salam..

hm, apekah perasaan korg apabila mendapat tahu bahawa 'seseorang' ~ sesiapa sahajalah tak kiralah kawan ke..teman baik punye ke..sedara ke..sepupu sepapat korang ke...mendekati korang kerana kelebihan/keistimewaan/kabel yang ada pada korang? Yelah maksud aku, keikhlasan berkawan tu tiada. Setakat nak menumpang populariti/kelebihan yang ada pada korang. Korang sedih tak? Apa perasaan korang? Ataupun korang tak didekati kerana korang tiada apa yang dorang mahukan? Ish3..memang kejamlah manusia-manusia sebegini. Macam sengallah. Gila kuasa, gila nama, gila kangkung betollah diorang ni. Tak sedar diri kan?..Memilih. Mahu mendapatkan kesenangan dengan cara yang mudah.

Aku tak tujukan mende2 ni pada sesiapa ok.Cuma membina topik yang sedang/akan/pernah berlaku dalam hidup kita.Kadang-kadang kita tak menyedarinya. Walau apa sekalipun jika kita menghiasi dan mendahului perbuatan kita dengan keikhlasan ..insyaAllah.

Bercakap soal keikhlasan..
aku nak bercerita sedikit tentang pengalaman aku la..
kejadian ini terjadi sewaktu musim hari raya aidilfitri yang lepas. Pada malam hari raya kedua, aku sedang melayan kucengku bermain. Sedang kami asyik bermain, tetibe kucengku itu mengiaw kelaparan. Aku pula cukup malas nak bagi die makan sebab malas nak mengotorkan tanganku untuk menggaul nasi dengan ikan.(kucengku kuceng kampong> tak suke mkn frieskies/whiskers)
inilah perbualanku dengan mak dan alongku...

mak: bagilah kuceng tu makan

aku: malaslah.mak gaulkan eh?

along: eh? ko ni ikhlas ke tak nak bagi kuceng tu makan.ko tau tak berapa besar pahala ko bagi kuceng tu makan?

(Aku tersentap mendengar kata-kata alongku.Aku pun menggaul nasi dengan ikan sambil air mataku menitis bertitis-titis di pipiku.Aku memang kecik ati gle dengan along aku.Aku pun masuk bilik air terus amik air sembahyang nak solat isya'.Aku bukan tak ikhlas.Cuma aku ni terlalu pembersih.Aku cukup suka cuci tangan.Aku tak suka tangan aku kotor.Korang bayangkan aku ni lepas bukan kasut dengan tangan aku, automatically aku akan terus pegi basuh tangan.Memang tak leh wat main-mainlah dengan tangan aku ni.Aku pun pelik mana aku dapat perangai sebegini.

Ok sambung cerita.

Lepas ajew aku habis solat, aku dengar mak aku menjerit.Ya Allah, along aku kena mercun bola kat tangan die.Astaghfirullahala'zim.Rentetan dari kejadian tersebut along aku kena tahan wad hampir seminggu la..tangan die kena jahitan.TAk tahu la berape jahitan.Kuku dia kena cabut.Tapi still boleh tumbuh la.Tapi seksa la hidup die sebulan tu..

So guys..aku fikir di sebalik punya sebalik kejadian ni ..ade pengajaran yang sangat mendalam telah aku pelajari.Aku rasa tuahan marah dengan sikap aku tu.Sebenar-benarnya aku memang tak ikhlas dengan perbuatan aku nak bagi kuceng tu makan.Aku terlalu sayangkan tangan aku sendiri.Sepatutnya aku yang kena mercun tu.Tapi kena pulak kat along aku.Ang for ur information, along aku tu tak sentuh pun mercun sejak raya pertama.Aku dengan angah aku yang bagai nak rak dok lawan mercun dengan orang rumah sebalah.Tetibe ajew die yang baru pertama kali nak test power dengan mercun tu pulak yang kena.

Aku tak cuba nak mempertikaikan takdir.Benda dah nak jadi kan...Cuma aku ingin mengambil iktibar di sebaik kejadian yang terjadi...

IKHLASLAH DALAM SETIAP LANGKAH/PERBUATAN/KATA-KATA KITA...

0 comments:

Post a Comment

no talipOn