu tumpuannya terhadap dirinya terjejas apabila dia sudah berkeluarga kelak. Sampai begitu sekali pendirian along terhadap dirinya.
“Wah, dengan siapa? Lin tak tahu pun,”
Hadi tersenyum.
“Dengan Lin la..,”
Cazlin konfius. Apa ni? Along main-mainkan aku ke?
“Sebenarnya along nak bawa Lin pergi bercuti kat Langkawi. Ini sebagai hadiah Lin dapat anugerah dekan semester lepas,”
Cazlin yang terlalu terkejut dengan tawaran abangnya terlepas kerusi dari pegangan tangannya. Habis kerusi-kerusi yang disusunnya menimpanya. Hadi mendapatkan adiknya.
“Ya Allah, dik. Lin tak apa-apa? Hadi mengangkat kerusi-kerusi yang menimpa adiknya. Nasib baiklah cuma kerusi plastik. Lin, Lin..
Cazlin memeluk abangnya. Dia memeluk dengan erat. Hadi turut memeluk adiknya. Dia mengucup dahi adiknya.
“Lin mesti jaga diri baik-baik. Abang tak suka Lin cuai macam ni. Kalau abang takde nanti siapa nak tolong Lin? Lin da besar tau. Lin dah boleh kahwin. Siapa nak kahwin dengan Lin kalau Lin clumsy macam ni?”
Cazlin menumbuk dada alongnya.
“Apa along cakap ni? Dah.. dah… Jom kita balik. Esok kan nak pegi holiday. Kita belum kemas barang lagi,”ujar Cazlin sambil cepat-cepat menyusun kerusi yang sudah bertaburan. Hadi tergelak melihat telatah adiknya. Malulah tu.
Bab 1
Cazlin menghempaskan beg bajunya di atas bangku bus stop kolejnya. Beratnya beg aku ini. Rasa-rasanya berat begnya menyamai beras empat kilo kot. Itulah yang aku benci kalau cuti tentang cuti semester. Sudahlah terpaksa menunggu bas berjam-jam lamanya. Nak kena berebut naik bas. Lepas itu nak kena tukar naik komuter. Lepas itu, nak kena tukar naik LRT. Argh, beginilah nasibku.
“Woi, hang ni nak balik Bangladesh ka? Aku tengok beg hang ini berat gila. Belum campur hang punya laptop kat bahu,” Farah memandangku dari hingga ke bawah. Alah minah kedah ni, apsal dia ada kat sini pulak. Malas aku nak layan. Dia ini kalau dah bercakap tak berhenti.
“Aku ini ada kecelaruan mental sikit. Sayang nak berpisah dengan baju-baju kesayangan aku selama sebulan ini,”
Farah mengherotkan mulutnya.
“Iyalah hang ni. Aku tahulah hang ambik course psikologi. Takkan dah habis exam pun nak cakap pasal kecelaruan mental hang tu jugak,”
Cazlin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Iye tak iye jugak.
“Weyh, aku nak datang Melaka next week. Aku nak datang rumah hang. Hang bawa aku naik Menara Taming Sari tau. Aku nak jalan-jalan kat Melaka. Aku nak naik Eye Of Melaka, naik bas Double Decker, pergi Kota A Famosa… banyak lagilah,”
“Aku yang memang truly orang Melaka ni pun memang tak pernah naik menatang tu. Kau yang jauh-jauh ni pulak yang sibuk nak naik menatang tu.”
“Aku tak kira. Aku tau bila aku sampai Melaka Sentral nanti hang jemput aku tau. Ok. Aku chow dulu. Daa..”
Cazlin melihat sahaja sahabatnya menaiki sebuah kereta Toyota Altis milik Shamsul. Bestnya ada pakwe yang berkereta. Si Farah ni bukannya reti nak balik masa cuti-cuti ini. Tak habis-habis berdating dengan si Shamsul. Eee, jeleslah pulak. Iyelah, kalau aku ada pakwe yang ada kereta tak payahlah aku nak bersesak-sesak naik bas, komuter dan sebagainya. Beginilah nasib diriku.. Ah, bukankah single itu lebih baik? Couple make trouble, right?
Aku cepat-cepat masuk ke dalam komuter. Maaflah brader, aku terpaksa jugak tolak brader tu demi mendapatkan tempat duduk di dalam komuter ini. Tapi hampeh, tiada satu pun tempat duduk kat dalam ni. Semuanya dah penuh. Aku mencari-cari brader yang aku tolak sebentar tadi. Manalah tahukan, mesti brader tu bengang gila aku tolak dia. Mesti dia kata aku perempuan tak bertamadun. Wakaka.. Tiba-tiba ada sorang wanita berbangsa Cina masuk ke dalam train ketika kedua-dua pintu train komuter hampir bersatu. Ini lagi sorang geng aku. Tak bertamadun. Kalau tersepit macam mana? Tiba-tiba mataku terpandang wajah brader yang aku tolak sebentar tadi. Pandangan matanya tajam. Alamak, dia pandang akulah. Aku memusingkan tubuhku ke arah perempuan Cina itu tadi. Aku berpura-pura sibuk memandang wanita Cina itu. Hampir 10 minit aku memandang gelagat wanita Cina itu. Betul ke tak perempuan ini? Tak boleh duduk diam ke? Dari tadi dok menggeliat. Sekejap-sekejap buka ikatan rambut dia. Lepas itu dia mengikat rambutnya semula. Nak tarik perhatian ke? Tiba-tiba wanita Cina itu, mengambil sesuatu dari dalam begnya. Deodorant. Dia nak buat apa dengan deodorant tu?
Masya-Allah. Dia pakai deodorant tu kat tengah-tengah tren ni? Aku melihat sekelilingku. Majoritinya adalah kaum adam. Wanita Cina ni nak buat lawak antarabangsa ke petang-petang ni. Aku mengalihkan tubuhku ke arah lain. Aku ingin menahan tawaku. Sahlah perempuan ini kurang siuman. Aku cuba sedaya-upaya menahan tawaku.Tak baik gelakkan orang Cazlin. Mataku sekali lagi terpandang brader tersebut. Cis, dia masih memandangku. Aiseymen, aku dah langgar perogol bersiri ke? Aduh, masalah besar ni. Apa aku nak buat? Stesen UKM ke stesen Bandar Tasik Selatan bukannya jauh sangat. Setengah jam sahaja. Kenapa aku rasa macam tren ni merangkak je ek? Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini. Matikanlah aku dalam iman..
Alhamdulillah, sampai juga aku kat stesen Bandar Tasik Selatan. Cepat-cepat aku keluar dari tren tersebut. Tiba-tiba ada seseorang memaut bahuku. Aku memalingkan wajahku. Ah, brader tadi. Aku pun menghayunkan beg bajuku ke arah lelaki tersebut. Aku pun membuka langkah silat yang tidak pernah aku pelajari. Itulah akibatnya atas kedegilan aku untuk mewarisi seni ilmu persilatan dari datukku. Dasar cucu pemalas. Rasa-rasanya gaya yang aku buka ini bukan berbentuk orang yang bersilat lagi, tetapi dah macam gaya Tai Chi. Ah, gasaklah. Kita kena buat-buat berani walaupun kita adalah manusia yang paling penakut dalam dunia ini.
Brader itu jatuh terjelepuk akibat beg seberat beras empat kilo yang aku bawa. Rasalah kau. Aku semakin bengang melihat brader tu tergelak. Cis..
“Apa yang awak nak dari saya hah? Baik awak cakap sebelum saya lepuk awak!!”
Lelaki itu bangun perlahan-lahan. Dia rileks je. Sempat juga membersihkan seluarnya. Muka macam baik. Alamak, toughnya badan dia. Tinggi macam Beckham. Aku ni dahlah kecik, ketot pula. Tak setanding langsung dengannya.
“Budak samseng..”ujar lelaki itu pendek.
Nafasku semakin turun naik. Kurang ajar betul mamat ni.
“Perogol!!” pantas sahaja mulutku menjawab.
Mamat tersebut mengerutkan keningnya. Eh minah ni. Muka sahaja cun. Memang cun gila. Malangnya perangainya lagi gila daripada orang gila.
“Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk aku pula dengan beg bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula. Eeei, kau ni kan….”
“Takkan sebab saya terlanggar badan awak, awak nak ikut saya macam perogol bersiri? Lepas tu tenung saya macam saya tak pakai baju. Awak fikirlah sendiri. Takde perempuan yang suka ditenung macam tu. Saya tak suka awak tau tak!!!” jawab aku dengan marahnya. Aku takut sebenarnya. Aku buat-buat je. Waa, mak…
“Nah!!!Bisinglah awak ni,”
Lelaki tersebut menghulurkan handphone N73 milikku betul-betul dekat dengan hidungku. Aku menyambutnya. Eh?
“Kau langgar aku macam samseng. Handphone kau tu jatuh betul-betul kat kaki aku. Ikutkan hati aku, malas nak kutip handphone kau tu. Nasib baik aku sempat masuk tren tu. Aku nak pulangkan masa kat dalam tren. Tapi tren tu penuh sangat. Nak panggil nama aku tak tau. Kebetulan kau turun stesen yang sama dengan aku.”
Cazlin menelan air liurnya. Alamak, malunya. Apa aku nak buat ni? Rasa macam nak lari 1000 meter tanpa henti. Eh, tak boleh. Aku kan semput.
“Ye ke?” itu sahaja yang mampu aku katakan. Lidahku kelu. Ya Allah, besarnya salah aku kat brader ni. Inilah akibatnya kalau suka bersangka buruk kat orang.
Lelaki tersebut tergelak. Aku pula berasa pelik. Aku ada buat lawak ke? Atau muka aku yang dah berubah jadi badut?
“Kau jangan buat muka macam tu. Perogol pun lari tengok muka kau macam tu tau tak?”
“Saya minta maaf.Er…” aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Apa aku nak cakap? Aku dah malu gila ni.
“Its ok. Aku faham kalau perempuan macam kau bereaksi macam tu. Aku blah dulu la. Bye budak samseng…” Brader tersebut meninggalkan aku. Aku menekup mukaku. Aduh, aku dah buat lawak antarabangsa. Hari ini dalam sejarah. Ah, lantaklah. Aku tak kenal dia. Dia tak kenal aku. Aku takkan jumpa lagi dia sampai bila-bila. Dia pun takkan jumpa aku lagi sampai bila-bila. Yup, Cazlin. You can do it. Chaiyok…
hari ni masuk hari ke-3 umat islam berpuasa..alhamdulillah..
hari ahad yg lalu, along aku dtg kolej..die bawa ak pegi tesco. beli makanan asasi. ala, buat stok dlm bilek saat2 kecemasan...hehe..
waktu kat tesco tempoh hari, aku tengok ramai gila orang kat bahagian makanan basah a.k.a daging, ayam dan lain2. ramainyeee..aku cakap kat along..
along senyum je. along cakap ..biasalah..orang nak pegi pasar..nak tempat yg selesa, xpanas, xlecak/ berlumpur..ade air cond..
aku teringat kat ayah dgn mak..
dlu mse aku kecik2 ayah marah kalo aku nak ikut pegi pasar. ayah kata panas, nanti seluar adik kotor kena lecak,lumpur. tapi aku tetap nak ikut. beria-ia nak ikut..jadi nak tak nak ayah kena paksa rela dgn aku bawa aku pegi pasar. dulu aku tinggal kat KL. Jadi ayah selalunya akan pergi pasar pudu. memang besar dan sesak. penuh manusia dari pelbagai kaum.
mula2 sekali ayah akan lipat kaki seluar aku. pastu ayah pegang kuat tangan aku masa kat pasar. aku akan tolong ayah pegang barang2 yang ayah beli. seronok sangat. ak dengar abang2 yang potong daging tu sibuk promote daging dorg. berlawan2 dgn gerai2 berdekatan. ak seronok tgk gelagat diorang. gelagat makcik2 yang tawar-menawar. muka penjual ikan yang bengang dgn makcik2 yg tawar menawar...haha..aku rindu saat2 tu..ak nak jadi kecik balik..bercerita tentang pasar nih betul2 mengundang noltalgia indah yg ak akan kenang sampai bila2.
bagi aku pasar yang macam tu la baru best. barang2 dorg pon segar2 dan berada dlm keadaan baik.. harga pun murah..bagi keluarga yang berpendapatan sederhana macam kami, memang kami akan cuba cari brg yg murah..yelah nak save budjet utk benda2 lain jugak kan..tapi tak kisahlah..kerana ia menjadikan kami sekeluarga manusia yang lebih bersyukur tahu nikmat hidup...
alhamdulillah...
ape yang aku paling suka tiap kali bulan ramadan menjelang?
- aku paling suka dengar azan subuh..ntahlah .. hati rasa sangat sayu. aku dapat merasakan hari-hari yang aku tinggalkan semakin jauh. aku sedih kerana ade masa2 gembira yang aku tinggalkan.
-aku paling suka mse petang..wktu kecik2, ayah mesti tanya ak nak makan ape? jrg ak plan ape yg ak nk mkn sbb ape yg penting ak dpt bukak poce sme2 ngn famili aku. itu yg aku ingin dan nikmat itu lebey berharga dari nikmat dapat makan sedap2..
byk lagi la..tp ak xingat..
dan aku xtahu kenapa..tiap kali bulan ramadan menjelma, aku jadi perindu yang tenat.
aku terlalu dan amat rindukan dia. perasaan ini tak dapat aku singkapkan mahu gambarkan kenapa... ianya misteri..ak sendiri tiada jawapan kepada soalan ini...sungguh, aku rindukan dia..namun rindu ini ak humbankan jauh2 ke sudut hati aku yang terdalam... seolah2 ak tak pernah ingatkan dia.. sedangkan hati ini terlalu sarat dan penuh dengan rindu2 yang tak tertanggung. aku cuma suka dia. aku cuba menjalani hidup ini seperti orang lain. aku tak mahu menyusahkan sesiapa dengan perasaan bodoh ini. ak tak mahu menjerit dan mengatakan pada satu dunia aku adalah insan yang terluka teruk dan parah. kerana ada lagi hati lain yang perlu aku jaga. kerana hidupnya aku pada hari ini ade yang lain lebih berjasa..tanpa mereka aku tiada di sini...kewarasan dan kenormalan aku kerana mereka..
disanjung-sanjung
diingat manusia nun jauh
cuma meminta sedikit pengertian
kerana aku manusia biasa
punya hati dan perasaan
aku bisa menanggungnya
cuma kadang kala
benteng hatiku ampuh
namun akan aku bina ia semula
sepantas mungkin
sebelum ada yang bisa mencerobohinya...
tidak ada yang bisa...
jika aku sendiri tidak mengizinkan..




