21 May 2009
Assalamualaikum…
Hehe..lama meninggalkan blog kesayangan aku ni..Apa khabarnya agaknya aku ye.hehe.Tanya khabar pasal diri sendiri lak.ape daa.
Bestnye cuti sem ni.Tak perlu aku merantau ke ceruk pulau atau berenang ke mana-mana lubuk sungai ataupun pantai untuk membuatkan cuti sem aku ni menarik atau best. As long as aku boleh berada dengan family aku pun dah mencukupi. Tak kesah la orang nak kata apa. Kadang-kadang bespren aku iaitu cik nurul hidayah razak akan datang melepak kat uma aku. Duduk-duduk, golek-golek atas katil sambil bercerita tentang masa depan. Apekah cerita yang berkaitan dengan masa depan? Haha. Cerita-ceritanya adalah seperti..
1. Bila kita ( aku dgn dayah) nak kahwin ek? (Yelah, musim-musim cuti ni ramai sgt yg nak kahwin. Malah, bertembung pulak tu. Sume nye nak kahwin 6/6…Ish3..ade sorang dua kawan aku yang bakal menamatkan zaman bujang. So, nak tak nak kitorang akan terpikir gak bila kitorang akan menamatkan zaman dara kitorang.hek3..Gatal?..whatever..nak wat camne, calon pon takde..huhu)
2. Kenapa hidup kita tak macam dalam novel ek? Dapat lelaki macam tu..macam ni…ada tu..ada ni..haha..kadang2 dijeleskan oleh kesah2 dalam novel yang membuai hati dan perasaan..kenapa kita jumpa lelaki yang tak tahu nak menghargai perempuan. Kenapa dan kenapa?...
3. Ini cik jeje yang berangan la…
Kalau aku kahwin hantaran aku mesti lain dari yang lain..tak leh bawak pakai dulang hantaran..wakaka…aku nak satu jet persendirian…kereta fiat bravo sebijik..ntah pape lagi aku mengarut kat cik dayah masa tu..tergelak-gelak die dengar..
** ala, bukannya aku nak betul-betul..Cuma angan-angan sambil meringankan fikiran sambil-sambil melayan angin petang kampung…
*** Lagipun aku kan de ter’suka’ kat someone…aku gelarkan dia MR. NOBITA..sebab die rabun..huhu..ala..kalau korang ade baca entri-entri aku sebelum ni..mesti korang paham la..hehe.Aku memang berterima kasih kat MR. NOBITA, sebab buat aku lupakan ‘dia’.Walaupun MR. NOBITA tak tahu perasaan aku dan memang mungkin takkan tahu perasaan aku sampai bila-bila…aku nak berterima kasih sesangat. Aku rasa dah lepas seksa kat jiwa aku selama ni. Baru sekarang aku tahu macam mana rasa suka kat seseorang dengan setulus hati. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bila aku suka kat MR. NOBITA, aku tahu aku Cuma ingin memiliki hati dia. Bukan rupa, harta mahupun apa-apa yang berbentuk material. Aku suka dia kerana dia adalah dia. Sederhana.Dan aku tak mencari seseorang dalam diri dia. Aku tak perlu membandingkan die dengan sesiapa untuk mencari kelemahan dia. Dia adalah dia.Ala..dapat pandang muka dia pun jadilah walaupun aku berangan nak jadi awek dia.wakaka…Dalam mimpi jelah…

Sekian sahajalah.sampai sini je buat hari ni..babai semua.. =)
14 May 2009
Salam.
Hari ni …lain sikit… perasaan aku kat si dia yang aku dok ingat2 skang tak over sgt ari ni..juz teringat kesah lama..teringat ttg seseorang yg penah aku suka..suka mcm nak mati…kdg2 aku terlupa aku penah kene reject dgn mamat ni. Aku tetap ingat die sbg kawan yg sgt baik. Aku ingat dulu..ade bdk kelas lain nak pinjam buku dr budak kelas aku. Sorang pon bdk kelas aku tanak bagi. Sebab diorang tahu buku tu takkan kembali seperti mana yang asal. Mungkin buku tu dah ‘uzur’ ataupun takkan jumpa balik tuan die. Tapi mamat yang aku suka ni dgn ‘setulus ati’ bagi buku die kat bdk yang nak pinjam tu. Aku tgk muka die mmg eklas la. Selebihnya yang tersirat sama ada die nak tunjuk baik aku tak tahu la kan.
Ya Allah.. knape aku terlalu ingat pada dia?...tolonglah….aku ada byk benda nak tanya pada dia.aku nak tanya ni…
“Kenapa dulu masa aku ckp aku sukakan kau…ko cakap kau nak blaja?kau nak concentrate..kau gak suruh aku rajin2 belajar.tapi tak lama lepas tu kau upload gambar kau dgn awek kau kat friendster?ape makna tu semua?mgkin kau tak sedar..kau seksa jiwa aku dalam diam…aku tengah nak STPM masa tu kau tau x?kau tak boleh tgu sampai aku dah abis exam ke nak buat mende2 tu semua?”
Sungguh peristiwa tu masih lekat dlm ingatan.segar bugar.tapi tak tau nape..aku yang msih tak faham2…
Mgkin sbb tu mata aku tak bleh nak pandang lelaki lain…sampailah satu masa mata aku terpandang ‘Dia’..dari mata terus turun ke hati..tapi kali ni..aku nak simpan dlm hati sahaja. Tak sanggup lagi biar hati dan perasaan aku DIPERKOTAK-KATIKKAN sekali lagi. Buat diri mcm xd harga diri. Kalu ade rezeki ‘Dia’ mempunyai perasaan yang sama seperti aku…biarlah dia datang padaku sendiri..biarlah ia terjadi mengikut aturan takdir..
Buat ‘dia’ dari masa lalu… aku takkan benci kamo.malah takde ape yang nak di dendamkan…sebab dari kemarahan itu datangnya dendam. Dan dendam itu akan mengikat kita hinggalah hembusan nafas kita yang terakhir.. dan aku tak nak jadi macam tu… yg sudah tu sudahlah..
“QUIET PRIDE IS CONNECTED TO THE SOUL”
10 May 2009


You be the prince and I be the princess
It’s a love story..
Baby just say yes….
p/s – susah juga ya suka pada org yang tak tahu perasaan kita… =)
9 May 2009

Salam…
Hm..Hari kedua aku kat kampung…Masih lagi dlm mOod yang sgt serOnOk dan suka hati…hari ni keluar dengan sepupu-sepupu aku…teman dorg g SPA..Korg tau buat ape kat SPA tu?...berbekam lintah…heee..mesti korg geli kan….huhu…guna seko lintah kena RM10..tapi punye la pandai kazen2 aku membodek…dapatlah RM6 utk seko…hehe…kazen aku amik dlm 3 eko ajew…waah..loya gak la tekak aku mse tgk lintah2 tu…pastu dah selesai semua sesi SPA tu…kitorg g melepak kat pantai…cari makanan sket kat seven 11…then kat tepi pantai sket..pastu lepak r..pe lagi..bkn mcm kat bdr….leh lepak starbuck..mapley…hehe…mcd..aku rasa lg best lepak kat pantai…feel sket…
Balek uma semayang asar cpt2 lepas mak dah start keluar suara sOpranO…hehe..pastu tolong mak aku sapu rumput yang telah dimesin..fuh…laman dah lah besOr..ak redho jelah..then sampai lah geng2 kuceng dari segenap usia…yang kecik, tua, mude remaja…sume adew…menemani aku dgn mak aku menyapu dan mengemas halaman rumahku..dtg lak makcik aku..kazen sebelah punya sebelah umah…kemas sket pokok rambutan yang dah semak…bersama-sama dengan kucing-kucing sekalian..aku merasakan moment itu sangat indah…semua berkumpul..dengan gelak tawa melihat gelagat kucing-kucing yang melompat sana sini…kemudian azan magrib pun berkumandang dari surau kampung aku..hati aku terasa sayu…inilah saat2 yang aku rindukan…suasana kampung yang aku rindu2kan selama ni…entah bila agaknya aku akan merasakan suasana sebegini lagi….
Aku tahu…saat2 ini akan berlalu…dan aku tahu akan ada antara kami yang akan pergi suatu hari nanti..pasti saat2 ini akan dikenang..bila ada antara kami yang telah tiada…
=)
Huhu..kenapa lah dengan aku ni yer…Memang lah aku dah ter ‘suka’ pada seseorang…tapi tak tahulah..kali ni rasanya sangat istimewa..
Dan aku nk tujukan kata2 ni utk die..walaupun mungkin dia takkan membcanya di blog ak..atau akan membacanya suatu hari nanti..tak mengapa…
Aku harap tiba2 dia akan merindukan aku…ak juga harap tiba2 juga dia akan jatuh cinta pada aku…
Aku takut sangat untuk berharap…aku takut harapan aku hancur macam dulu..hancur sekali lagi..walaupun bukan dengan insan yang serupa…dan aku tahu yang aku tak boleh menganggap semua lelaki itu sama..Cuma kesan yang lalu itu terlalu perit..hingga aku sendiri tak nak melaluinya buat kdua kalinya…Namun aku sudah terbiasa begini…memendam rasa begini kerana aku tahu aku bukan sesiapa…
8 May 2009
8.45 – 10.45 pagi
Teman mak beli ikan/ sayur/ brg basah..beli barang dapur..beli beras 10 kilo..Selama ni ayah yang jalankan rutin tu but since ayah jatuh moto dengan mak dulu..ayah dah tak boleh bawak moto lagi..mata ayah pun dah kabur-kabur..so..for all thz while makcik aku yang tolong bawak mak aku pegi beli brg2, bawa ayah dengan mak pegi check-up kat hospital Melaka. Thnx makcik..
10.45 – 1.00 petang
Sibuk di dapur..
1.00 – 2.00 petang
Akhirnya dapat gak aku memegang novel yang baru aku beli.. BIARLAH YM BERBICARA….So lets layan perasaan sebentar…sambil2 aku merindui si dia yang aku puja dalam diam ( dia tak tahu pun aku menyukai dia, cukuplah aku simpan perasaan ni jauh2 dlm ati aku, sape la aku ni kan… )…kini jauh di mata la katakan kerana cuti sem kali ni..jumpe lagi bulan 6 ni ye..kawaii..
2.00-5.30 ptang
Teet..tett..sau mesej dihantar..dayah a.k.a boncEt ( member baikku kt kg ) nk datang melepak kat rumah. Dia ponteng keje. Hehe. Kitorang tgk crite kat tv3 memule..ala crite demi masa lakonan Sheila rusly sebagai ibu yang buta d=sebelah matanya..Huu..sedey gak crite die..and aku tertarik dengan nyanyian syair dari arab yang dialunkan di penghujung crite tersebut. Nice job Sheila…
Pastu aku dgn cik dayah tgk movie …crite Mall Corp..Bapak lawak crite die.. Crite neh ak amek dr Pali..Incik Presiden aku.. Ape lagi..2 anak dara neh ketawa berdekah2 kat dalam bilek aku…
5.30 – 7.30 petang
Lepas je cik dayah balek..aku cepat2 solat asar..pastu lepak kat ruang tamu sambil sambung balek baca novel BIARLAH YM BERBICARA…Huhu….sampai magrib…tak sedar langsong msa berlalu..itulah aku nih…dah lama sangat tak jumpa hobi kesayanganku…
8.00 – 8.30 malam
Akhirnya habis juga novel yang aku baca..best nye novel ni…Nice job Hanni Ramsul…Indah sungguh ya kisah2 dalam novel..Bila agaknya aku nak dapat kisah cinta mcm dlm novel… aku sangat tertarik satu madah yang diucapkan oleh Hero dalam novel ni kpd heroinnya…
“saya berharap sangat tiba2 awak akan rindu pada saya, dan tiba2 awak akan jatuh cinta pada saya…”
KALAU BUKAN KERANA CINTA

Kalau bukan kerana cinta
tak mungkin aku jadi Majnun
gila kerana terluka
terumbang dalam perasaan
tumbang pada keinginan
hilang di tengah lautan

Kalau bukan kerana cinta
tak mungkin aku jadi Tuah
mengharap orang bahagia
sanggup mencederakan jiwa
memendam cintamengorban rasa

Kalau bukan kerana cinta
tak mungkin aku jadi aku
yang selalu keliru
mencari maknanya
di sebalik kata-kata puisi
jamrihusen.blogspot.com
BIAR BERAPA TAHUN PUN

selalu aku sedar
betapa sebenarnya amat payah
untuk aku luah
dengan kata-kata
cuma dapat ku kirim mekar
bunga-bunga puisi
supaya kamu baca dan fahami
dengan hati
semoga kamu tahu dan peduli
dan ingatibahawa aku ini
cuma inginkan kamu
seorang
tiada lain cuma kamu seorang
sungguh.
biarlah berapa lama harus aku tunggu
bertahun-tahun hingga aku bongkok dan tua
sungguh tiada siapa yang aku damba
cuma kamu cumahanya
cuma kamu cuma

frOm = jamrihusen.blogspot.com
dalam sibuk menghitung
hari ulang kelahiran
aku terlupa hari mati
yang makin mendatang

frOm = abdullahjonesdua.blogspot.com
KAMU

(Berjenakalah denganku
aku mau ketawa
dan curi-curi lihat
lesung pipitmu)

Itu kamukah sedang senyum?
Bawa bunga sekuntum
Dari taman kalbu.
(Cinta itu kekal harum
walau kita begini-begitu)

tunggu bila hujan rintik
aku punya payung untuk kamu teduh
aku inginkan kamu sungguh-sungguh
setiap sekon berdetik

Ah, Gerimis!
Sekejap lagi
Kan datang pelangi

frOm = jamrihusen.blogspot.com
AKU RINDU

Waktu kamu berpaling
aku cuma maling
aku mengetuk dinding yang paling tebal
mengharap kamu sesal

Kamu patut lagi tahu!
kamu patut lagi tahu!
aku paling rindu.

frOm = jamrihusen.blogspot.com
MENARI DENGANMU

Norah Jones memetik piano asyik
terlontar suara gemersik dari pita
The poets are demanding their pay
They've left me with nothin' to say
kita menari di ruang tamu
dan di sebelah pihakku
menyeru kamu dengan bisik
dan kelopak bunga
berselerak di pintu
harumnya ditiup bayu kencang
dan hilang di malam
gitar bes dan degup jantung
nadanya menggetar dengan satu
lagu
aku cuba untuk fahami tentang
langkah-langkah yang kita atur
irama yang melagukan cinta
korusnya yang hangat
aku menelan satu senyum
dan hari yang larut pekat
dan dingin angin
dan gitar solo dengan nada sederhana
balada yang bahagia
just hold me and tell me that you'll be here to love me today


Sajak di atas atas pengaruh tulisan Abdullah Jones yang boleh di baca di
abdullahjones.blogspot.com
KALAU

Kalau hujan
aku kan tulis surat
kalau malam
akukan doa pada tuhan
kalau bulan penuh
aku karang puisi
kalau sibuk
aku lukis wajahmu
kalau berlari
itu aku mengejar
kalau cedera
aku mau merasa
kalau demam
aku sedang mabuk
kalau mimpi
aku sangat rindu barangkali
(aku mimpi kamu saban)
KESEDIHAN

Waktu kamu bernafas dan tinggalkan kabus di kaca
aku lukiskan bentuk hati darinya
musim hujan dan pagi dingin
angin perlahan sudah bikin aku nanar
aku sangka cinta kamu itu benar wujudnya

Bila kamu melangkahi tangga dan tinggalkan bekas kaki
aku turut tiap jejak supaya kamu tak melucut
dan labah-labah membuat sarang diantara denai
aku hilang kamu setiap kali aku mengejar
aku sangka cinta kamu itu benar wujudnya

Bila kamu berpaling dan tinggalkan senyum manis
aku katalogkan dalam memori sebagai kenangan terbaik
dan matahari tak akan datang
bagaimana kabus akan hilang
aku sangka cinta kamu itu benar wujudnya

from = jamrihusen.blogspot.com
Bilakan reda rasa resah
Andai jiwa sedang gulana
Menangis tanpa air mata
Merindu tanpa makna
Semuanya sia-sia... ... ...
Rindu

Ada rindu yang mendamaikan,
Ada rindu yang menyakitkan,
Ada rindu yang menyeksa,
Ada rindu yang membibitkan rasa,

Rasa sayang, rasa kasih, rasa cinta,
.......Cinta pada Penciptanya
.......Kasih pada yang melahirkannya
.......Sayang pada yang dirinduinya

Rindu....
Ungkapan yang ada kalanya mengasyikkan,
Ada tikanya memedihkan....

........dan aku...sang perindu...merinduinya...
Seumpama pungguk yang merindukan bulan...
Bulan yang dikejauhan....


Lalu...
Bagaimana harusku luahkan....
Rindu yang terpendam didasar hati...
Rindu yang menggetar jiwa...
Rindu yang tak terluah dengan kata-kata...
Ku terdengar bisikan bayu malam...
....Lihat saja pada alam,
Alam mampu meluahkan...
Ya...alam..Indah sungguh ciptaan-Mu tuhan..

Di saat itu,
Bila rindu menerjah di hati,
Ku tenung bintang...
Bintang yang menghiasi malam...
Meluahkan kerinduan dengan kerlipan...
Umpama diriku..merinduimu dikejauhan...

Bulan…
Terangilah malamnya..
Agar dapat ku tatapi wajahnya…

Laut....
Sampaikan bisikan ku pada ombak...
Agar membawa bersama pesanan rinduku...

Unggas...
Nyanyikanlah lagu rindu ku...
Agar dirinya tidak kesunyian...

Mentari...
Sinarilah harinya..
Agar terukir senyuman dibibirnya...
Buat yang dirindui…

Hiasilah dirimu dengan rimba kebahagiaanan…
Rimba yang akan ditemani bulan tatkala malam,
Dihiburkan sang unggas tika kesunyian…
Disinari mentari dikala dirimu kegelapan…
Agar tiada lagi titis kesedihan yang menghujanimu…

dan aku..
hanyalah sang perindumu...
berarak bersama awan...
memerhatikanmu dari kejauhan...
bersama RINDU yang terpahat dihati.

from = ratu_cute1010 [at] yahoo [dot] com [dot] my
Saat hujan pernah datang
Saat hujan pernah melindungi
Kehidupan ini dari sinar
yang ada gembira padanya

Sinar terang pernah hilang
Sinar terang pernah sedih
Menghilang dari diri yang kegelapan
Meninggalku kesedihan

Mengapa aku yang merasa
Semua pahit duka ini
Mengapa aku yang merasa
Kesedihan yang kau beri

Oh tuhan aku tak tahan lagi
Ku ingin lari dari gelita ini
Oh tuhan tolonglah bantu hambamu
yang kini susah hatinya

Kala ku sendirian
Ku sedari sinar itu datang
Melindungi aku dari gelita
Ku harap gembira selama ini

FrOm = paulinefho.spaces.live.com
I'd come for you,
No one but you,
Yes I'd come for you,
But only if you told me to
salam...

lamanya tak menulis kat blog nih...akhirnya exam pun berakhirnya...bagi aku exam kali ni berakhir dengan teruk sekali.aku tak dapat buat dengan baik..malah dengan teruk sekali.Hmm.. really dunno wat hepen tO me.dah lama rasanya merasakan I'm nOt really myself..bila agaknya ak nak menjadi diri sendiri?..

hari ni memang bad day...satu je mende yg wat ak hepi..tengok wayang cte Mall Corp ngan my lovely rumet..dayang...cite die mmg lawak abiz...at the end of the story mmg ade la part2 yg lawak gila..tapi tah macam mana ak leh lak teringat macam mana ak menjawab paper statistik tengahri tadi..sux...................

tah la...

maybe sok or lusa ak balik melaka..tak sabar nak jumpa emak dan ayah...rasa takut sesekali menjengah sudut hati aku..takut melihat mereka yg semakin hilang kudrat dan kekuatan mereka..takut..namun kasih mereka tak pernah pudar..malah sentiasa menggebu di hati aku...

no talipOn