Assalamualaikum..

Al kisahnye, tadi aku menjenguk2 laman friendster..aku ternampak la gamba kawan sekolah yang aku kenal since form 1 lagi..lelaki la...

Ini bukan kisah golongan pondan, bukan golongan yang bergaul bebas dan hidup bergelumang dosa. Mereka adalah remaja yang baik, pada akhlak dan ibadah… namun dibelenggu dosa perasaan yang tersembunyi.

Orangnya berbadan kecil, cumel dan peramah yang amat sangat. Dialah satu2nya kawan yang memanggil aku Meeez(ala-ala sebutan mat salleh). Aku akui dia memang agak lembut. Tapi masa tu dia taklah menunjukkan diri dia ke arah menjadi lelaki lembut. Dia cuma lembut dan bagi aku memang tak menjadi satu kesalahan pun.

Al-tapi nyee, oleh kerana sudah terlalu lama tidak berjumpa..kawanku ini telah berubah dengan drastiknya..Aku pun tak expexct dia akan berubah macam tu sekali...Mula berpakaian perempuan dan memakai make-up.

Aku agak kesal dengan keadaan ini. Sebab dia kawan aku. Aku sayang dia sebagai manusia. Tak kiralah berapa byk pun kelemahan dia. Kita cuma manusia biasa. Aku tak harap kawan-kwan aku yang gugur dalam meniti usia remaja. Aku rasa sayang. Aku tak ksah jauh mana sekalipun pelajaran korang...setinggi atau sebiasa mana pun tahap pekerjaan korang..asalkan ia halal. Aku tetap kawan korang...InsyaAllah..yang susah dibantu..semampu yg aku boleh.

Dan aku tahu kawan aku ni..taklah sampai melakukan kerja-kerja yang tak senonoh. Skang die part time mengandam means juru andaman amatur. Aku harap kalau die baca entri aku ni aku nak dia tahu dia tetap kawan aku. Walau macam mana bentuk rupa dia sekalipun. Aku juga harap dia akan kembali menjadi 'dia' yang aku kenal dulu. Kita tetap kawan sampai bila-bila. Aku nak dia tahu yang kalau dia mengalami apa2 kesusahan, dia boleh cari aku bila-bila je....

Di bawah ni sedikit artikel dari internet yang sempat aku ambil untuk dikongsi bersama,..

TRANSEKSUAL

Jika diteliti, perbuatan makyah, podan dan sebagainya bolehlah dianggap sebagai gejala transeksual. Ia bolehlah didefinisikan sebagai seseorang yang percaya bahawa dirinya tidak mewakili atau menggambarkan sifat jantinanya yang sebenar. Transvestite ialah orang yang mengamalkan “transvestism” yang ditakrifkan sebagai “the unnatural desire to wear the clothing of opposite sex” atau keinginan memakai pakaian berlainan dengan jantinanya. [Longman Dictionary of Contemporarry English (1978)].

Dapat dirumuskan transeksual ialah lelaki atau perempuan yang berkeinginan memakai pakaian silangan, iaitu lelaki suka memakai pakaian perempuan atau sebaliknya, dan daripada segi keinginan seksnya dia berkeinginan kepada jantina yang berlawanan dengan jantinanya sendiri. [ Noor Aziah Mohd Awal (2005)]. Malah, golongan ini juga cenderung untuk melakukan pembedahan pertukaran jantina.

PERSPEKTIF ISLAM

Jika diperhatikan menurut perspektif Islam, adalah jelas amalan transeksual ini amat ditegah oleh Islam. Ini berdasarkan kepada beberapa petikan ayat al-Quran antaranya seperti berikut “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata…” [Surah al-Nisa' ayat 119].

Terdapat juga sebuah hadis yang bermaksud “Rasulullah melaknati lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” [Hadith Riwayat al-Bukhari, No. 5546]. Adalah jelas bahawa berdasarkan dalil-dalil tersebut menunjukkan betapa Islam menolak sekeras-kerasnya amalan transeksual di kalangan umat manusia.

Ada di antara mereka menjadi mangsa kecenderungan ibu bapa, yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa, lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang, atas kesilapan ibu bapa. Mereka yang dari kumpulan ini, lazimnya turut berpewatakan lembut kesan persekitaran yang disentuh ke atas mereka.

Manakala sebahagian yang lain pula, pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja, dicemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka… hingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan.

0 comments:

Post a Comment

no talipOn