Assalamualaikum..

Hai...hari ni aku nak cakap tentang manusia bergelar kawan. HAri ni aku memulakan hari sebagai seorang pelajar tahun 2. Ye, memang sekejap sungguh masa berlalu. Macam tak percaya je dah melangkah ke tahun kedua di UKM.

Macam mana dengan hubungan korang dengan kengkwan yang korang kenal semasa di 1st year? MAsih baikkah? Atau sudah muncul bibit-bibit keretakan dan permusuhan? Relax...kita bincangkan hal ini secara santai dan tenang. Entri ini dalah bersifat umum dan tidak ditujukan khas buat sesiapa.

Anggaplah sebagai mengingatkan diri aku sendiri yang manusia ini tidak pernah sempurna. Sebab aku sendiri terkadang terlupa yang bukan semuanya akan terjadi seperti yang kita mahu. Mungkin juga aku fikir bahawa aku ini sudah cukup bagus. Hingga aku menuntut semua manusia itu seharusnya baik dan bagus-bagus belaka.

Okaylah, sebenarnya aku sedikit terlihat ada antara mereka-mereka yang bergelar kawan ini sudah mula menunjukkan belang dan ke'bagus'an masing-masing. Mereka yang dulunya kawan kini bagaikan perlahan-lahan menjadi lawan. Rasanya seperti bara yang perlahan-lahan menjadi api yang membara.

Dulu kita sama dan serupa. Semuanya indah, polos dan suci. Tak tahu apa-apa. Muka innocent.

Sekarang?.....

Demi mendapatkan apa sahaja yang kalian idam-idamkan..muka innocent tu dah bertukar jadi muka raksasa. Hehe.. diibaratkanlah...Bukanlah betul-betul ok..

Kadang-kadang aku terfikir...

" Dia ingat dia buat perangai macam tu, orang lain tak perasan ke? Kita ni dah tahu lama dah. Cuma malas nak layan."

Betul sungguh kenyataan itu. Malas nak layan dengan harapan dia akan berubah suatu hari nanti. MAsalahnya semakin hari dia semakin menunjukkan ke'belangan' beliau hingga kami yang di sekeliling ini naik menyampah dan meluat. Iye aku tahu...kadang -kadang kita tak perasan kita bersikap begitu. Memang kita perlu ditegur. Sama ada korang nak terima atau tidak teguran tu terpulang pada korang la kan. Aku ni pulak jenis yang tak reti nak menyusun kata-kata. Cakap pun berterabur. Memang payah sikit la nak tegur orang kan.Kalau tegur pun orang tak nak dengar kot. Hehe... Gagap la katakan...

tapi kita perlukan kesedaran diri la..jangan nak harap orang tegur baru nak sedar. Sekali ketuk sekali jalan. Muhasabah la diri sikit. Benda-benda tu tak payah orang nak ajar. Korang budak universiti beb..tapi kekadang ..budak universiti pun sama je..tak leh plak nak double standard kan...Manusia ni mudah lupa..tapi takkan nak kenekan ingatkan selalu..sebab ada antara korang ni yang saje je buat-buat tak tahu.Buat-buat tak paham. Bila orang tegur buat-buat paham je. tapi korang buat jugak..

Perlu ke kita membodek untuk mendapatkan sesuatu?.....

entahlah..Kalau aku..aku tak reti..bila nak cuba buat..rasa janggal. macam tak pakai baju. Malu!!! Aku tahu kdang kala kita kena juga buat ,macam tu..Tapi ada le segolongan manusia ni yang kerja nya membodek je. Sampai lupa diri. Sampai diri semdiri dah tak sedar yang orang lain dah nampak dah perangai buruk dia tu. Sampai dah tak peduli apa orang kata. Dasyat tu... Eh? korang tak malu ke?...Suka kipas orang. Tak boleh korang buat berdasarkan usaha korang sendiri? Tak boleh ke korang bersaing secara adil? Perlu ke korang wat cam tu sampai block jalan orang lain? sampai tikam belakang kawan sendiri?

Ini ke dia barisan/generasi yang bakal memimpin negara pada masa akan datang? Sikap yang sedikit demi sedikit muncul ini seharusnya dikikis. Takkan kita nak berpemimpinkan manusia macam ni? hancurlah rakyat...hancurlah negara...

Aku pun tak tahulah apasal..kurang didikan ke..kurang ajaran ke..Sebab..kadang2 segala ajaran dah diberikan secukupnya..cuma cara pembawaan diri kita yang menentukan baik buruknya diri kita sendiri...

Apa-apa jelah...

papai=D

2 comments:

mr and mrs ace said...

ahhh betul tu jeje..aku gram btul..uhu..
mmg trnyate mereka itu sgt hmpas..aargghh..emo2x
ehe..

jeje said...

sabo..sabo..

aku tak nak ko jd makhluk berbulu lak,,,

=D

Post a Comment

no talipOn