25 May 25, 2009
Assalamualaikum…
Memori semasa aku di tingkatan 6 mengusik sudut hatiku lagi. Rindu sungguh pada “sailormOOn-sailormOOn” aku means my friends kat hostel la…
t-Rex- sempoi
Lub-mempunyai pandangan mata yg cukup tajam
Leha-solehah, tapi pandai rap
e-chah- S.E.N.G.A.L
cik Noi-suka wat lawak antarabangsa, bila gelak konpem pecah anak tekak..
Wana-muke gangster, tapi bile tengok crite seputeh kaseh Ramadan…menangis..
kaTie-bila marah, tuhan je yg tahu. Loker hostel pecah kerana kemarahannya
Faana-peh, bile sound memang pedas
edOt- selamba gila babi. Otak memang blue abis.hehe
amy- ini pun, jgn bikin die marah..huhu
aku a.k.a Maziah – suka tido…tido di mana2 shj…
Rindu bangat pada korang …sunyi nye idop ni tanpa korang. Idop aku dah tak gila macam dulu. Dan aku pun dah tak setan macam dulu. Aku rasa aku betul-betul jadi diri aku sendiri bila bersama dengan korang. Kita ni memang geng GILA, JAHAT, TALAM DUA MUKA, KUAT MAKAN, KUAT TIDO,KUAT GELAK, KUAT MEMEKAK, KUAT FLY…
Ada sesuatu yang aku sedar sekarang… jahat-jahat kita… tapi kita rapat dengan cikgu Ramli a.k.a Kaunselor skola kita dan makcik guard hostel..sape yg kuang ajar ngan makcik guard memang habislah..aku ingat lagi kes bdk form 5 yang wat kes ngan makcik guard..huh, panas tol ati aku time tuh..Lepas tu kan..bila ada jer masa kita akan melepak kat bilik cikgu Ramli..kita luahkan semua yang terbuku di dada…haha. Dan kalau korang nak tahu sampai rahsia hati aku pun dalam tangan cikgu Ramli.Hehe..thanks cikgu.bagi saya idea tu..dan sekarang saya mampu melangkah dengan lebih yakin..tanpa dia..
Dan bila kita melangkah keluar dari hostel…makcik guard menangis..aku sedey gak..tapi aku tak leh nak nangis..ntah la…aku bagi makcik tu gambar kita satu geng..untuk buat kenang-kenangan. Semoga kita jumpa lagi makcik tu..aku takkan lupakan makcik tu. Sampai bila-bila..sampai ingatan aku diambil dari aku olehNya…
Banyak sungguh suka duka kita kat asrama. Tak terhitung dengan jari. Dulu masa kat hostel, kita memang KUAT MAKAN. Gila tol ah. Perut asyik lapar je memanjang. Aku ingat lagi kita akan chow seawall yang mungkin dari skola. Terutama hari rabu dgn kamis. Sebab ada menu spesel. Cikgu belom abis mengajar, kita dah siap sarung beg kat bahu. Get ready nak lari balik hostel. Lepas makcik kantin hostel mesti bengang dgn kita. Sebab kita kacau masa rehat dia. Tapi kita pedulik hape masa tu.. Bila dia suruh kita makan ikut time budak junior balik skola.Fuh, mana boleh. Yelah masa tu budak form 6 balik kol 1 ptg..Peh, mana leh tahan nak tunggu kol 2. Dasar KUAT MAKAN. Ape lagi, kelentong makcik tu cakap kita ada extra class …kena naik skolah smule.Haha..makcik kantin terpakse gak beralah.Padan muka. Cerewet sangat.
Dan aku ingat…kita memang sentiasa antara orang-orang yang paling first akan jual muka means beratur nak amik makanan…kalau tak dapat jadi antara yang paling first..hehehe..apa lagi..wat muka cumel dan ala-ala kesian kat bebudak junior…mintak simpati nak potong line dorang..hak3…masalahnya bukan sorang dua yang nak potong line tapi satu battalion geng kita…kui3..Tapi kan..bukan kat hostel je kita buat macam tu kan…kat skolah pun kita buat macam tu..kua awal…lari-lari pegi kantin. Guna kuasa sebagai pengawas. Peh..sengal. Yelah hampir majority kita pengawas..yang mana bukan pengawas tu selit menyelit la antara kita. Ekeke..macam budak-budak. Eh, bukan.Kalah budak-budak..
Sape cikgu yang paling digeruni?..Haha…tak perlu diperkatakan lagi…Puan Noraini…Tapi kerana rasa gerun tu la aku di sini. Sape yang tak pernah kena marah dengan dia? Almost beb…Orangnya kecil dan cumel..Peh…suaranya…tak perlu dipertikaikan lagi hehe…Ape pun beliau tetap cekgu fevret aku. Aku teringat ada satu part tu..aku tengah mamai (mengantuk)..Puan Noraini tengah terang-terangkan something kat papan itam..Dia tanya Faham tak???Sorang pon tak menjawab mahupun mengangguk…tiba-tiba puan Noraini pandang muka aku..Aku secara automatic terjaga dan menganggukkan kepala aku..Tak pasal-pasal kena puji secara tak langsung secara FREE of charge…Beliau cakap…hai, maziah sorang je yang faham? Ape lagi dak Lub ngan Trex dah bantai gelak..Ces….naseb baek tak kena sembur..bukan nak kejut aku..
Siapa kenal cikgu Said?...HUHU…cikgu paling porfular…kelakar dan gila2…aku ingat lagi for the first time aku masuk kelas dia…dia tengah sibuk mengajar kat depan..aku lak dok tersengguk-sengguk kat belakang..aku ingatkan dia tak perasan..Peh, mata dia cepat betul tangkap student membuta. Dia terus sound dengan bangganya…
“hah, yang hujung tu apsal tersengguk2?,mesti kau budak asrama”
Sound tu kira orait lagi..yang tak leh blah nye Beliau siap buat gaya aku tersengguk2 kat belakang..peh malu nye…wah..aku Cuma mampu gelak sekali ngan satu kelas yang dok gelakkan aku sampai tekan-tekan perut.Pastu cikgu Said siap tulis perkataan KUYU kat attendance yang ada nama aku. Sabar jelah..Tapi kira okaylah dia wat macam tu.. dari beliau sembur aku…hehe…
Sekali lagi Cikgu Said tangkap aku tido masa kelas…Iyelah..masa tu beliau dah abis mengajar. Aku tengok beliau bukan main sedap berborak dengan dak lub. Aku pun bantai la tdo..Rupanya beliau tanya dak Lub sape Kapten asrama? Lub pun cakaplah aku kapten asrama. Tetibe lak cikgu said panggil aku. Mana la aku dengar. Bila aku bangun je..dengan bangganya cikgu Said geleng kepala tengok aku..siap bagi madah berhelah… lingkuplah asrama dapat kapten macam ko nih..aku senyum je.memang asrama tu dah terlingkup pun…hehe…
Teringat lak kat pakcik Library…peh bising gila mulut dia. Memang tak leh tahan..Dahlah suka memekak. Asyik maki orang je. Dah berbakul-bakul kita kena maki dengan dia. Tapi takde hal sume tu.Kita semua pun dah lali kan…Tapi yang tak leh blah dgn pakcik ni… dia luku kepala aku ..ceh..sebab aku lambat pulang buku. Ak enna..suka suki je orang tua ni…naseb bek die luku pale aku tyme tu takde orang. Sabar jelah. Ape pun pakcik memang best.
Lepas tu masa bulan puasa. Tak nak prep kat hostel..berlagak..konon bisinglah…nak study kat kelas…naik skolah lepas zohor. Baru bukak buku ..baru baca tak sampai satu muka surat..dah bantai membuta..masalahnya bukan aku je..korang pon sama.sorang gaya kuak lentang.,,sorang gaya kupu2 kat ujung kelas..bila bangun je terus balik..tup..tup…pintu blok dah kunci. Waaaa….itulah akibatnya…nak panjat dan terjun..ada masalah teknikal sket..sebab kita gi prep ayu sangat…pakai baju kurung..baju kurung skola lak tu..kalo koyak mana nak cari lagi?dengan selambanya lambai-lambaikan tangan kat sesape yang lalu lalang.kebetulan lak pengetua petang lalu, lalu beliau pun berkejar-kejar menyelamatkan kami.haha…kesian dia..berlari-lari cari kunci..takot anak-anak asrama ni tak sempat bukak puasa lak…dahlah jauh dari ibu ayah….terkunci lak sedemikian rupa..ekeke..lepas tu..boleh lak dia silap amik kunci…la….Lub pun start nyanyi lagi allahyarham sudirman..ayah dan ibu…mula2 dia sorang je..ntah camne…ade lak back up singer…kitorang pun nyanyi ramai2…haha…pengetua petang bengang je tgk kitorang. Yelah die penat2 lari cari kunci..kitorang lek plak dok melalak kat situ…hehe…bertuah punye budak2..
Lagi satu peristiwa…masa hari sukan skolah..yelah, cekgu-cekgu nak wat latihan. Nak cari yang terbaik la…so kena la uji setiap budak. Nak cari yang betul-betul bagos la katakan. Kita satu geng dah panas punggung. Masing-masing pemalas. Alih-alih je kita pakat ramai-ramai lari kat padang tu satu geng. Yelah, tu untuk bahagian lari pecut. Tapi kitorang pegi lari anak-anak. Ewh, salah. Lari-lari anak. Cikgu Said dah tepuk dahi. Cekgu-cekgu wanita dah membebel kat garisan penamat. Hahaha. Kita memang gila.Kita bukannya berlumba nak lari sape sampai dulu. Tapi berlumba nak lari sape paling lambat. Gila kentang. Wakaka. Buat pekak jelah bila dah kena bebel. Rugi la takde gambar masa tu. Kalo tak leh simpan wat kenang-kenangan.
Lepas tu, satu menda yang tak leh lupa sampai bila-bila bila aku gaduh besar dengan Razin merangkap ketua pengawas ‘kesayangan’ korang. Peh, aku tak pernah rsa marah macam tu seumur hidup aku. As long aku jdik pengerusi asrama pun tak pernah aku nak mengamok sampai macam tu sekali bile bebudak buat hal.Benda tu la yang buat aku tak hingin nak pandang muka Razin lagi. Malas nak crite sebab apa kes tu terjadi kat sini. Biar jadi rahsia kita dan AJK tertinggi pengawas yang lain. Haha. Tapi bila teringat balik, Aku teringat kat Chinese boy class kita. Dulu dia rajin gak borak2 dan usik2. Since die tengok aku mengamok macam tu.nak pandang muka pun takot. Aku lak naik segan. Rasa macam aku dah bertukar jdik INCREDIBLE HULK lak tyme tu. Aku amek masa hampir seminggu gak la nak cool. Dan aku harap aku takkan mengamok macam tu lagi sampai bila-bila. Aku mengaku kat sini, aku tak pernah dimalukan sebegitu seumur hidup aku. Rasa macam maruah aku dipijak-pijak. Biarlah sampai di situ sahaja. Thanks kat korang, Lub, Trex, Ecah, Fir, Kazimah. Korang sanggup tolong aku masa tu. Beria-ia korang back up aku. Walaupun aku tengah marah time tu, satu side dalam ati aku terharu tengok korang back up ak. Tak tahu macam mana nak bagitahu korang betapa aku terharu dengan tindakan korang. Korang tetap nak back up aku walaupun aku cakap tak payah. Sebab pertama aku cakap tak payah, aku tak nak budak pengawas lain cakap aku guna kuasa korang sebagai AJK tertinggi pengawas. Kedua, sekali orang dah buat aku macam tu.. bagi aku dah takde ape yang boleh diperbetulkan. Semua gara-gara pengawas junior tu. Tak lama lepas tu, aku dengar mulut puaka pun berbunyi.
“Ala, kak Maziah tu guna kuasa kawan-kawan dia. Bolehlah..”
Aku tahu sape budak yang cakap tu. Junior hostel. Form 5. Sayang betul dik oi… muka kau lawa. Tapi sayang..talam 18 muka. Aku ingat lagi masa sesi mintak ampun kat aku…beria-ia pempuan tu tunjuk muka baik. Fahaam…junior kena hormat senior. Tapi…harem jadah…kat hostel bawak mulut. Hm..aku tak kesah..Sebab apa yang penting ape yang kawan-kawan dah buat untuk aku. Waktu tu aku tahu sape kawan dan bukan kawan. Dan aku first time aku tengok Kazimah marah sampai macam tu sekali masa mesyuarat tergempar. Alloo..macha…thanks ya…
Satu perangai buruk aku aku suka gelak. Mengong tol. Memang la bagos gelak.Baik untuk kesihatan. Tapi korang nak tahu apsal aku gelak? Kesah ni Lub mesti tahu. Masa tu kat surau. Aku kat surau time tu. Tengah tunggu azan magrib. Lepak dengan Lub.Pandang bebudak masuk kat pintu surau. Then aku nampak budak form 1 jatuh tergolek kat depan pintu surau. Aku pon tak tahulah pehal aku leh bantai gelak macam orang gila. Padahal budak tu takde la jatuh macam nangka busuk. Jatuh biasa je. Maybe tengah stress kot masa tu. Tetbe Lub tegur aku.
“Kau ni apsal? Jangan gelakkan orang, nanti kau balik yang kene..”
Terus aku senyap. Dan tak lama lepas tu aku jatuh terpelecok. Terus MC 3 hari.
Lepas tu kita fly ramai-ramai. Kebetulan Lub lak balik, Leha balik, Wana pon balik tolong mak dia meniaga kat pasar malam.. Kita boring dok hostel..geng byk dah chow. Ape lagi fly…konon nak panjat tembok.ntah macam mana leh lak bertembung dgn Kazimah. Aiseymen..bukan main bising lagi mulut die. Takot sangat kitorang nak panjat tembok. Dia suruh kitorang tumpang cikgu Charlie yang kebetulan singgah skolah amek barang. NAseb bek la kazimah ni pandai ayat. Yelah, mengikut gossip dari cikgu Said, cekgu Charlie ni minat kazimah. Kazimah yang ala-ala Kajol… yang pandai bergaya, tapi selalu salah pilih kaler.Main bantai matching je. Cekgu Charlie pun menumpangkan kitorang tanpa ragu-ragu.Tumpang sampai bus stop jelah. Dah sampai bus stop bas lak lalu.KItorang pon macam orang gila tahan bas. Yelah kitorang lom lagi lintas jalan. Bas dah lalu.Nasib baik la bas tu berhenti. Naik bas tu..adoi..bapak byk gile mat-mat dan minah-minah indon. Kire kitorang jelah warganegara Malaysia. Ish..ish..ish..hape la malang nasib kitorang ari tu. Hari tu hari Jumaat. Orang tengah nak solat Jumaat laa. Kitorang lak sesampai je di Melaka Sentral atau MC… boleh lak pegi singgah karaoke box. Memang sehetan tol. Aku memang serik fly balik umah. Yelah kesian bapak aku nak anta aku balik asrama pepagi buta senin tu. Tayar moto bapak aku pancit. Pinjam moto abang sedara aku. Pertengahan jalan asik berhenti je.enjin problem. Aku tak kesah kalo aku lambat g skola. Kantoi ke.. aku memang tak kesah. Tapi aku dah menyusahkan bapak aku. So, after that..aku nekad tak fly balik uma… Tapi..aku FLY balik uma kawan aku. Hhahaha,, fly tetap fly…die pun slumber badak kelentong mak die cakap aku ngan lub tengah cuti. Budak-budak sibuk prep kat asrama…kitorang sibuk bedal Pizza hut..mak member aku belanja sebagai dinner…hehe..langkah kanan…
Emm..apa lagi ek? Haa..kesah pemberontakan di hostel. Tyme tu memang kita nekad gila. Dahlah dah nak dekat exam tyme tu. Boleh plak kita mengetuai edisi pemberontakan. Yelah tak puas hati dengan pengurusan asrama punya pasal. Sakitnya hati masa tu dgn pengurusan diorang. Nak lawan ustaz Latip la masa tu.. aku memang macam tak caya je kita sanggup buat mende2 tuh. Langsung tak takut jadi murid derhaka masa tu. Kamikaze gila tol la masa tu. Yelah orang cakap kena hormat ustaz..cekgu..baru dapat restu dan berkat nak exam… tapi pedulik hape aku. Kalo dah sampai peraturan jadi undang-undang ciptaan sendiri memang aku benci. Perkara yang takde diada-adakan. Kitorang nekad nak jumpa pihak atasan sekolah. Memang macam2 halangan. Dari situlah aku rasa budak junior belajar supaya jangan jadi pak turut. Tapi itulah kerenah birokrasi. Sebelum jumpa pengetua kena jumpa gpk HEM dulu.baru boleh beranjak ke pihak seterusnya. Malangnya gpk pon komplot dengan ustaz. Aku ingat lagi ustaz asyik berkepit je dgn gpk HEM supaya kitorang tak dapat jumpa HEM tu. Bebudak form 3 lak takot sangat dengan ustaz. Takot nak PMR. Nanti tak berkat nak exam. Abih tu kitorang ni tak exam. Lagilah besar STPM. Masalahnya kalau dah benda tu tak betol takkan nak diam je. Hape la…waktu nak bagi taklimat kat bebudak tu untuk briefing pasal pemberontakan, memang aku mengigil. Aku takut apa yang kitorang buat sia2. Aku takot akan menyusahkan orang yang tak sepatutnya. Tapi bila tengok kengkawan aku ada di sisi dengan sokongan tak berbelah bagi, apatah lagi dengar sorak/jerit sokongan bebudak form 5 kat belakang…aku jadi kuat. Memang pemberontakan tak berapa berjaya. Tapi sekurang2nya kita dah tunjuk kat ustaz dan ‘kawan baiknya’ yang kita tak boleh diperkotak-katikkan.
Dan aku ingat…masa penhujung tahun..malam dinner kat hostel..antara event terakhir yang diada-adakan secara besar2an… masa amik sijil penghargaan sebagai pengerusi asrama…aku dengar sorak yang kuat dari bebudak..Ya Allah..masa tu macam nak gugur jantung aku. Sebab aku tak expect kita akan disokong dan disorak sebegitu sekali. Tuhan je yang tahu macam mana hati aku masa tu. Dan sememangnya kita layak digelar GENG KUAT MAKAN. Sebab kita plan..setiap dari kita akan mengambil makanan yang berlainan. So bila kumpul-kumpul jadi banyak gila. Hahaha..bebudak tgk kita pon gerun.. wah… kakak-kakak ni memang selera jin betol laaa…sampai tak muat meja tu dengan makanan…gila kentang betol….
Ok aaa…sampai sini sahaja aku memerah otak aku mengingatkan kenangan2 zaman skolah. Nanti kalo ade kesah menarik lagi..aku tulis aaaa…
Thanks sudi membaca,,,,
Mmmuaaah.. =)

0 comments:

Post a Comment

no talipOn