Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

 Ya Allah, jadikalnah dia merasa kasih kepada kedua ibu bapaku sebagaimana kasihnya kepada kedua ibu bapanya dan jadikanlah aku mengasihi kedua ibu bapanya sebagaimana kasihku terhadap kedua orang tuaku.

Ya Allah,
jadikan kedua ibu bapanya mengasihiku sepertimana mereka mengasihi anak yang lahir dari benih mereka, dan jadikanlah jua kedua ibu bapaku mengasihi dia sebagaimana mereka mengasihi anak yang lahir dari benih mereka.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada
pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...

2 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam jeje..

tambahan pada doa tu,

Ya Allah, jadikalnah dia merasa kasih kepada kedua ibu bapaku sebagaimana kasihnya kepada kedua ibu bapanya dan jadikanlah aku mengasihi kedua ibu bapanya sebagaimana kasihku terhadap kedua orang tuaku.

Ya Allah,
jadikan kedua ibu bapanya mengasihiku sepertimana mereka mengasihi anak yang lahir dari benih mereka, dan jadikanlah jua kedua ibu bapaku mengasihi dia sebagaimana mereka mengasihi anak yang lahir dari benih mereka.

jeje said...

ok kak nik..maceh sgt2 kak nik... :)

Post a Comment

no talipOn