hai..
masih nak cte mende yg sama..
love a.k.a cintan...
lately ni kangen bangat dgn seseorg..
waa, tensen nyee...

seorang kawanku pernah berkata:

takde ke budak ukm yg ko berkenan? nk dekat-dekat ke? kenal-kenal ke?

aku pun menjawab:

takde.dan hati aku tak terbuka pun nk kenal dgn lebeh dekat pon ngn sape-sape. dorang sume baik. ok. ak je yang tak ok.

kawanku:

memilih kot.

aku:

tak. buat ape nak memilih. kita ni baik sangat? bagus sangat nk memilih? cun melecun sgt?

kawanku:

knape nak ingat kat die lagi?

aku:

aku takde jawapan utk soalan ko tu.

kawanku:

takkan takde budak ukm yg lg baik, lg bagus dr die? aku akui mamat tu mmg ade pakej. mungkin sebab ni gak ko ske kan die sampai nak mati. sampai takde ruang buat boys lain nak masuk dlm ati ko.

aku:

aku tak suka die sebab pakej yg die ade. dan kita juga tak perlu sebab utk menyukai seseorg. perasaan itu hadir dgn sendirinya. aku kenal die seblom die ade pakej2 yg ko ckpkan tu. dia yg ak knl dlu, pendek.. pakai spek mata tebal mcm mata ikan. mmg xd ape yg menarik pd dia pon mse tu. tp hati die yg baik tu mengikat perasaan aku pd die smpi skang. aku tak minta jadi mcm ni. sungguh, ak pun nak idop cam org lain. perasaan ni betol2 buat ak jadi cam manusia bodoh. sedekad sudah masa berlalu. 10 tahun yg lalu perasaan ni hadir. dan masih sama seperti dulu. segar. rasa dalam hati ni masih macam dulu. aku tak tahu nak explain macam mana lagi. ak dah malas nk pikir ckp2 org lagi. .... biarlah....

kawanku:

kdg2 rasa ko ni bodoh sgt. pandai nasihat org. tapi xleh nak handle soal hati dan perasaan sendiri. ske kan lelaki yg dah buat ko mcm2. sampai aku boleh label kau ni dah tak layak nak bercinta. cubalah buat sesuatu yg membahagiakan dri ko sdri. dia seksa hati dan jiwa ko.

aku:

aku manusia biasa. cuma nak hidup yg biasa. di sisi org2 menyayangiku seadanya. ape je yg die dah buat, menjadikan aku manusia yg lebih baik, matang, sedar kekurangan diri aku sendiri. aku tak minta susah dan skit hati aku ni nak dibelai , dimanja, dikasihani org lain. pandai-pandailah ak nak handle jiwa aku yang sakit ni.
sakit...
rindu...
bila lagi?...
ingin kembali?..
benar-benar rindu kamo kali ini..
kalaulah dalam hidup ni takde cerita sedih
kalaulah dalam hidup ni aku hanya perlu tersenyum
ketawa....
kalaulah dalam hidup ni tak perlu marah..
kalaulah dalam hidup ni tak perlu rasa sakit hati
kalaulah dalam hidup ni tak perlu rasa cemburu
tapi aku dijadikan sebagai manusia
maka perasaan2 itu mmg wujud
argh......
penat..
letih....

0

hari ni agak perlahan bagi aku,
rasa macam tak tahu nak buat apa..
no feeling today...
kosong...
jgn la ada pape plan yg mengganggu sabtu dan ahad..
nak balek umah..
rindu...
tiba-tiba...
hatiku sudah tiba di rumah..
cuma jasadku yg masih di sini...
huh,
hari ini,
bila sendiri,
minda tak henti berfikir,
teringat dia di kejauhan,
lama sudah,
kalau buku..
mungkin dah berhabuk,
kalau kayu..
mungkin dah reput,
kalau hati?
tak tahu sampai bila,
kapan lagi..
harus ingati dia,
yang sudah lama pergi..
jauh...
tak jemukah?
aku pun tak tahu apa itu jemu
bagaimana rasanya?
pahitkah
kelatkah
minta pada Tuhan
kuatkan hatiku
temukan aku dengan yang lain
aku tak mahu dia lagi
bukan dia
yang pasti bukan dia
bukan seperti dia...
Assalamualaikum...

Pagi sabtu yang indah dan cuaca yang cantik sekali...subhanallah...almaklumlah..cuaca selepas hujan. Memang sejuk dan mendamaikan....

Sambil-sambil tu aku menonton Filem Syurga Cinta arahan Ahmad Idham. Cerita yang menarik dan aku terhibur dengan gelagat kanak-kanak yang membawakan watak sebagai adik kepada Awal Ashaari. Comel dan bersahaja.

Mesej yang cuba disampaikan bagi memang santai dan berguna. Malah mengingatkan aku yang aku ni manusia yang penuh dengan kekhilafan diri. Aku lalai dan semakin jauh dariNya. Entahlah...selama aku melakukan kesilapan, aku bukannya tak sedar...tapi buat-buat tak sedar. Sengaja. Mengiakan dan membenarkan kesilapan yang aku lakukan.

Aku akui...aku mengambil ringan dalam soal solat fardhu. Amalah hati aku sudah tidak seperti dulu. Bukanlah ingin membangga diri. Jika dulu, aku tertinggal satu pun waktu solatku, aku jadi tak keruan. Aku susah hati. Tapi sekarang? Aku langsung dah tak rasa bersalah jika tertinggal solat. Buat tak mengapa sahaja. Mana pergi perasaan itu?

Aku takut aku semakin jauh. Tolong aku Ya Allah. Aku ingin dekat denganMu Ya Allah. Kembali perasaan itu padaku.





Ingin aku kongsikan sedikit ilmu yang aku peroleh melalui filem yang aku tonton sebentar tadi.

Sesungguhnya jodoh itu ada tiga.

1. Jodoh dari syaitan.
Jodoh yang mana datangnya dari maksiat. Sebagai contoh, Encik A berkenalan dengan Cik B. Mereka berpegangan tangan, melakukan maksiat hinggalah Cik B mengandung. Maka terlahirlah ikatan pernikahan antara Encik A dan Cik B.

2.Jodoh dari jin.
Jodoh yang mana datangnya dari bomoh dan sihir. Encik A menyukai Cik B. Tetapi Cik B tidak menyukai Encik A. Maka Encik A mendapatkan khidmat bomoh agar Cik B jatuh cinta dan sayang padanya. Ikatan perkahwinan pun terjadi akibat dari peristiwa santau atau apa-apa sahaja yang berkenaan dengannya.

3. Jodoh dari Allah.
Jodoh yang mana datangnya dari hati yang tulus ikhlas dari mata turun ke hati. Maka Encik A pun masuk meminang Cik B.

Namun, aku berharap entri aku ini tidak menyentuh mahupun menyakiti mana-mana pihak atau pun para sahabat handaiku. Aku tahu aku juga tidak sempurna. Aku pun bukannya budak baik, innocent. Ada juga jahat aku yang korang tak tahu. Mungkin juga aku ni berlagak baik je.

Aku cuma nak muhasabah diri. Dan aku pun tak tahu sampai bila perkara ni akan kekal dalam otak aku. Manalah tahu. Kejap lagi aku buat balik kesilapan yang sama. Kita sama-sama belajar memperbaiki diri. Mungkin ada juga yang kata bukan sekarang untuk memperbaiki diri. Esok lusa kan ada lagi. Itu korang punya hal la.




p/s klik pada gambar utk resolusi lebih besar

Kat bawah ni ada la doa untuk mendapat jodoh. Aku terfikir. Aku tak pernah doa macam ni. Selalunya kita doa nak dapat jodoh yang kaya, hensem, sempurna segala-galanya. Kita terpengaruh dengan watak-watak poyo dalam televisyen dan filem. Tak terkecuali juga watak-watak lelaki macho dan kaya yang ditulis dalam novel-novel cinta. Dah nama pun manusia. Nak yang terbaik dan perfect setiap masa. Sampai lupa perfect sangat ke diri sendiri tu. Aku akui aku juga termasuk dlam golongan tersebut.

Aku tak bermaksud yang entri aku ni menyuruh korang jadik baik gila ataupun buat itu dan ini. Terpulanglah pada aku dan korang semua bagaimana nak menilai tulisan aku ni.

p/s klik pada gambar utk resolusi lebih besar
Wassalam. =D
Assalamualaikum..

Al kisahnye, tadi aku menjenguk2 laman friendster..aku ternampak la gamba kawan sekolah yang aku kenal since form 1 lagi..lelaki la...

Ini bukan kisah golongan pondan, bukan golongan yang bergaul bebas dan hidup bergelumang dosa. Mereka adalah remaja yang baik, pada akhlak dan ibadah… namun dibelenggu dosa perasaan yang tersembunyi.

Orangnya berbadan kecil, cumel dan peramah yang amat sangat. Dialah satu2nya kawan yang memanggil aku Meeez(ala-ala sebutan mat salleh). Aku akui dia memang agak lembut. Tapi masa tu dia taklah menunjukkan diri dia ke arah menjadi lelaki lembut. Dia cuma lembut dan bagi aku memang tak menjadi satu kesalahan pun.

Al-tapi nyee, oleh kerana sudah terlalu lama tidak berjumpa..kawanku ini telah berubah dengan drastiknya..Aku pun tak expexct dia akan berubah macam tu sekali...Mula berpakaian perempuan dan memakai make-up.

Aku agak kesal dengan keadaan ini. Sebab dia kawan aku. Aku sayang dia sebagai manusia. Tak kiralah berapa byk pun kelemahan dia. Kita cuma manusia biasa. Aku tak harap kawan-kwan aku yang gugur dalam meniti usia remaja. Aku rasa sayang. Aku tak ksah jauh mana sekalipun pelajaran korang...setinggi atau sebiasa mana pun tahap pekerjaan korang..asalkan ia halal. Aku tetap kawan korang...InsyaAllah..yang susah dibantu..semampu yg aku boleh.

Dan aku tahu kawan aku ni..taklah sampai melakukan kerja-kerja yang tak senonoh. Skang die part time mengandam means juru andaman amatur. Aku harap kalau die baca entri aku ni aku nak dia tahu dia tetap kawan aku. Walau macam mana bentuk rupa dia sekalipun. Aku juga harap dia akan kembali menjadi 'dia' yang aku kenal dulu. Kita tetap kawan sampai bila-bila. Aku nak dia tahu yang kalau dia mengalami apa2 kesusahan, dia boleh cari aku bila-bila je....

Di bawah ni sedikit artikel dari internet yang sempat aku ambil untuk dikongsi bersama,..

TRANSEKSUAL

Jika diteliti, perbuatan makyah, podan dan sebagainya bolehlah dianggap sebagai gejala transeksual. Ia bolehlah didefinisikan sebagai seseorang yang percaya bahawa dirinya tidak mewakili atau menggambarkan sifat jantinanya yang sebenar. Transvestite ialah orang yang mengamalkan “transvestism” yang ditakrifkan sebagai “the unnatural desire to wear the clothing of opposite sex” atau keinginan memakai pakaian berlainan dengan jantinanya. [Longman Dictionary of Contemporarry English (1978)].

Dapat dirumuskan transeksual ialah lelaki atau perempuan yang berkeinginan memakai pakaian silangan, iaitu lelaki suka memakai pakaian perempuan atau sebaliknya, dan daripada segi keinginan seksnya dia berkeinginan kepada jantina yang berlawanan dengan jantinanya sendiri. [ Noor Aziah Mohd Awal (2005)]. Malah, golongan ini juga cenderung untuk melakukan pembedahan pertukaran jantina.

PERSPEKTIF ISLAM

Jika diperhatikan menurut perspektif Islam, adalah jelas amalan transeksual ini amat ditegah oleh Islam. Ini berdasarkan kepada beberapa petikan ayat al-Quran antaranya seperti berikut “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata…” [Surah al-Nisa' ayat 119].

Terdapat juga sebuah hadis yang bermaksud “Rasulullah melaknati lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” [Hadith Riwayat al-Bukhari, No. 5546]. Adalah jelas bahawa berdasarkan dalil-dalil tersebut menunjukkan betapa Islam menolak sekeras-kerasnya amalan transeksual di kalangan umat manusia.

Ada di antara mereka menjadi mangsa kecenderungan ibu bapa, yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa, lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang, atas kesilapan ibu bapa. Mereka yang dari kumpulan ini, lazimnya turut berpewatakan lembut kesan persekitaran yang disentuh ke atas mereka.

Manakala sebahagian yang lain pula, pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja, dicemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka… hingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan.
salam..

buat pembaca novel dibius cinta...jeje minta maaf sgt2 sbb lama sangat-sangat tak update novel tu..harap bersabar ye...

idea belum datang lagi...

life agak kacau bilau lately ni...

minta maaf byk2..

tunggu ye....=D
assalamualaikum...

hai semua...pertama sekali aku nak bagitahu la..entri aku yg psl kawan tak guna @ berguna ditujukan buat kengkawan sama batch ngn aku..bukan utk senior mahupun junior ok...hehe. takot plak ade yg tersalah anggap...mintak ampun bebanyak....

haha..aku skang kat makmal fssk..skip kelas pertama hubungan insan..kui3....

lately ni banyak plak mende2 yg menyakitkan dan menyentapkan hati berlaku..kekadang tu membuatkan bulu roma berdiri maksudnya berbulu la..

macam mana agaknya nak menghilangkan rasa 'berbulu' tu? agar tak menyakitkan hati orang yang membuatkan kita berbulu..sebab aku tak nak die rasa apa yg aku rasa...biar orang buat kita..tapi kita jangan buat orang..tu masih pegangan aku buat masa ni...tak tahu la kalau ada yang mencabaer kewibawaan aku buat masa-masa yang akan datang...mintak jauh la kan....

ok la..nanti aku sambung lagi..membe aku dah mesej..kelas dah abis...

papai semua..
salam =D
Assalamualaikum..

Hai...hari ni aku nak cakap tentang manusia bergelar kawan. HAri ni aku memulakan hari sebagai seorang pelajar tahun 2. Ye, memang sekejap sungguh masa berlalu. Macam tak percaya je dah melangkah ke tahun kedua di UKM.

Macam mana dengan hubungan korang dengan kengkwan yang korang kenal semasa di 1st year? MAsih baikkah? Atau sudah muncul bibit-bibit keretakan dan permusuhan? Relax...kita bincangkan hal ini secara santai dan tenang. Entri ini dalah bersifat umum dan tidak ditujukan khas buat sesiapa.

Anggaplah sebagai mengingatkan diri aku sendiri yang manusia ini tidak pernah sempurna. Sebab aku sendiri terkadang terlupa yang bukan semuanya akan terjadi seperti yang kita mahu. Mungkin juga aku fikir bahawa aku ini sudah cukup bagus. Hingga aku menuntut semua manusia itu seharusnya baik dan bagus-bagus belaka.

Okaylah, sebenarnya aku sedikit terlihat ada antara mereka-mereka yang bergelar kawan ini sudah mula menunjukkan belang dan ke'bagus'an masing-masing. Mereka yang dulunya kawan kini bagaikan perlahan-lahan menjadi lawan. Rasanya seperti bara yang perlahan-lahan menjadi api yang membara.

Dulu kita sama dan serupa. Semuanya indah, polos dan suci. Tak tahu apa-apa. Muka innocent.

Sekarang?.....

Demi mendapatkan apa sahaja yang kalian idam-idamkan..muka innocent tu dah bertukar jadi muka raksasa. Hehe.. diibaratkanlah...Bukanlah betul-betul ok..

Kadang-kadang aku terfikir...

" Dia ingat dia buat perangai macam tu, orang lain tak perasan ke? Kita ni dah tahu lama dah. Cuma malas nak layan."

Betul sungguh kenyataan itu. Malas nak layan dengan harapan dia akan berubah suatu hari nanti. MAsalahnya semakin hari dia semakin menunjukkan ke'belangan' beliau hingga kami yang di sekeliling ini naik menyampah dan meluat. Iye aku tahu...kadang -kadang kita tak perasan kita bersikap begitu. Memang kita perlu ditegur. Sama ada korang nak terima atau tidak teguran tu terpulang pada korang la kan. Aku ni pulak jenis yang tak reti nak menyusun kata-kata. Cakap pun berterabur. Memang payah sikit la nak tegur orang kan.Kalau tegur pun orang tak nak dengar kot. Hehe... Gagap la katakan...

tapi kita perlukan kesedaran diri la..jangan nak harap orang tegur baru nak sedar. Sekali ketuk sekali jalan. Muhasabah la diri sikit. Benda-benda tu tak payah orang nak ajar. Korang budak universiti beb..tapi kekadang ..budak universiti pun sama je..tak leh plak nak double standard kan...Manusia ni mudah lupa..tapi takkan nak kenekan ingatkan selalu..sebab ada antara korang ni yang saje je buat-buat tak tahu.Buat-buat tak paham. Bila orang tegur buat-buat paham je. tapi korang buat jugak..

Perlu ke kita membodek untuk mendapatkan sesuatu?.....

entahlah..Kalau aku..aku tak reti..bila nak cuba buat..rasa janggal. macam tak pakai baju. Malu!!! Aku tahu kdang kala kita kena juga buat ,macam tu..Tapi ada le segolongan manusia ni yang kerja nya membodek je. Sampai lupa diri. Sampai diri semdiri dah tak sedar yang orang lain dah nampak dah perangai buruk dia tu. Sampai dah tak peduli apa orang kata. Dasyat tu... Eh? korang tak malu ke?...Suka kipas orang. Tak boleh korang buat berdasarkan usaha korang sendiri? Tak boleh ke korang bersaing secara adil? Perlu ke korang wat cam tu sampai block jalan orang lain? sampai tikam belakang kawan sendiri?

Ini ke dia barisan/generasi yang bakal memimpin negara pada masa akan datang? Sikap yang sedikit demi sedikit muncul ini seharusnya dikikis. Takkan kita nak berpemimpinkan manusia macam ni? hancurlah rakyat...hancurlah negara...

Aku pun tak tahulah apasal..kurang didikan ke..kurang ajaran ke..Sebab..kadang2 segala ajaran dah diberikan secukupnya..cuma cara pembawaan diri kita yang menentukan baik buruknya diri kita sendiri...

Apa-apa jelah...

papai=D
Atoi pagi2 lagi dah keluar. Keluar awal sbb nak ke klinik dulu sebelum ke opis. Tekak agak loya kebelakangan ni. Muntah dah keluar ijo ijo cendul dah...LOL Bluuuuuwekkkksss!!

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Atoi: Eh! tak boleh la doktor. CANNOT

Doktor: Kenapa?

Atoi: Rumah saya ada dua sudu jer.


Disebabkan Atoi dirasakan mengong oleh doktornya maka dapat la MC utk sehari. Balik je umah...anaknya boboy tunjuk buku kerjanya.

Atoi : Boboyy !! Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah? Teringin ayah nak tengok Boboy dapat 100.

Boboy: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu boboy dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn boboy jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat boboy bulan.

Atoi : *%^*&^%@#


Disebelah petang, mak Atoi ...nenek kepada Aboy dan mertua kepada isteri atoi mengadu pening kepala.

Mak Atoi : Amboi 3X mak peninggggg laaa Atoi.....[berkipas tangan di tangan kiri sambil berjalan keliling Atoi -macam Azwan Ali]


Atoi pun keluarkan moto kapcai nya nak membawa maknya ke klinik gigi.

Elok beno la tu...si pening bawak si pening pergi klinik.

Atoi: Mari la naik mak, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh! siapa yg susah ? mereka dan keluarga mereka juga kan..

Mak Atoi : Iya lah, mak pegang kuat-kuat la nie haaaa...

Atoi : Jangan lupa pegang kuat-kuat yea mak!!! [kata Atoi lagi mengingatkan]

Mak Atoi : Iya, mak dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Atoi : Ok, kalau begitu kita berangkat ya, mak.

Atoi lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!PETTTTT!
Atoi terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak maknya terjatuh dari motornya.

Atoi : Lah kenapa boleh jatuh gak nie, mak?!! Mak tak pegang kuat-kuat agaknye?

Mak Atoi : Mak dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Atoi : Mak pegang kat mana?

Mak Atoi : pagar rumah.

Atoi: "$%^&(#....."

Maknya yang hanya sakit pening dah bertambah lagi satu penyakit...lebam punggung.

Lepas menghantar maknya ke klinik Atoi kepenatan. Terus tertido.

Isteri : Bang, bangun bang...bangun la cepat

Atoi : hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...

Isteri : Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan
kena makan sebelum masuk tidur.

Atoi : Ubat apa ?

Isteri : Ubat tidur.

Atoi : @#%^#^????

Isteri : Cepat la bang....Kiah nak kejutkan mak lagi. Dia pun xmakan ubat tido lagi. Cepat laaaa..

PANGGGGG !!!
[bukan bunyi pelempang ya tapi bunyi benda jatuh kat belakang umah]


begitulah kisah Atoi dalam sehari yang serba xkena. Kasihan sama itu Atoi...

Bunyi pangggg yang datang dari belakang tu datang dari kawasan belakang rumah Atoi. Tingkap reban ayam yang tak tertutup rapat oleh mak ayam.

Atoi sebenarnya ada membela ayam dan seekor lembu kat belakang rumahnya. Mari kita sama2 dengar perbualan ayam dan lembu ternakan Atoi.

Ayam : Tuan kita Atoi tu ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu? tak baeeekk punyer !!

Ayam : Tengoklah. Apa dia buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecik je!! Hal telur pun kecohhhhh la awokkk
[ uik afundi Aril ke ...LOL]

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari keluarga tuan kita tu minum susu aku tapi sorang pun tak pernahpanggil aku MAK!

Ayam : @#@$!%#$^@


Apa la nak jadi ngn keluarga si Atoi ni...dari Atoi...mak dia, isteri dia...anak dia....lembu dia dan ayamnya semuanya species blur atau sengal tahap cipan merah.

Penutupnya...Atoi, isterinya Kiah, Boboy, mak Atoi, lembu dan ayam semuanya.......menyanyi sebuah laguuuuu.....

"Setiap Isnin 9.30 malam...exclusive di astro RIA....
CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK!!!!"

[ala2 cite azwan ali tuehhhh] LOL


PS: Perasan x yang Atoi ni jenis kuat mencarut? Asyik cakap "*%^*&^%@#" je kan? Ehhhh ayam tu pun carut jugakkk ya.

P/S from raydrevil.blogspot.com
330556 - Binatang Kehidupan - Yanto/Roki

330557 - Lekat Pada Mu - Yuski

330558 - Mana Mungkin Dong - Dayang Syamelia

330559 - Color Hujan - Zamana

330560 - Jangan Pisaukan - Phyle Fendy

330561 - Simbiosis Kordinat - Elle Azlinah

330563 - Hanya Di Tahi Mata - Erre Patimon

330565 - Nehi Mungkin - Anoar Zeng

330566 - Paling Comot - Acih/Ct diano

330567 - Hoi Hoi Bye boi Roti - Ezling Nathan

330568 - Sandarkan Pada Kerusi - Kamal Abdillah

330569 - Menghitung Kari - Keris Dayante

330571 - Kebaldian Cinta - Adam Zain

330572 - Ada Apa Dengan Dinda? - Meli Goslo

330573 - Bukan Planta Biasa - Citi Noliza

330574 - Lembah Asrama - Ziane Zeng

330575 - Wasini Lusana - Wakida Ghous

330576 - Sambal Apa Saja - Hatton

330578 - Perpisahan Terlansing - Keh.R.Yuh

330579 - Lukamu Lukamu Lah - New Goi

330580 - Syurga Di Katil Kita - Ziane Zeng

330582 - Bunyi Pinano - P.Lamli

330583 - Jangan Nafaskan Busuk - Keh.R.Yuh

330584 - Pandang-Pandang Ludah-Ludah - Ct/Salin

330585 - Kasih Latijah - Spender

330586 - Anak Tapir - Tu Pet

330587 - Puncak Niaga - Ziane Zeng

330588 - Aku Sakit - O.A.GI

330589 - Aladon - Spender

330590 - Antara Kudis - Danemeh

330591 - Ala Cangkong - Tu Pet

p/s - sekadar berkongsi rasa dan petikan ini diambil dari blog raydrevil.blogspot.com
Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Assalamualaikum.. akhirnya minggu mesra pelajar UKM sesi 2009-2010 melabuhkan tirainya. Tirai dilabuhkan dengan meninggalkan banyak perkara-perkara manis dan pahit yang pastinya takkan dilupakan oleh setiap pemudahcara2 Kolej Keris Mas UKM. Walaupn hanya seminggu kita berkampung bersama-sama, hubungan yang mesra dan rapat terjalin dengan baik antara kita. Huhu, sorry lah kalau aku kurang mesra dengan korang. Aku akui aku memang ada skip bertugas. Apa-apa pun jutaan tahniah dan tahniah dan tahniah buat korang semua sebab menjalankan tugas korang dengan baik dan komited skali. Segala kekurangan dan cacat cela yang terjadi adalah lumrah dan telah pun terjadi. Tak perlu dipanjang dan dilebar2kan lagi. Kita ambil iktibar di sebalik semua yang terjadi. Muga kekurangan dan kecacatan yang terjadi itu menjadikan kita manusia yang lebih baik. Bukannya menjadikan kita lebih buruk dan tak berguna.

Semester baru kini akan bermula esok. Muga kita memulakan semester baru dengan semangat yang lebih berkobar-kobar dan mencipta kecemerlangan yang lebih lagi. bagi yang kurang memberansangkan kuatkan lagi semangat dan bukannya berputus asa. Nilaikan kembali kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini dan berusaha untuk memperbaikinya. bagi yang bagus dan bernasib baik..jangan leka dan terbuai dengan nikmat yang telah diberikan.

Ok..sampai di sini sahaja... Mulakan hari kita dengan senyuman esok taw...

papai..salam....=D

no talipOn