Assalamualaikum.. akhirnya minggu mesra pelajar UKM sesi 2009-2010 melabuhkan tirainya. Tirai dilabuhkan dengan meninggalkan banyak perkara-perkara manis dan pahit yang pastinya takkan dilupakan oleh setiap pemudahcara2 Kolej Keris Mas UKM. Walaupn hanya seminggu kita berkampung bersama-sama, hubungan yang mesra dan rapat terjalin dengan baik antara kita. Huhu, sorry lah kalau aku kurang mesra dengan korang. Aku akui aku memang ada skip bertugas. Apa-apa pun jutaan tahniah dan tahniah dan tahniah buat korang semua sebab menjalankan tugas korang dengan baik dan komited skali. Segala kekurangan dan cacat cela yang terjadi adalah lumrah dan telah pun terjadi. Tak perlu dipanjang dan dilebar2kan lagi. Kita ambil iktibar di sebalik semua yang terjadi. Muga kekurangan dan kecacatan yang terjadi itu menjadikan kita manusia yang lebih baik. Bukannya menjadikan kita lebih buruk dan tak berguna.

Semester baru kini akan bermula esok. Muga kita memulakan semester baru dengan semangat yang lebih berkobar-kobar dan mencipta kecemerlangan yang lebih lagi. bagi yang kurang memberansangkan kuatkan lagi semangat dan bukannya berputus asa. Nilaikan kembali kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini dan berusaha untuk memperbaikinya. bagi yang bagus dan bernasib baik..jangan leka dan terbuai dengan nikmat yang telah diberikan.

Ok..sampai di sini sahaja... Mulakan hari kita dengan senyuman esok taw...

papai..salam....=D

0 comments:

Post a Comment

no talipOn