Assalamualaikum...

Pagi sabtu yang indah dan cuaca yang cantik sekali...subhanallah...almaklumlah..cuaca selepas hujan. Memang sejuk dan mendamaikan....

Sambil-sambil tu aku menonton Filem Syurga Cinta arahan Ahmad Idham. Cerita yang menarik dan aku terhibur dengan gelagat kanak-kanak yang membawakan watak sebagai adik kepada Awal Ashaari. Comel dan bersahaja.

Mesej yang cuba disampaikan bagi memang santai dan berguna. Malah mengingatkan aku yang aku ni manusia yang penuh dengan kekhilafan diri. Aku lalai dan semakin jauh dariNya. Entahlah...selama aku melakukan kesilapan, aku bukannya tak sedar...tapi buat-buat tak sedar. Sengaja. Mengiakan dan membenarkan kesilapan yang aku lakukan.

Aku akui...aku mengambil ringan dalam soal solat fardhu. Amalah hati aku sudah tidak seperti dulu. Bukanlah ingin membangga diri. Jika dulu, aku tertinggal satu pun waktu solatku, aku jadi tak keruan. Aku susah hati. Tapi sekarang? Aku langsung dah tak rasa bersalah jika tertinggal solat. Buat tak mengapa sahaja. Mana pergi perasaan itu?

Aku takut aku semakin jauh. Tolong aku Ya Allah. Aku ingin dekat denganMu Ya Allah. Kembali perasaan itu padaku.





Ingin aku kongsikan sedikit ilmu yang aku peroleh melalui filem yang aku tonton sebentar tadi.

Sesungguhnya jodoh itu ada tiga.

1. Jodoh dari syaitan.
Jodoh yang mana datangnya dari maksiat. Sebagai contoh, Encik A berkenalan dengan Cik B. Mereka berpegangan tangan, melakukan maksiat hinggalah Cik B mengandung. Maka terlahirlah ikatan pernikahan antara Encik A dan Cik B.

2.Jodoh dari jin.
Jodoh yang mana datangnya dari bomoh dan sihir. Encik A menyukai Cik B. Tetapi Cik B tidak menyukai Encik A. Maka Encik A mendapatkan khidmat bomoh agar Cik B jatuh cinta dan sayang padanya. Ikatan perkahwinan pun terjadi akibat dari peristiwa santau atau apa-apa sahaja yang berkenaan dengannya.

3. Jodoh dari Allah.
Jodoh yang mana datangnya dari hati yang tulus ikhlas dari mata turun ke hati. Maka Encik A pun masuk meminang Cik B.

Namun, aku berharap entri aku ini tidak menyentuh mahupun menyakiti mana-mana pihak atau pun para sahabat handaiku. Aku tahu aku juga tidak sempurna. Aku pun bukannya budak baik, innocent. Ada juga jahat aku yang korang tak tahu. Mungkin juga aku ni berlagak baik je.

Aku cuma nak muhasabah diri. Dan aku pun tak tahu sampai bila perkara ni akan kekal dalam otak aku. Manalah tahu. Kejap lagi aku buat balik kesilapan yang sama. Kita sama-sama belajar memperbaiki diri. Mungkin ada juga yang kata bukan sekarang untuk memperbaiki diri. Esok lusa kan ada lagi. Itu korang punya hal la.




p/s klik pada gambar utk resolusi lebih besar

Kat bawah ni ada la doa untuk mendapat jodoh. Aku terfikir. Aku tak pernah doa macam ni. Selalunya kita doa nak dapat jodoh yang kaya, hensem, sempurna segala-galanya. Kita terpengaruh dengan watak-watak poyo dalam televisyen dan filem. Tak terkecuali juga watak-watak lelaki macho dan kaya yang ditulis dalam novel-novel cinta. Dah nama pun manusia. Nak yang terbaik dan perfect setiap masa. Sampai lupa perfect sangat ke diri sendiri tu. Aku akui aku juga termasuk dlam golongan tersebut.

Aku tak bermaksud yang entri aku ni menyuruh korang jadik baik gila ataupun buat itu dan ini. Terpulanglah pada aku dan korang semua bagaimana nak menilai tulisan aku ni.

p/s klik pada gambar utk resolusi lebih besar
Wassalam. =D

0 comments:

Post a Comment

no talipOn