Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Ha.. ni lagu nyanyian oleh Tan Sri P. Ramlee dan Normadiah yang bertajuk itulah sayang. Hm, apa yg cuba ak sampaikan di sini ek?..

Sayang?
Suka? 
Minat?

- OBSESSI


Pernah tak rasa sayang tu membawa kpd perasaan di luar kawalan korg seperti obsessi? Korang terlalu obses dgn pasangan korg. 

TERLALU MENGAMBIL TAHU PERIHAL PASANGAN.


1. Pergi mana-mana mesti REPORT kat pasangan terlebih dahulu?

2. Kalau pasangan tidak menjawab panggilan telefon atau SMS, mulalah risau tahap gaban dan mula menghubungi sesiapa sahaja yg tinggal berdekatan dengan pasangan untuk mengambil tahu (Risau tak tentu pasal, myb pasangan anda cuma pergi toilet/tertidur/dll aktiviti.)

3.Check handphone pasangan setiap kali berjumpa. Kalau ada nombor yang tak dikenali mulalah call. (ntah-ntah ayah pasangan yang call guna no. opis ke, adik kat sekolah call guna no. kawan ke).

4. Bengang tak tentu pasal dengan pasangan kerana tidak menukar status IN A RELATIONSHIP di laman sosial seperti facebook, friendster, bla....bla....bla..

5.Bila pasangan dah janji nak call time cenggini...tapi terlambat la cket. Mula merajuk tak tentu pasal. Mybe sampai lusa pun tak ilang lagi rajuknya.


Ini mungkin pentanda-petanda obses yang kecil tanpa kita sedari. Tapi macam mana pulak dengan obses terhadap orang yang bukan kekasih kita? Mungkin orang tu kawan kita? Teman kuliah? AJK dalam mana-mana persatuan yang sama dgn kita? Bekas ketua pengawas sekolah kita dulu? Pemimpin pelajar kita atau bos di tempat kita bekerja? Di mana kesemua individu ini kita cuma mampu memandang dari jauh sahaja. Nak tegur malu...kurang keyakinan diri...

Lepas tu kalaulah individu yang memang dah konpom bukan KEKASIH/TUNANG/SUAMI/ISTERI kita ni didekakati mana-mana wanita/laki-laki, hah!! Mulalah cemburu tak tentu pasal. Padahal korang sape? Ikatan pun takde kan? Itulah realitinnya. Mungkin kita sedar atau kita buat-buat tak sedar. 

Ada yang lebih SADIS, sanggup mengikut hawa nafsu dan bisikan iblis laknatullah, yang menggunakan ilmu sihir untuk membalas rasa marah ini terhadap  apa yang dilakukan oleh orang yang dia suka, tapi tak suka kat dia. Golongan ni memang dijanjikan neraka la..kan..kan..By the way, sekarang ni tuhan bayar 

CASH 

aje, tak payah tunggu  

CEK
  
kat neraka. Betul tak? Tapi kesian sangat kat individu yang menjadi mangsa guna-guna/ sihir ni. Menderita angkara orang yang tidak bertanggungjawab. Kalau yang lebih teruk lagi hingga membawa maut. Astaghfirullahal a'zim. Betapa teruknya manusia akhir zaman ni kan.. 


Betapa OBSSESI ini memerlukan rawatan dari peringkat mula lagi sebenarnya. Bagi aku ia merupakan 


PENYAKIT MENTAL ALAF BARU


yang kini semakin-makin menjadi dalam kalangan masyarakat kita. Kita memang sedar. Malangnya kita selalu BUAT-BUAT TAK TAHU


Kita cuma akan buat-buat TAHU bila ini terjadi kepada mereka yang kita sayangi atau berdekatan dengan kita. Namun, bila kita sedar semuanya dah terlambat. 

Siapa yang rugi? 


KORANG.

Siapa yang sengsara?


MEREKA DAN KELUARGA MEREKA.


Apa korang pedulik kan.


So, ubahlah mentaliti dan cara pemikiran kita. Jadikan juga islam sebagai penduan hidup kita. Agar kita tak terjerumus lalu tergelincir dari Titian Sirat lalu berenang-renanglah korang di dalam api neraka. Time tu nak mintak tolong siapa? 


**Lu pikirlah sendirik...


Wassalam.











0 comments:

Post a Comment

no talipOn