KALAU BUKAN KERANA CINTA
Kalau bukan kerana cinta
tak mungkin aku jadi Majnun
gila kerana terluka
terumbang dalam perasaan
tumbang pada keinginan
hilang di tengah lautan
Kalau bukan kerana cinta
tak mungkin aku jadi Tuah
mengharap orang bahagia
sanggup mencederakan jiwa
memendam cintamengorban rasa
Kalau bukan kerana cinta
tak mungkin aku jadi aku
yang selalu keliru
mencari maknanya
di sebalik kata-kata puisi
jamrihusen.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment